Ahad, 21 Mei 2023

Reunion dengan Puan Aini Adelina

Puan Aini Adelina ni cust kedua aku sejak aku menceburi dunia confinement lady ni. Puan ni duduk di Putra Prima Puchong.

Pagi aku datang ke andorra benda pertama kena buat adalah cari info bilik mana kena urut dan tampal sticker barulah pergi ke satu² bilik. 

Masa tampal sticker lagi terdetik macam kenal nama ni, tapi aku cakap mungkin akan ada nama yang sama, lepas siapkan fail aku masuk bilik puan aini yang pertama tanpa fikir.

Aku masuk bagi salam dan memunculkan diri terus dia sapa aku, eh awak yang haritukan. Aku pun jawab ya. Dia kata oh dah kerja kat sini dah  aku tanya padanya anaknya yang dulu iaitu Anis untuk bertanya khabar, dia siap tunjuk gambar dan beritahu unur anaknya sekarang dah setahun 8bulan dah.

Haaaa mana² cust saya yang regular bersalin di andorra insyaallah akan berjumpalah dengan saya semula.

Puan Nur Hanida

Harini berjumpa dengan patient yang sangat positif, dia bersalin czer selepas menunggu zuriat selama 9 tahun dan membuat ivf pada tahun lepas alhamdulillah terus melekat. Patient melahirkan baby boy dan mempunyai seorang anak angkat boy iaitu anak saudaranya sendiri yang sudah 5 tahun. Dia kata sebab 9 tahun menunggu zuriat sendiri suaminya berkerja siluar negara.

Umur aku dengannya berbeza lima tahun, dia lahir tahun 90 dan aku tahun 95. Kami berborak dia siap mendoakan aku dijumpakan jodoh. Dia kata setiap kita akan ada cerita masing². Ceritanya seperti diatas tu la.

Cerita aku pula bermula dari mak aku yang berkahwin umur 38 mengandung dan keguguran kemudian mengandung aku pula dan dapat aku pada umur 40. Tapi masa umur 8tahun ayah meninggal dan mak meninggal pada umur aku 12 tahun.

Hilang

Masa tahun lepas teman kak liza untuk carikan nasi ganja dekat ipoh untuk sedeqah atas nama abang herry. Lepas tu pergi tido rumah mak teh dan bawak lah kak liza jumpa mak teh, mak su sempat singgah rumah pak lang. Sempat juga pergi ke rumah maksu sebab kak liza nak tengok kucing.

Masa kat rumah maksu sempatlah paksu bawak pusing² jambatan pulau pinang 1 dan 2. Dalam masa perjalanan tu kami dok sembang² pastu masu topik jodoh aku kata kat maksu macam mana nak cari jodoh pastu paksu menyampuk diakan ada. Aku memang terus buat muka la. Maksu cakap kalau jadi macam hal dulu aku akan hilang maksu. Cerita dia laki dia yang gatal aku yang kena 😒😒😒.

Tahun ni sebelum puasa majlis nikah dan kenduri ayong, aku sebenarnya semangat je nak pergi siap tanya berkali² takut lupa tarikh. Tapi Allah sebaik² perancang, bertindih dengan konvo kaps. Yeah aku tak naik konvo pon aku just jadi sekreteriat je tapi aku ada matlamat untuk join tu. Aku siap tanya kak mas dan kak long mana yang aku patut pergi. Kak mas kata peluang bukan selalu datang begitu jugak kak long plus kak long tahu aku mmg ada masalah duit yg kronik.

Nak dijadikan cerita maksu merajuk dan aku mmg hilang dia disebabkan aku tak dapat datang kenduri ayong, dan aku mmg simpan dalam hati kalau aku kawen dia tak mau nak mai suka hatilah itulah balasan buat aku tak dapat datang.

Aku mengadu dekat kak long yang maksu merajuk semua, kak long kata maksu tu kuat memaksa. Yeahh aku memang penat dah asyik jadi people pleaser, aku ada kemampuan aku. Cumanya aku kalo nak mmg azam aku sangan tinggi. Bila aku malas memang aku tak peduli.