Isnin, 1 April 2019

Buli

Aku tertengok video Haze dan Shalma pasal buli https://youtu.be/WoD5gJAO95U. Aku just nak cerita serba sedikit pasal aku, Aku sekolah rendah still aku rasa aku ni badan besar dari yang lain sampai lah sekarang aku ni kategori gemok lah kan. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah rasa aku kena buli. Mungkin kerana aku friendly, nak kata tegas tu tak ada lah tapi tak lah terlalu mudah dan tak lah terlalu senang.

Aku teringat masa aku sekolah rendah darjah 4 aku dapat kawan baru dan aku merasa first time dapat kawan baik, nama pon sama cuma nama bapak je lain. Dalam masa yang sama kawan aku ni dekat rumah main sama-sama sampai dekat sekolah buat haluan masing-masing dengan kawan masing-masing. Hahahahhaa. Ada satu hari ni selalu sangat kena usik aku koyak dari kelas terus lari menyorok kat tandas, sampai kawan baik aku ni as ketua kelas dan beberapa kawan lain dan ada yang pengawas kejar cari aku yang merajuk ni. Hahaha. Aku ni tak lah pandai ponteng kelas, dan sampai sekarang kalo nak cuti dari kerja aku tak pandai beli mc beli, sebab tak tahu nak bagi alasan apa ataupun berlakon sakit. Baiknya aku kan.

Then bulan 7 masa aku darjah 6, mak aku meninggal dunia, maka conpletelah seorang anak tunggal yang kena bergantung pada saudara mara. Aku duduk dengan adik-beradik mak yang paling garang, dia ni polis. So aku anti orang garang. Hahahaha. Sepanjang duduk dengan pak cik aku ni 3-4 bulan aku ni tak adalah memberontak lari diri ke apa ke tapi aku banyak buat hal sendiri je walaupun aku asyik kena tegur je. Sebab pak tam ni terlalu garang haish tak tahu lah aku nak cerita macam mana. Dulu jumpa keluarga pak cik bila masa balik kg je. Aku ingat mak cik aku yang ni macam mak cik - mak cik yang lain, tapi rupanya dia pon garang. Hahahah.

Dalam sejarah aku pengsan / pitam kerana orang garang je. First masa darjah 4 subjek math teacher indiabtu garang, aku tertinggal buku latihan lepas tu kena berdiri atas kerusi. Masa tu baru lepas subjek pj dan aku dahaga sangat, aku mintak air kat kawan aku tapi dia tak bagi. Waktu tu teacher math tu tengah bebel-bebel then aku tahu-tahu dari aku diri kat atas kerusi dah sampai terduduk kat lantai celah-celah kerusi.

Kali kedua sebab aku kena marah dengan dengan mak cik aku, sebab lambat siap kot, masa tu kat parking moto dan basikal, tahu-tahu aku terduduk kat lantai, ada lah 1-2 basikal kot jatuh. Kali ketiga masa bulan puasa aku sorang je tak pergi sekolah then sekali lagi aku kena marah then terpitam lagi. Tapi aku marah semua sebab salah aku. Aku ni ada satu sifat malas tapi malas-malas archive gak lah dalam hidup. Upsr dapatlah 2A 1B 2C PMR dapatlah 1A 2B 3C 2D 1E tak silap aku. SPM dapatlah 2B 3C 2D 2E. Diploma dapatlah pointer 2.72.

Move cerita masa aku sekolah lepas aku pindah kat rumah pak cik aku ni. Kat sekolah tu setiap darjah hanya ada 4 kelas je, sepatutnya aku dapat sekolah rakyat marhaen biasa je tapi sbb anak pak cik aku ni sekolah dekat sekolah-sekolah budak-budak pandai pak cik aku ni merayulah kat ppd untuk aku sekolah kat situ jugak. Sebab pak cik aku ni selali outstation mudahkan mak cik aku ni hantar gi sekolah lah, dah lah anak dia 2 org sekolah rendah yang berlainan campur aku nnti jadi 3 sekolah. Alhamdulillah aku dapat jugaklah sekolah budak-budak pandai tepi jirat cina tu.

Ok kita fokus kat kelas balik kan setiap darjah ada 4 kelas je dan aku dapat kelas terakhir. Kan aku cakap tadi aku ada 1 sifat pemalas, tapi dalam pelajaran aku kategori sederhana tak pandai dan tak bodoh. Subjek paling lemah bi dengan math, sains so-so. Masa aku masuk sekolah ni, mula-mula ada lah jugak nak berkawan dengan aku, tapi lama aku hilang kawan sebab aku selalu tak siap kerja sekolah je lagi-lagi subjek math, bi kadang-kadang siap lah. Budak-budak situ punya lah berlagak macam pandai sangat je tak nak kawan dengan aku sebab tak siap kerja sekolah je pon. Aku ada tertarik dengan 1 komen ni kat video buli shalma dgn haze tadi.

Cerita pasal budak busuk ada lah salah seorang budak kelas tu, budak lain tak nak kawan dengan dia ada yang menyapai kat aku cakap dia ni busuk. Tapi aku tak bau pon dia busuk. Tapi tak bermakna aku busuk jugak tau. Aku kalau selekeh pon maunya pak cik dgn mak cik aku tak bagi pergi sekolah. Ada satu haritu aku basuh baju lambat sbb ada baju dalam mesin basuh, aku takut nak cakap suruh alihkan, kan aku cakap aku takut orang garang lepas basuh baju aku terus tidur, aku tak sidai baju lah kiranya sekali baju sekolah pastu esoknya aku terus pakai dalam keadaan lembab dan tak bergosok sudahnya aku tak pergi sekolah tapi lepas pekej kena marahlah. Aku ingat aku boleh kawan lama lah dgn budak ni tapi malangnya dia ni pon berlagak. Tapi ada 1 budak ni dia selalu dapat markah rendah lah, dia sudi lah kawan dengan aku. Bila ingat-ingat balik aku tak pernah berdendam tapi aku taknak kembali lagi jadi macam tu, dahlah kat rumah garang kat sekolah tak de orang nak kawan sadis. 

Sekolah menengah aku rajin tukar sekolah, f1 aku sekolah kat seksyen 10 kota damansara, masa ni takde apa benda berlaku tapi menggatal konon nak masuk asrama then aku dapat asrama sekolah tahfiz semua still okey cuma tak okey aku tak archive hafalan quran pindah sekolah agama biasa kat puchong. Masa ni aku nak pmr, ada yg kawan dgn aku tapi gitu-gitu je, sebab aku asyik tido dalam kelas aku tak tahulah kenapa aku duduk asrama aku mesti akuu selalu mengantuk dalam kelas. Tapi 1 kebijakan aku aku kawan dengan budak batch atas tak ada lah aku stress sangat. Masuk f4 aku bertahan sampai bulan 2 ke 3, sebab tak ada kawan sgt dalam kelas plus masa ni ada sijil menegah ugama yg subjek ya semua dalam bahasa arab. Mmg peratus untuk gagal dalam semua subjek smu ni mmg tinggi dan aku sgt fail bab-bab menghafal ni. Aku request berhenti sekolah dan masuk sekolah biasa. 

Aku tahu cerita aku ni tak adalah relate sgt dgn buli tapi bila dengar video shalma dengan haze dan aku baca komen ada sikit-sikit yang aku lalui benda yang sama tapi aku tak pernah nama kan dia dengan buli, tapi aku tak suka benda tu dan berharap aku tak kembali dalam keadaan tu. 

Doakan aku nak masuk degree ni, doakan aku tak ada hilang kawan. Doakan kawan-kawan yang ada dengan aku sekarang akan kekal sampai jannah.