Isnin, 24 Julai 2023

cerita lagi

Haritu aku urut seorang patient yang juga nurse di sebuat hospital swasta juga dan AWU bakal hantar terapis urut di situ juga. 

Sembang punya sembang dia ceritalah tentang praktikalnya juga ada satu sem dia di hantar ke Mersing untuk praktikal di sana dia kata remaja remaja Islambdisana tak segan silu minum arak macam tu je. Lepas tu department hiv dan aids boleh nampak depan mata tak macam di bandar.

Lepas tu dia cerita masa praktikal di semporna sabah. Anak² umur 12 tahun dah ada 3 org anak jadi umur berapa dah mula mengandung. Itu hanya cerita ringkas.

Betullah lagi jauh kita pergi banyak pengalaman boleh kutip. Aku berharap aku juga akan berjaya dan dapat tengok tempat orangvserta dapat berbakti pada orang.