Rabu, 17 Oktober 2018

Tenggelam Dalam Kesedihan


Pagi-pagi aku bukak mata, aku tutup alarm jam yang menjadi rutin harian aku nak bangun pergi kerja, untuk hilangkan ngantuk aku akan tengok segala notification, melawat story WhatsApp sat facebook sat instagram sat. Apa yang menjadi menarik perhatian aku apabila aku buka instagram post pertama yang aku nampak adalah post datangnya dari Syafiq Farhain. Nukilan captionnya membuatkan aku berfikir panjang, nasib aku dan dia hampir serupa.


Aku tak tahu apa yang terjadi di dalam keluarganya, tapi pada hari arwah Saleem meninggal aku tengok video interview wartawan-wartawan tapi aku tak ingat page atau akhbar mana yang keluarkan video itu, apa yang aku lihat, isteri baru arwah Saleem ini seperti menidakkan hak anak-anak arwah Saleem yang lain, nampak ketara dia cuba untuk tidak menyebut tentang anak-anak arwah saleem yang lain seperti anak-anak itu tidak berbuat apa-apa terhadap bapanya yang meninggal dunia itu.

Rutin kebiasaan aku pada hari berkerja, waktu bangun aku antara 5.00am atau 5.30am sehingga 5.45am kemudian aku akan gosok baju dan tudung kemudian aku mandi dan bersiap kemudian kalau sempan aku akan siapkan nasi untuk bekal makan di tempat kerja. waktu sebaiknya untuk aku keluar adalah 6.30 atau selewatnya sebelum pukul 7.00am.

Dalam kereta biasanya aku akan buka lagu dihandphone sony hijau tetapi entah kenapa pagi ini aku membuka youtube sebab aku teringatkan kes antara Arwah Saleem dan Syafiq Farhain, tapi benda pertama yang ada dalam senarai suggest youtube adalah lagu nyanyian Saleem dan Syafiq. Aku dengar lagu ni terus air mata aku bertakung, aku teringat ayah dan lagu ni seperti kena dengan situasi Arwah Saleem dan Syafiq. aku scroll komen sambil drive aku jumpa komen ni.


Aku terus berfikir, nasib aku dan Syafiq hampir serupa, seolah-olah hak kami sebagai anak kepada seorang ayah telah dinafikan oleh seseorang,dalam kereta aku nangis, air mata bertakung dan mengalir berulang-ulang meskipon telah di lap. Aku cuba rasionalkan fikiran, ini semua datang dari Allah, dan mungkin sebenarnya situasi Syafiq bukanlah seperti aku, mungkin mereka pernah ada perselisihan tapi aku ketika menghadapi semua ini pada 15 tahun dahulu, ketika aku berusia 8 tahun akal ku masih terlalu muda untuk memikirkan perkara-perkara ini.

Jujurnya kalau ada peluang ingin aku mengorek rahsia semahunya tentang latar belakang keluarga ayah yang berasal dari Kelantan, susur galur aku, datuk dan nenekku. Terima kasih pada Pak Anjang / Abah yang sudi menceritakan serba sedikit tentang susur galur ayah dah adik-beradik abah meskipun di usia 23 tahun ini aku masih tidak dapat memahami.

Sejujurnya juga, kepada darah dagingku, bukanlah wang yang ku minta tetapi hanya penyatuan sahaja, aku penat hidup sendiri dalam kermaian. Aku hanya meminta hak perhubungan sebgai manusia, susah senang sebenarnya kita boleh bersama. Aku sudah punya kehidupan sendiri cuma batinku sedikit sakit entah aku sendiri tidak mengetahuinya. Hanya aku dapat berdoa agar kesakitan ini pergi dan cukup dengan apa yang aku ada.