Rabu, 2 Ogos 2023

Energy Yang Sama

Aku tengah serabut sebab mungkin bulan ni aku last dekat Andorra sebab Dr K minta company tukar terapis. Hari ni baru otak aku berfungsi untuk fight sebab kesalahan aku tak besar sebab patient kata aku urut gosok².

Rupanya masalah Nad dengan aku sama, Nad jadi mangsa aim boss dia after permanent, sampaikan hidung berdarah. Silap² bukan aku yang hantar surat resign dia yang kena hantar surat resign. 

Lepas habis sembang pasal kerja termasuk bab jodoh. Nad cerita tentang orang yg dia tengah rapat ni, mak dan ayah dia meninggal selang 3 bulan. Pastu lelaki ni dia akan berdiam diri bila 2 ketika ni. Masa birthday dan masa raya.

Aku nangis sangat sebab masa raya tu relate sangat, sebab masa aku 12 tahun iaitu raya  tahun yg sama mak aku meninggal aku pernah merajuk bawak diri masa sesi salam raya sebab aku sedih sangat aku tak tahu nak salam sapa dulu sebab nak ikutkan semua mak cik aku rapat. Aku rasa sorang² sangat.

Itu sebab aku nak sangat kawen sebab ada ayat aku baca nak bermanja seperti ibu manjakan nak dilindungi seperti seorang bapa melindungi.

Semoga tahu  2023 ketika aku umur 28 tahun aku bertemu jodoh dan bernikah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan