Jumaat, 26 Jun 2015

Pengajaran

Semalam aku dapat dua pengajaran, satu aku kena belajar cuba menulis lirik lagu sebelum part 4 nanti..

Petang
Ainna kata kat aku "kau cuba je cari ayat pendek2 dan tulis".
Hmmm nanti aku cuba la yer... benda tu la aku tengah takut, sedangkan tulis puisipun aku tak lepas lagi.

Tengah malam
Edd kata kat aku, "kau kena usaha sikit kak untuk english, sekarang ni english sangat penting sebab apa2 mesti nak guna subjek english, minta kerja contoh"
"Sebenarnya kau dah terlambat, kau patut kuasai dari awal sekolah menengah dulu"

Aku cakap, "tak ada istilah terlewat, insyaallah dengan usaha sikit graduate la ko" tapiii.....

Khamis, 25 Jun 2015

Apa Aku Rasa

Aku rasa sekarang ni,  aku nak balik kampung dan nak gi melawat kubur arwah mak sebelum raya.

Aku selalu jadi anak ya g melawat kubur ibunya setahun sekali iaitu dihari raya, dan aku cuba nak ubah tradisi itu. Kata-kata Ika masih kuat melekat kat ingatan aku. Ika akan melawat kubur arwah ayah dia mesti dia bercakap dan bercerita. Aku hanya melihat dari jauh...

Nak melawat kubur ayah, jauh hanya kubur mak je yang ada... Okey mental aku dah mula tak stabil balik

Isnin, 22 Jun 2015

Hari Dan Sunyi

Tahun ini hari ku tidak sunyi lagi tanpa kawan-kawan walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga.

Puasa kali ini hidup aku meriah dengan kehadiran housemate aku dari sem lepas hingga sem ini dan berharap sehingga sem ke lima atau mereka masih kekal di sini untuk menyambung ke peringkat degree.

Edd, Iera, Ainna, Ieka, Yana, Wawa itu lah nama-nama housemate aku, aku sayang mereka seperti merekalah adik-beradik aku. Aku berharap kami saling berkawan sehingga ke syurga tanpa terputus walaupun mereka tidak la rapat sehingga di iktiraf kawan baik,  best friend or bff... Tapi merekalah sahabat ke syurga.

Khamis, 18 Jun 2015

Kenangan

Hari ni mental aku tak betul... aku tak tahu kenapa rasa nak merajuk dengan mak cik aku yg tak call2 tanyalah sahur makan apa? Hmmm...  rasa nak merajuk kat diri sendiri sbb bas tak dtg2..
Solat asar aku nangis, tetiba teringat kenangan dengan arwah mak, aku tak pernah puasa penuh selalu ponteng sebab nak makan kuih raya yang mak buat... lebih2 lagi kuih almond london... mak yul rindu mak...
Kenapa mak dah meniggal
Tak ada sapa tanya yul... yul nak mak