Ahad, 21 Mei 2023

Puan Nur Hanida

Harini berjumpa dengan patient yang sangat positif, dia bersalin czer selepas menunggu zuriat selama 9 tahun dan membuat ivf pada tahun lepas alhamdulillah terus melekat. Patient melahirkan baby boy dan mempunyai seorang anak angkat boy iaitu anak saudaranya sendiri yang sudah 5 tahun. Dia kata sebab 9 tahun menunggu zuriat sendiri suaminya berkerja siluar negara.

Umur aku dengannya berbeza lima tahun, dia lahir tahun 90 dan aku tahun 95. Kami berborak dia siap mendoakan aku dijumpakan jodoh. Dia kata setiap kita akan ada cerita masing². Ceritanya seperti diatas tu la.

Cerita aku pula bermula dari mak aku yang berkahwin umur 38 mengandung dan keguguran kemudian mengandung aku pula dan dapat aku pada umur 40. Tapi masa umur 8tahun ayah meninggal dan mak meninggal pada umur aku 12 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan