Khamis, 30 Mac 2023

Ujian puasa ke 8

Puasa ke 8 aku mendapat berita gembira juga sedikit ujian buatku.

Berita gembiranya memang dah lama ingin bekerja dibawah Tuan Syed Mahdi Barakbah. Memang tak aku buang masa, walaupun mungkin tidak banyak lagi masa yang buang dan santai-santai. Ini masa aku nak bina career path aku. Aku nak jadi profesional.

Sedikit ujian adalah, aku mendapat seorang cust yang dia tak boleh bangun sendiri, tak boleh mengiring. Aku mmg dalam kerja mmg aku banyak fokus pada tungku dan urutan dari rawatan-rawatan lain. 

Harini aku dipersoalkan lagi, yeahh salah aku jugak pi tinggai rawatan lain sebagai penyedap rasa.

Ni baru org pertama aku kena explain, kemudian kena explain pada admin pembayaran kemudian cust sendiri. Sampai cust aku malas dah nak explain. 
Aku punya malas nak explain, aku cakap aku pulangkan semua komisen, sebab malas nak bergaduh. Entahlah mungkin aku anggap benda tu kecil untuk komisen rm120 sehari, termasuklah bahan² , minyak urut, param pilis tapel, milk booster, mandian herba yang aku perlu sediakan. Minyak kereta.

Makcik aku marah aku sebab aku suruh pulangkan semua duit, sebab dia kata kalau aku urut beria sampai sakit jari. Tambahan tayar pecah lagi.

Entahlah aku sekarang insecure dengan diri sendiri, aku tolong orang dengan cara aku sendiri tapi orang tak menghargai usaha aku. 

Rabu, 29 Mac 2023

5 Ramadan bersamaan 27 march 2023

5 Ramadan , hari sedang aku kalut² nak pergi kerja tapi diberi ujian dgn tayar pancit. Nasib ada sedikit duit untuk buat roadtax jadi hati taklah gelisah sangat tak ada duit dan alhamdulillah tayar pon harga murah Rm 135 sahaja. Nasiblah duduk dekat dengan mak andak sbb ada pak andak boleh tolong. Aku ni perempuan yang tahu melasak menggasak kereta je, tu sebab selalu kena marah sebab tak jaga kereta.

Hari itu sangat mudah semua selesai dengan baik dan cepat sahaja. Ada yang menolong tukar tayar, pergi ke Bangi beli tayar baru pukul 11.30 dah sampai kerumah semula.

Tapi petang itu aku tengok story rakan-rakan aku, Azmin Nadhirah, kawan merangkap adik aku motor kena tarik. Kemuadian Kak mas pula, anaknya masuk hospital kerana pneumonia. Allah selalunya aku yang paling terasa beratnya ujian tapi rakan² aku lagi berat.