Arwah mak punya 10 beradik 9 hidup 1 meninggal kecil. Arwah maklah yang pertama keluar dari rumah dan kerja kilang motorola kemudian tolong arwah tok supaya senang sikit dan runtuh rumah papan dan buat rumah batu bawah.
Arwah mak berkahwin lewat, berumur 38 tahun baru kahwin. Setelah ditipu, oleh dj radio lah ditinggal pengsan ditepi jalan dan mungkin banyak lagi cerita cinta mak aku yang aku tak tahu.
Arwah mak berkenalan dengan arwah ayah sebab ayah suka buat call sesat, ni memang permainan orang dulu-dulu cari jodoh 🤣. Mula-mula call ayah dapat kat Achik Jah, Cik Jah pulak sejenis tak melayan dia passkan pada Mak Andak, Mak Andak pulak dia macam hidu-hidu ayah ni macam orang yang dah kahwin dia pass pulak pada mak, eeeehhhh terlekat pula.
Fast foward masa mak nak kahwin tu, banyak jugak halangan, sebab ayah suami orang tapi keluarga terpaksa lepaskan sebab umur mak dah lewat.
Mak berkahwin umur 38tahun kemudian dia pernah mengandung, tetapi gugur sebab tergelincir kemudian dia mengandungkan aku dan aku lahir pada umur dia 40 tahun.
Back to prinsip, kenapa aku cerita backgroud dulu, aku tak nak jadi macam arwah mak. Berkahwin lambat, berkahwin dengan suami orang dan dia punya anak satu je iaitu aku. Tapi ini semua atas izin Allah s.w.t.
Aku memang dari sekolah berdoa nak kahwin awal, tapi rezeki Allah yang izin, now aku 28 tahun masih single dan tak pernah bercinta dan punya boyfriend meskipun cinta monyet. Cuma bulan ramadan ni memang aku banyak berdoa untuk aku punya jodoh dan dapat settle down tahun ni juga. Satu lagi aku berdoa agar karier aku berjalan berkembang dengan baik, aku sudah 28 tahun.
Aku tak nak berkahwin dengan suami orang, sekarang ni memang banyak viral tentang penyondol apa semua, aku bukan lah orang sejenis itu, mak aku juga bukan orang sejenis itu tetapi berkahwin dengan ayah sebab tak tahu dari mula ada dua orang isteri. Ayah pulak memujuk rayu, katanya nak tembak diri dengan senapang gajah, nak kena lenyek dengan treler la, banyak drama, itu akupun banyak drama jugak, keturunan. Hahahhaha.
Anak seorang, aku ni dikira anak tunggal, tunggul, tinggal. Dahlah tak ada adik beradik satu mak satu ayah kemudian umur lapan tahun ayah dah meninggal umur 12 tahun mak pulak meninggal. Mujur ada adik beradik mak aku yang ramai, mak cik sebagai mak, pak cik sebagai ayah, sepupu sebagai adik beradik, tetapi tetap tak sama sebagai kepunyaan sendiri.
Namun ayah meninggalkan aku 9 orang kakak dan abang di atas cuma yang rapat seorang kak long ja aku, itu pun duduk jauh, banyaknya memang aku sorang-sorang. Yang lain hmmm malas cakap. Memang kalau bercerita dekat orang lain memang aku cakap aku anak tunggal selepas-selepas baru cakap ada adik beradik.
Ni nak raya, sedihlah aku masih sorang tak ada ibu ayah adik beradik nak salam raya aku ting tong kejap. Itulah antara seba aku nak punya pasangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan