Khamis, 2 Julai 2015

Perginya


 Pagi lapan tahun yang dulu, di pagi yang hening kau bangun dan bersiap untuk pergi kerja shift pagi. Kau kejut aku seperti permintaan aku untuk teman aku mandi dan bersiap pakai baju sekolah sementara tunggu pukul tujuh. Kalau harapkan aku bangun mungkin aku liat nak bangun tambahan penakutnya aku ketika hari masih gelap.

Aku sudah bersiap, aku menghantar kau dipintu, walaupun rumah kita hanya kecik di situlah tempat tidur di situ lah juga ruang tamu. Aku nampak kau seperti lelah, aku tak pandai tengok muka pucat orang tapi aku tahu kau sakit dada sebab kau yang beritahu aku. Aku pesan kalau mak tak larat mak patah balik rumah tau.
Kalau aku mengharapkan kau tak payah pergi kerja pasti kau tidak mahu.

Pagi itu untuk mengisi masa kosong, aku menjahit beg sekolah favourite aku sambil menonton tv. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah, aku takut tapi orang yang mengetuk pintu itu mengenalkan diri.

Nurul aku ni Nina dengan Tasya, aku bukak pintu. Nurul tadi mak aku call, kata mak kau pengsan kat bus stop. Fikiran pertama kanak-kanak aku seronok, dapat jaga mak kat hospital, tak payah pergi sekolah.. yuhuuu bestnya. Tak lama kemudian ada jiran lelaki iaitu cucu kepada owner asal rumah yang cucu dia dan kawan-kawannya duduk ketuk rumah.. dia kata nenek dia call, neneknya yang aku panggil mak teh itu berbual dalam handphone dan dia mengatakan benda yang sama. Aku menjawab aku tahu kerana cik jit dah telefon.

Hati aku dah mula gelisah, aku nak call pak su aku yang aku panggil Cuman, aku nak dia bawak aku jumpa mak, aku meminta Cik Nab teman ke public phone di flat dan dia sudi menemankan aku. Aku call Cuman tapi dia tak angkat. Dua kali aku berulang call cuman tapi hasilnya tak angkat. Mujur telefon bimbit yang aku kongsi bersama mak ditinggalkan. Cuman call aku dan dia mengatakan akan menjemput aku pada jam lapan..

 Pukul lapan seperti yang dijanjikan dia menjemput aku dan sebaik dia memberhentikan motornya dihadapan aku perkataan pertamanya dia kata pada aku "Yul mak dah meninggal".

 Kalau tanya perasaan aku? Perasaan orang yang hati kering, hanya perasaan tak percaya. Sepanjang perjalanan aku tanya kat cuman betul ke mak dah meninggal?

Pukul empat petang selesainya post morterm dan urusan-urusan di hospital kami bertolak dari bilik mayat PPUM pulang ke tempat lahir ibuku Kampung Slim, Slim River Perak.

Dekat kampung, tak seperti orang lain yang kehilangan ibunya, yang akan menangis. Waktu itu aku menjadi bingung, aku nak ruang untuk bersendirian tapi tak ada. Apa yang aku boleh lakukan keluar masuk rumah. Tolong sikit2 mandikan mak dan kapan kan mak.

 Tiada lagi tempat aku bermanja, tiada lagi masakan emak yang menjadi kegemaran aku walaupun hanya ikan goreng dan sambal kosong. Makin meningkat umur ku makin mencengkam rasa rindu rasa ingin punya keluarga lengkap. Aku ingin punya emak untik bermanja punya ayah yang memberi punya abang yang melayan. Tapi Allah sebaik-baik perancang.