Selasa, 1 November 2016

Mak, Coklat Dan Aku


Terlebih dahulu sedekahkan Al Fatihah buat ibuku HABIBAH BINTI ZAKARIA

Untuk cuti semester 4 ini aku mendapat rezeki untuk berkerja di PETRONAS SUNGAI KAPAR INDAH atau nama singkatnya SKI. Seronok berkerja dekat sini lagi-lagi dapat kenal Afira yang happening, Atikah yang suka menolong orang Abang Mai atau namanya Mawardi pekerja legend yang suka menyakat orang, Haniq pakwe si Tika, abangla-abangla yang annoying tu selamat tinggal aje. Eh, dah melalut, dok kat sini semua benda boleh teringin, dengan coklatnya, dengan air coklatnya, dengan keropoknya aduiii...

Hari ini timbulnya idea tentang tajuk ini apabila asyik merenung Kit Kat dekat kaunter ni haaa, nak beli selalu aduiii boleh bankrupt aku. Dulu masa aku kecik dan arwah mak masih ada, mak rajin belikan aku coklat, setiap kali balik kerja mesti ada je habuannya. hehehe seronoknya kalau ada mak lagi mesti sampai besar mak belikan aku coklat. sekarang tak ada siapa yang nak belikan aku coklat.

Malaslah nak cerita panjang-panjang, penat balik kerja. Cuma tolong doakan result saya sebagai senior ni okey, tak ada repeat, dan boleh tamatkan sem pada waktu yang sepatutnya. Doakan saya dapat mds jugeeeeee...

Sabtu, 15 Oktober 2016

Cari Kerja

Salam 15 Oktober 2016, blog bersawang dah ehhhh.. Blog ni tak ada apa yang menarik yang korang nak baca semua pasal aku je. Memang nak jadi blogger hot idok le.. Okey kita masuk pasal topik cari kerja di cuti sem. Setiap kali cuti sem memang dilemanya adalah mencari kerja. Sepanjang aku diploma dan sekarang penghujung semester 4 dan nak masuk semester 5 "YEAYYY NAK HABIS BELAJAR DAH..!!!" aku hanya berpeluang kerja sekali je iaitu cuti semester penghujung sem 1 nak masuk sem 2. Tujuan aku bekerja adalah nak cari pengalaman dan nak beli handphone baru "huhuhuhu.." dan satu sikap aku, bila aku ada kerja dan aku anggap benda tu penting aku ada DISIPLIN sikit tapi bila aku duduk rumah segala penyakit malas dan DISIPLIN aku KELAUT tu yang mak cik aku tak suka maka dia menghalaulah aku kerja. . Masa tu aku bekerja di sebuah pasaraya yang bernama Econsave. 

Kerja dia mudah cuma biasalah dekat mana-mana mesti ada disiplinnya, cuma aku tak suka ada orang atasnya tak beri bilik rehat maka aku tidurlah dekat surau, siap tampal notis tak boleh tidur makan dan blablabla. PEDULIK lak aku, aku buat je peel aku. Aku tahu dia bebulu dengan aku.. hahaha..  keduanya duduk kat situ ibarat orang India menguasai tempat tu walaupun ada beberapa pekerja Melayu, bila waktu rehat kaum India ni boleh rehat sama-sama bila sampai part kaum Melayu tak di beri rehat sama-sama. "PISHANG KAU TAHU" kitaorang nak jugak sembang ingat depa je ke nak potpetpotpet.. haihh bengang. 

Aku anggap benda tu agak suatu memori buruk maka aku cuba tidak untuk kembali bekerja di situ dan maka sebaik aku tamat sahaja peperiksaan pada 11 okt 2016 yang lalu aku telah DIHALAU oleh mak cik aku untuk bekerja dia cakap cenggini "CIK JAH TAHU ESOK PERGI CARI KERJA SAKIT MATA CIK JAH TENGOK NURUL MEMBUTA BUAT TAIK MATA." hambeekkkauuuu. maka aku yang merasakan baru nak rehat sehari bila dah kena warning cenggitu esok maka hamba gagahkan mencari kerja.

Hamba duduk di Kampung Sementa Klang, maka hamba pergilah ceri kerja di PETRONAS Sungai Kapar Indah (SKI) sambil tu hamba isi minyak sekali, hamba isilah borang pelbagai dan seterusnya hamba pi lah ke KAPAR, hamba pergi usha MY MYDIN, ONE MY SHOP dan PUSAT PAKAIAN HARI-HARI itu cadangan mak cik hamba, maka dekat PUSAT PAKAIAN HARI-HARI hamba interview, banyak pulak rule dia, nak pakai lipstik hanya warna merah kasut hitam, hamba yang nak berkerja hanya setuju je. Seterusnya hamba ke RANTAU PANJANG usha-usha kot-kot ada kerja sebab haritu 99SPEEDMART macam ada jawatan kosong haritu aku nampak. Aku gi lah sana tapi setakat lalu jelah, aku ni ada masalah berat mulut dan pemalu jugak maka sia-sia lah aku ke situ dan hanya mampu shopping je lah. Lepas tu aku balik rumah. Esoknya aku bermalas-malasan satu hari kat rumah.

Hari ini mak cik aku beria-ia paksa aku cari jugak kerja, dekat Taska Sri Melor, hat ni sakit hati nau, cari dia punya Taska tak jumpa-jumpa padahal senang je nak cari dah lah aku tengah lapar sampai aku mengamuk lah sorang-sorang aku dah lah tengah LAPAR, ye lah keluar makan chipsmore dengan minum air kosong je. Dah pusing-pusing tak jumpa dan dah lambat, dengan kelaparan dan sakit hati aku tahu tak akan menyelasaikan masalah maka aku berhenti dekat petronas yang aku cari kerja tu aku borong roti, dah lapik perut sikit handphone aku yang gps tak berapa nak berfungsi, Alhamdullilah dia nak berfungsi dan akhirnya jumpalah jugak taska sri melor tu. haih sakit kepala aku dibuatnya. sebelum aku keluar pagi tadi mak cik aku sempat pesan, haaaaaa jangan cari satu kerja je pergi cari dua tiga kerja lain. Maka aku call lah nombor manager ke hape tah MCD punya orang, ada dua nombor setiap nombor aku call dua kali dua-dua tak angkat maka aku balik lah rumah.

tengah aku golek-golek salah satu nombor yang aku call tu dia wassap aku, tanya aku then aku jawablah "Saya ni Nurul dengar cerita MCD cari pekerja part time betu ke?" dia jawab betul dan tanya hari ni free tak aku cakaplah free dan dia suruh pergi interview dekat mcd KLANG SENTRAL pukul 5 dan cari manager nama Eddie. Pukul 5 aku pergilah ajak cousin aku teman, dan Alhamdulillah feedback dia memang dia nak. Memang rezeki aku hari ni dua-dua kerja yang aku pergi hari ni dua-dua betul-betul nak aku bekerja. Tinggal sekarang kena pilih je, dan hati aku memilih mcd walaupun aku tahu kerja tu agak penat namate Insyaallah NURUL HIDAYAH BOLEH.

Selasa, 26 Januari 2016

Selamat Ulang Tahun Kelahiran abang Faiz

Selamat hari lahir abang Faiz.. Hati ni masih sedih atas kehilangan abang.. Mungkin kita tak begitu rapat kenalpun atas urusan kerja, tapi hati ciptaan Tuhan tak dapat dihalang. Bukan sahaja dengan abang Faiz je tapi semua yang terlibat dengan mds Nurul jatuh sayang. Nurul mula kenal abang waktu Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (kpmds) Jun yang diadakan dekat Tapah. Waktu tu abang memegang jawatan besar sebagai mpp dan menjadi biro program untuk kpmds.. Bila abang ajar kitaorang menari semua orang tertarik lebih2 pelajar siswi dengan senyuman abang yang jadikan mata abang sepet. Lepas kpmds jun abg jaga mds dekat palam dan Nurul jaga dekat shah alam. Tapi video abang menjadi teman bila Nurul rindu dan tak boleh move on dari mds tu pun video bluetooth dari member..

Bila mds untuk november tak sangka abg join lagi tapi masa ni abang dah turun dari jawatan mpp, abang sedia jadi orang bawah. Abang boleh bekerja dengan adik-adik yang tak punya jawatan, abang boleh bergurau senda tanpa ada halangan dengan kitaorang. Pada mulanya Nurul terfikir juga nak ke abang berkawan dengan kitaorang.


           Mungkin Nurul banyak terlepas pandang pasal abang Faiz tapi apa yang abang bergurau dengan kitaorang apa yang abang cuba ceriakan kitaorang jadi memori buat kitaorang.. Salah satunya abang entah datang dari mana, masuk ikut pintu belakang dan tiba-tiba panggil "Nurul, Nurul, Nurul" sambil pegang Al-Quran. Nurul pun suruh abang terus pegang Al-Quran untuk tangkap gambar. Selepas tu, waktu mb-mb baru dihiburkan dan beramah mesra dgn pm-pm sambil tu diajar lagu uitm kita kat belakang stage Nurul, abang Faiz dengan kak Teha tak tahu dah nak dikatakan nyanyi atau jerit sama kuat dengan lagu yang dipasang kat dalam bilik gerakan. Sehari sebelumnya abang cakap kitaorang abang janji nak pakai jubah dan nak jadi imam muda..



Satu hari dalam post moterm semua dah penat dan rabak termasuk abang faiz yang tak duduk kat atas kerusi dan duduk kat bawah dan kadang-kadang berbaring sebab penat Nurul cakap "baik abang jangan tido nanti Nurul tangkap gambar" dan abang pon balas "jangan risau abang dah bersiap sedia, abang ada tangkap gambar Nurul tengah tido n baju terselak sikit." Ya Allah Nurul tak marah tapi malu dan segan sebab abang ambik gambar macam tu. Rupanya abang tipu je...

Kenapa kitaorang tak perasan dengan perubahan abang yang macam dah beri tanda-tanda abang akan tinggalkan kami buat selamanya. Kalau seorang Nurul yang bukan siapa-siapa pada abang terasa kehilangan gila-gila macam manalah perasaan kawan-kawan rapat abang, barisan mpp 14/15, family abang.

          Waktu Nurul dapat khabar abang tengah sakit tenat melalui coretan abang Aiman di facebook, perasaan Nurul masa tu hanya Allah je yang tahu. Hari itu Nurul sekali lagi sedih sebab semalamnya Nurul baca tentang kesusahan abang Azam ketika diploma. Coretan abang Aiman sangar memberi kesan kerana abang Faiz dan abang Aiman saling memberi kekuatan sesama sendiri.



          Khabar tentang abang mula heboh dikalangan pm-pm november dari FiTA, dan mereka sangat menaruh harapan agar abang cepat sembuh begitu juga Nurul dan berharap dapat bekerja lagi dengan abang dan dapat tengok senyuman abang lagi.





           Dua hari kemudian, khabar yang sangat mengejutkan buat semua orang diterima cuma Nurul terlewat sedikit terima khabar itu kerana Nurul tidur, sedangkan masa tu Nurul dan Hana dah nak merancang pergi ke Terengganu semata-mata ingin melawat abang. Tapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kami. Kerana Allah lebih menyayangi abang dia ambil abang dari kami dan mungkin jika ikatan kami sebagai kawan-kawan abang kuat semoga kita berjumpa disana. Terima kasih kerana melalui media sosial abang kami melepaskan rindu...






Al-Fatihah buat Muhammad Faiz Bin Azmi / Faiz Hafeez
25 Januari 1991 - 21 Januari 2016