Selasa, 17 November 2015

Kerja Haram

17 November 2015 nak kata hari bersejarah memang tak lah, tapi hari ni aku dan kawan-kawan terpaksa menghuni rumah kolej secara haram kerana nak join menjadi pemimpin mds or atau nama panjangnya minggu destini siswa yang perlu pelajar-pelajar baru dapat menempatkan diri di UiTM perlu mereka lalui sebelum mereka mula kuliah.

Sekarang ni kawan-kawan aku iaitu hana, shero dan kak teha masing-masing tersangkut kat Seksyen 13 Shah Alam sebab banjir, jadi aku sorang-sorang dalam rumah ni... Aku dalam wassap aku suruh diaorang balik cepat sebab takut felo naik, aku rasa mesti diaorang gelakkan aku. Tapi aku tahu diaorang akan lindungi aku..

Alhamdulillah, sepanjang aku hidup kawan-kawan yang aku rapat semua memahami aku, walau mereka bukan hadir dari kelompok yang sama latar belakang yang sama, kadang-kadang diaorang sangat nakal tapi diaorang sangat melindungi aku, dan diaorang akan coolkan aku sebab aku cemas dengan kerja-kerja haram.

Isnin, 2 November 2015

Mimpi Apakah

         Tadi aku bermimpi, aku berhenti belajar kat UiTM dan aku sekarang belajar kat MSU dan aku sedang bermasalah dengan lecturer, dia complain dalam kelas aku pakai spek lah, aku makan dalam kelas lah, aku tidur dalam kelas lah, tapi dia complain secara umum dalam kelas, Kemudian aku marah balik lecturer tu, kita melawan lah ni, aku mengaku aku salah, tapi masa aku kat UiTM tak ada peraturan mengarut macam ni. Lepas tu aku cakaplah habis orang lain yang betul-betul rabut macam mana?

Lepas habis kelas lecturer perempuan tu dan semua balik, kat luar dewan kuliah tu kawan aku cakap dia ada rakam masa levturer tu tengah marah dan nak bagi dekat orang atas macam dekan dekat situ sebab lecturer tu mengarut. Lepas tu aku nak balik asrama aku, aku terjumpa dengan kawan Maahad Hafiz aku iaitu Raba' dengan Shera Zaini. lepas tu aku terjummpa dengan uncle cina pun tak puas hati dengan MSU.

Aku pulak rasa menyesal berhenti belajar dekat UiTM dan sambung belajar dekat MSU, dan aku cari jalan nak sambung belajar kat UiTM balik..

Bila aku bangun, aku rasa benci gila kat MSU sebab aku berhenti belajar kat UiTM... mengarut gilerkan mimpi aku..