Pagi aku datang ke andorra benda pertama kena buat adalah cari info bilik mana kena urut dan tampal sticker barulah pergi ke satu² bilik.
Masa tampal sticker lagi terdetik macam kenal nama ni, tapi aku cakap mungkin akan ada nama yang sama, lepas siapkan fail aku masuk bilik puan aini yang pertama tanpa fikir.
Aku masuk bagi salam dan memunculkan diri terus dia sapa aku, eh awak yang haritukan. Aku pun jawab ya. Dia kata oh dah kerja kat sini dah aku tanya padanya anaknya yang dulu iaitu Anis untuk bertanya khabar, dia siap tunjuk gambar dan beritahu unur anaknya sekarang dah setahun 8bulan dah.
Haaaa mana² cust saya yang regular bersalin di andorra insyaallah akan berjumpalah dengan saya semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan