Salam 15 Oktober 2016, blog bersawang dah ehhhh.. Blog ni tak ada apa yang menarik yang korang nak baca semua pasal aku je. Memang nak jadi blogger hot idok le.. Okey kita masuk pasal topik cari kerja di cuti sem. Setiap kali cuti sem memang dilemanya adalah mencari kerja. Sepanjang aku diploma dan sekarang penghujung semester 4 dan nak masuk semester 5 "YEAYYY NAK HABIS BELAJAR DAH..!!!" aku hanya berpeluang kerja sekali je iaitu cuti semester penghujung sem 1 nak masuk sem 2. Tujuan aku bekerja adalah nak cari pengalaman dan nak beli handphone baru "huhuhuhu.." dan satu sikap aku, bila aku ada kerja dan aku anggap benda tu penting aku ada DISIPLIN sikit tapi bila aku duduk rumah segala penyakit malas dan DISIPLIN aku KELAUT tu yang mak cik aku tak suka maka dia menghalaulah aku kerja. . Masa tu aku bekerja di sebuah pasaraya yang bernama Econsave.
Kerja dia mudah cuma biasalah dekat mana-mana mesti ada disiplinnya, cuma aku tak suka ada orang atasnya tak beri bilik rehat maka aku tidurlah dekat surau, siap tampal notis tak boleh tidur makan dan blablabla. PEDULIK lak aku, aku buat je peel aku. Aku tahu dia bebulu dengan aku.. hahaha.. keduanya duduk kat situ ibarat orang India menguasai tempat tu walaupun ada beberapa pekerja Melayu, bila waktu rehat kaum India ni boleh rehat sama-sama bila sampai part kaum Melayu tak di beri rehat sama-sama. "PISHANG KAU TAHU" kitaorang nak jugak sembang ingat depa je ke nak potpetpotpet.. haihh bengang.
Aku anggap benda tu agak suatu memori buruk maka aku cuba tidak untuk kembali bekerja di situ dan maka sebaik aku tamat sahaja peperiksaan pada 11 okt 2016 yang lalu aku telah DIHALAU oleh mak cik aku untuk bekerja dia cakap cenggini "CIK JAH TAHU ESOK PERGI CARI KERJA SAKIT MATA CIK JAH TENGOK NURUL MEMBUTA BUAT TAIK MATA." hambeekkkauuuu. maka aku yang merasakan baru nak rehat sehari bila dah kena warning cenggitu esok maka hamba gagahkan mencari kerja.
Hamba duduk di Kampung Sementa Klang, maka hamba pergilah ceri kerja di PETRONAS Sungai Kapar Indah (SKI) sambil tu hamba isi minyak sekali, hamba isilah borang pelbagai dan seterusnya hamba pi lah ke KAPAR, hamba pergi usha MY MYDIN, ONE MY SHOP dan PUSAT PAKAIAN HARI-HARI itu cadangan mak cik hamba, maka dekat PUSAT PAKAIAN HARI-HARI hamba interview, banyak pulak rule dia, nak pakai lipstik hanya warna merah kasut hitam, hamba yang nak berkerja hanya setuju je. Seterusnya hamba ke RANTAU PANJANG usha-usha kot-kot ada kerja sebab haritu 99SPEEDMART macam ada jawatan kosong haritu aku nampak. Aku gi lah sana tapi setakat lalu jelah, aku ni ada masalah berat mulut dan pemalu jugak maka sia-sia lah aku ke situ dan hanya mampu shopping je lah. Lepas tu aku balik rumah. Esoknya aku bermalas-malasan satu hari kat rumah.
Hari ini mak cik aku beria-ia paksa aku cari jugak kerja, dekat Taska Sri Melor, hat ni sakit hati nau, cari dia punya Taska tak jumpa-jumpa padahal senang je nak cari dah lah aku tengah lapar sampai aku mengamuk lah sorang-sorang aku dah lah tengah LAPAR, ye lah keluar makan chipsmore dengan minum air kosong je. Dah pusing-pusing tak jumpa dan dah lambat, dengan kelaparan dan sakit hati aku tahu tak akan menyelasaikan masalah maka aku berhenti dekat petronas yang aku cari kerja tu aku borong roti, dah lapik perut sikit handphone aku yang gps tak berapa nak berfungsi, Alhamdullilah dia nak berfungsi dan akhirnya jumpalah jugak taska sri melor tu. haih sakit kepala aku dibuatnya. sebelum aku keluar pagi tadi mak cik aku sempat pesan, haaaaaa jangan cari satu kerja je pergi cari dua tiga kerja lain. Maka aku call lah nombor manager ke hape tah MCD punya orang, ada dua nombor setiap nombor aku call dua kali dua-dua tak angkat maka aku balik lah rumah.
tengah aku golek-golek salah satu nombor yang aku call tu dia wassap aku, tanya aku then aku jawablah "Saya ni Nurul dengar cerita MCD cari pekerja part time betu ke?" dia jawab betul dan tanya hari ni free tak aku cakaplah free dan dia suruh pergi interview dekat mcd KLANG SENTRAL pukul 5 dan cari manager nama Eddie. Pukul 5 aku pergilah ajak cousin aku teman, dan Alhamdulillah feedback dia memang dia nak. Memang rezeki aku hari ni dua-dua kerja yang aku pergi hari ni dua-dua betul-betul nak aku bekerja. Tinggal sekarang kena pilih je, dan hati aku memilih mcd walaupun aku tahu kerja tu agak penat namate Insyaallah NURUL HIDAYAH BOLEH.