Selasa, 17 November 2015

Kerja Haram

17 November 2015 nak kata hari bersejarah memang tak lah, tapi hari ni aku dan kawan-kawan terpaksa menghuni rumah kolej secara haram kerana nak join menjadi pemimpin mds or atau nama panjangnya minggu destini siswa yang perlu pelajar-pelajar baru dapat menempatkan diri di UiTM perlu mereka lalui sebelum mereka mula kuliah.

Sekarang ni kawan-kawan aku iaitu hana, shero dan kak teha masing-masing tersangkut kat Seksyen 13 Shah Alam sebab banjir, jadi aku sorang-sorang dalam rumah ni... Aku dalam wassap aku suruh diaorang balik cepat sebab takut felo naik, aku rasa mesti diaorang gelakkan aku. Tapi aku tahu diaorang akan lindungi aku..

Alhamdulillah, sepanjang aku hidup kawan-kawan yang aku rapat semua memahami aku, walau mereka bukan hadir dari kelompok yang sama latar belakang yang sama, kadang-kadang diaorang sangat nakal tapi diaorang sangat melindungi aku, dan diaorang akan coolkan aku sebab aku cemas dengan kerja-kerja haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan