Abang, terima kasih jadi orang yang pertama menerima adik sebagai adik abang dengan hati yang terbuka.
Abang, kenangan kita bersemuka hanyalah abang membacakan doa dihadapan kubur arwah ayah. Masa tu adik lambat sampai, adik, arwah mak adik, arwah mak lang semua hanya dapat menatap tanah merah kubur arwah ayah sahaja. Maaf ketika itu adik tak mengerti apa-apa, hanyalah seorang kanak-kanak 8 tahun.
Abang, ini sahaja kenangan adik dengan abang.
Abang, sebenarnya saat itu adik menyimpan cita-cita hendak berjumpa dengan abang. Abang, ketahui lah adik nak sangat berjumpa dengan abang kerana jiwa adik hendak sangat punya ada abang.
Abang, sampai saat ini cita-cita tu tak pernah terpadam tapi apakan daya rezeki pertemuan itu bukan punya adik. Adik pernah bercita-cita, bila adik nikah, adik nak abang yang walikan adik, tapi rezeki itu juga bukan punya adik.
Walaupun kita tak berkesempatan untuk berjumpa lagi, jauh di sudut hati adik sayangkan abang dan kakak-kakak dan abang-abang yang lain.
Berehatlah abangku, sampaikan salam pada arwah ayah.
Abang, adik doakan semoga roh abang dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman.