Selasa, 26 Januari 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran abang Faiz

Selamat hari lahir abang Faiz.. Hati ni masih sedih atas kehilangan abang.. Mungkin kita tak begitu rapat kenalpun atas urusan kerja, tapi hati ciptaan Tuhan tak dapat dihalang. Bukan sahaja dengan abang Faiz je tapi semua yang terlibat dengan mds Nurul jatuh sayang. Nurul mula kenal abang waktu Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (kpmds) Jun yang diadakan dekat Tapah. Waktu tu abang memegang jawatan besar sebagai mpp dan menjadi biro program untuk kpmds.. Bila abang ajar kitaorang menari semua orang tertarik lebih2 pelajar siswi dengan senyuman abang yang jadikan mata abang sepet. Lepas kpmds jun abg jaga mds dekat palam dan Nurul jaga dekat shah alam. Tapi video abang menjadi teman bila Nurul rindu dan tak boleh move on dari mds tu pun video bluetooth dari member..

Bila mds untuk november tak sangka abg join lagi tapi masa ni abang dah turun dari jawatan mpp, abang sedia jadi orang bawah. Abang boleh bekerja dengan adik-adik yang tak punya jawatan, abang boleh bergurau senda tanpa ada halangan dengan kitaorang. Pada mulanya Nurul terfikir juga nak ke abang berkawan dengan kitaorang.


           Mungkin Nurul banyak terlepas pandang pasal abang Faiz tapi apa yang abang bergurau dengan kitaorang apa yang abang cuba ceriakan kitaorang jadi memori buat kitaorang.. Salah satunya abang entah datang dari mana, masuk ikut pintu belakang dan tiba-tiba panggil "Nurul, Nurul, Nurul" sambil pegang Al-Quran. Nurul pun suruh abang terus pegang Al-Quran untuk tangkap gambar. Selepas tu, waktu mb-mb baru dihiburkan dan beramah mesra dgn pm-pm sambil tu diajar lagu uitm kita kat belakang stage Nurul, abang Faiz dengan kak Teha tak tahu dah nak dikatakan nyanyi atau jerit sama kuat dengan lagu yang dipasang kat dalam bilik gerakan. Sehari sebelumnya abang cakap kitaorang abang janji nak pakai jubah dan nak jadi imam muda..



Satu hari dalam post moterm semua dah penat dan rabak termasuk abang faiz yang tak duduk kat atas kerusi dan duduk kat bawah dan kadang-kadang berbaring sebab penat Nurul cakap "baik abang jangan tido nanti Nurul tangkap gambar" dan abang pon balas "jangan risau abang dah bersiap sedia, abang ada tangkap gambar Nurul tengah tido n baju terselak sikit." Ya Allah Nurul tak marah tapi malu dan segan sebab abang ambik gambar macam tu. Rupanya abang tipu je...

Kenapa kitaorang tak perasan dengan perubahan abang yang macam dah beri tanda-tanda abang akan tinggalkan kami buat selamanya. Kalau seorang Nurul yang bukan siapa-siapa pada abang terasa kehilangan gila-gila macam manalah perasaan kawan-kawan rapat abang, barisan mpp 14/15, family abang.

          Waktu Nurul dapat khabar abang tengah sakit tenat melalui coretan abang Aiman di facebook, perasaan Nurul masa tu hanya Allah je yang tahu. Hari itu Nurul sekali lagi sedih sebab semalamnya Nurul baca tentang kesusahan abang Azam ketika diploma. Coretan abang Aiman sangar memberi kesan kerana abang Faiz dan abang Aiman saling memberi kekuatan sesama sendiri.



          Khabar tentang abang mula heboh dikalangan pm-pm november dari FiTA, dan mereka sangat menaruh harapan agar abang cepat sembuh begitu juga Nurul dan berharap dapat bekerja lagi dengan abang dan dapat tengok senyuman abang lagi.





           Dua hari kemudian, khabar yang sangat mengejutkan buat semua orang diterima cuma Nurul terlewat sedikit terima khabar itu kerana Nurul tidur, sedangkan masa tu Nurul dan Hana dah nak merancang pergi ke Terengganu semata-mata ingin melawat abang. Tapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kami. Kerana Allah lebih menyayangi abang dia ambil abang dari kami dan mungkin jika ikatan kami sebagai kawan-kawan abang kuat semoga kita berjumpa disana. Terima kasih kerana melalui media sosial abang kami melepaskan rindu...






Al-Fatihah buat Muhammad Faiz Bin Azmi / Faiz Hafeez
25 Januari 1991 - 21 Januari 2016