Harini ada lima ibu lepas bersalin perlu diurut. Alhamdulillah aku terjumpa satu ibu yang berasal dari Bachok Kelantan, ibu anak lima ni riuh bercerita, seronok layan.
Dalam banyak-banyak cerita tentang harga mahal, jalan jem satu benda yang tersentuh pada aku. Dia kata belajarlah kalau membeli nasi lemak atau gerai-gerai tepi jalan tu, kalau ada bali seringgit dua halalkan pada mereka, sebab mereka akan begitu bersyukur sebab itulah keuntungan mereka.
Zaman sekarang ni barang-barang serba mahal mungkin mereka berniaga sekadar pusing modal sahaja. Walaupun ibu ini bersalin di Hospital Andorra dia sangat mendekati jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan