Jumaat, 22 Januari 2021

Kesunyian seorang Nurul Hidayah


Aku di lahirkan sebagai anak tunggal, pada usia 4 tahun aku dikenalkan dengan kakak dan ibu tiri pertama. Pada usia 8 tahun aku di tinggalkan ayah, tapi dalam masa 6 bulan aku dikenalkan dengan ibu tiri yang kedua dan kenal dengan sebahagian 8 adik beradik yang lain. Ya aku masih budak aku tak mengerti apa itu tapi aku hanyalah tahu.

 Selepas ayah meninggal hiduplah kami hanya berdua, di rumah setinggan. Mak cuba memenuhi dan melengkapkan kelengkapan untuk satu-satu anaknya dan juga seorang anak yang degil. Mak berkerja kilang untuk menampung kehidupan kami berdua.

Pencapaian sebagai anak, aku taklah pandai dan juga tak bodoh, mula-mula jiran depan rumah yang jaga aku, kemudian pindah pulang ke kampung di Melaka, kemudian jiran sebelah yang ganti untuk menjaga atau pantau aku ketika mak dan ayah kerja dulu. Darjah 5 masakan pertama aku masak dan resepinya aku ambil dari surat khabar.

Empat tahun kemudian selepas ayah tinggalkan aku, mak pulak tinggalkan aku, tinggalkan aku betul-betul sendirian mujur mak ada adik beradik yang mahu mengambil alih menjaga aku. Jauh di sudut hati, aku sunyi, waktu raya paling terasa hati, pada siapa aku nak salam dulu. Kini raya makin pudar, tak ramai yang balik makin pudar memang tak boleh balik beraya kerana covid.

Seorang Nurul Hidayah sangat sunyi, kenapa dia sering berdoa ingin berkahwin, sebab dia nak ada orang ada disisinya yang boleh meluah tanpa batas, yang boleh bermanja tanpa batas yang dia memang untuk Nurul Hidayah. Memang orang kata, orang yang belum berkahwin lagi ni beruntung dia boleh berbakti kepada ibu bapanya. Aku tak punya itu, memang sentiasa ada orang di sisi tapi batin ku masih terbatas manja ku masih terpendam. Ya Allah makbulkanlah doa ku yang sekian lama. 

Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika mak masih hidup, adakah jalan hidupku ada perbezaan, dimana kami berteduh, rumah jenis apakah. Sedikit kekesalan aku, jika mak masih ada, dapat aku membawa mak jalan-jalan menaiki kereta hasil pemanduanku. Emak Yul rindu mak.

Sabtu, 16 Januari 2021

Ada sesuatu yang tak dapat di luahkan

Ada sesuatu yang terlekat dalam hati tak dapat di luahkan. Korek korek gambar 6 tahun lepas terlintas dalam kepala aku beberapa kata-kata orang sekeliling. Mungkin bukanlah kata-kata tu tepat diluahkan oleh orang itu tapi hampir sama.

Mereka kata aku ni kuat, survive hidup tanpa ada ibu bapa di sisi, malangnya aku masih beruntung sebab arwah mak tinggalkan harta, aku masih senang tapi dalam hati aku je yang tahu. Memang aku senang tapi menangung tak ada mak ayah, tak ada tempat luah tak ada tempat peluk cium. Aku masih beruntung bukan, mungkin yang ada mak ayah tapi mereka tetap tak dapat peluk cium malah di pinggirkan. Kata kunci adalah syukur. NURUL HIDAYAH PATUT BERSYUKUR.

Aku patut berbangga pada diri sendiri, ada masanya aku ambik risiko untuk keluar dan menikmati apa yang aku minat, aku dapat berdiri tanpa mengheret kawan-kawan rapat aku untuk meminati apa yang aku minat. AKU BERSYUKUR ALLAH TETAP MENGKURNIAKAN TEMAN UNTUK AKU KETIKA ITU.