Selasa, 7 Mei 2024

hHanya Allah yang mampu pulihkan

Setahun meminta tak akan 2 hari dah pulih. Aku crush kat orang tu, kadang² rasa nak gila and nak confess, tapi Allah selamatkan aku supaya tak malu.

Aku berdoa, aku bersabar dan Allah tunjukkan aku hal sebenar yeah dia kepunyaan seseorang cina muallaf, setelah aku korek dengan seorang madam ni. Ramai yang dah tahu adik dua nak kawen, dan sesaje aku cakap tuan bila pula nak kawen. Dan madam cakap selepas itu.

Madam dok cerita orang cina nak kawen dgn anak dia perlu ada rumah, dia ada beli rumah di bangi. Dan dia suruh adik dia beli rumah juga. Sekarang rumah adik dia bakal dia yg duduk. Madam ckp lagi dia ni pandai la menyimpan, kereta dia beli masa dia  kerja dulu dia bagi adik dia pakai dan dia pakai kereta abah dia.

Hmmmm.... hanya mendengar dan memulihkan. Aku perlu pergi dia kepunyaan orang.

Jumaat, 2 Februari 2024

Bila dah minta jangan di tanya

Aku saja la cakap manalah jodoh aku pada kak mas, hanya sekadar gatal mulut. Kak mas kata sudah minta (berdoa) jangan di tanya. Aku cakap aku nak kat sorang tu jaaaa, kak mas sambung kalau Allah bagi yang lain kau ikhlas ke?

Kalau orang tu nak ke aku dia kena ada usaha, saya akan usaha pada yang saya nak, iaitu orang tu lah. Aku sambung, dia kena lembutkan kat hati saya maksudnya dia berkawan ke usahalah ambil hati, sebab Allah yang membolak balik kan hati, andai jodoh aku bukan dia maknanya lelaki tu ada usaha, tapi jika aku dapat yg aku hendak itu adalah dari keizinan dan maqbulnya doa aku kepadaNya.

Khamis, 31 Ogos 2023

Sempat dibahan ya, kelas 31 ogos 2023

Kelas 31 Ogos 2023 menyelit dgn pelajar² maiwp sebab nak dapat ilmu. Alhamdulillah makin masuk kelas makin bodoh rasanya sebab banyak ilmu tak tahu dan rupanya dah banyak ya aku menyesatkan org 🤣🤣.

Walaupun kelas untuk harini Tuan Syed Mahdi kata pada pelajar²nya untuk kelas strok tapi harini buat kononnya exam. Dorang kata kena scam dgn cikgu sendiri 🤣🤣.

Cerita kena bahan bilanya banyak topik dibincangkan tetiba kak rina ni nak buat skm free tapi tunggu tuan syed, tapi bukan sebab tuan syed tak nak buat tu adalah kerjasama dengan moyyang. 

Lepas tu kak rina katalah yg moyyang nak tanggung free buat skm, kak rina ajak kak mas mulut aku laju je tak bagi, pastu aku kalau boleh taknak kak rina pon ambik dgn moyyang. Kak Rina ajak aku pulak hah yuiii jom, laju jugak mulit aku cakap taknak.

Pastu Tuan Nuh masuk dendam betul Hidayah dengan moyyang sebab banyak kali minta kerja tak dapat, aku tutup muka kat dinding sebab malu pastu limined paper tuan syed jatuh, tak jaga bethol maruah aku dandan tu kau nak jatuh jugak.

Pastu aku cakap pada kak rina sambil nak keluar dan turun tangga, saya bukan dendam sebab tak dapat kerja tapi saya tahu benda lain, pastu aku cakap lah dah buat kerja tak bayar, tapi belanja makan tu dah settle, aku goyangkan jari telunjuk aku cakap no no no. Tuan Nuh gelak je, Kak Rina pulak cakap Fie meluahkan perasaan ya.

Aku bukan berdendam dengan moyyang sebab tak dapat kerja, tapi memang dari awal aku memang nak kerja dengan Tuan Syed, sebab tanggungjawab dia, ilmu dia. Aku dendam dengan moyyang sebab dia buat kawan aku.

Balik rumah aku bersembang dengan kak mas, apa yang awak nak, apa yang awak fikirkan akhirnya awak dapatkan kerja dengan Tuan Syed, cumanya perluka ruang dan waktu.

Doa aku semoga Akademi Warisan Urut murah rezeki dan aku dapat ditempatkan tempat yg baik². Jika Andorra tu masih tempat dipilih Allah untuk aku mencari rezeki disana aku tetap bekerja kerana Allah.

Rabu, 2 Ogos 2023

Energy Yang Sama

Aku tengah serabut sebab mungkin bulan ni aku last dekat Andorra sebab Dr K minta company tukar terapis. Hari ni baru otak aku berfungsi untuk fight sebab kesalahan aku tak besar sebab patient kata aku urut gosok².

Rupanya masalah Nad dengan aku sama, Nad jadi mangsa aim boss dia after permanent, sampaikan hidung berdarah. Silap² bukan aku yang hantar surat resign dia yang kena hantar surat resign. 

Lepas habis sembang pasal kerja termasuk bab jodoh. Nad cerita tentang orang yg dia tengah rapat ni, mak dan ayah dia meninggal selang 3 bulan. Pastu lelaki ni dia akan berdiam diri bila 2 ketika ni. Masa birthday dan masa raya.

Aku nangis sangat sebab masa raya tu relate sangat, sebab masa aku 12 tahun iaitu raya  tahun yg sama mak aku meninggal aku pernah merajuk bawak diri masa sesi salam raya sebab aku sedih sangat aku tak tahu nak salam sapa dulu sebab nak ikutkan semua mak cik aku rapat. Aku rasa sorang² sangat.

Itu sebab aku nak sangat kawen sebab ada ayat aku baca nak bermanja seperti ibu manjakan nak dilindungi seperti seorang bapa melindungi.

Semoga tahu  2023 ketika aku umur 28 tahun aku bertemu jodoh dan bernikah.

Isnin, 24 Julai 2023

cerita lagi

Haritu aku urut seorang patient yang juga nurse di sebuat hospital swasta juga dan AWU bakal hantar terapis urut di situ juga. 

Sembang punya sembang dia ceritalah tentang praktikalnya juga ada satu sem dia di hantar ke Mersing untuk praktikal di sana dia kata remaja remaja Islambdisana tak segan silu minum arak macam tu je. Lepas tu department hiv dan aids boleh nampak depan mata tak macam di bandar.

Lepas tu dia cerita masa praktikal di semporna sabah. Anak² umur 12 tahun dah ada 3 org anak jadi umur berapa dah mula mengandung. Itu hanya cerita ringkas.

Betullah lagi jauh kita pergi banyak pengalaman boleh kutip. Aku berharap aku juga akan berjaya dan dapat tengok tempat orangvserta dapat berbakti pada orang.

Ahad, 21 Mei 2023

Reunion dengan Puan Aini Adelina

Puan Aini Adelina ni cust kedua aku sejak aku menceburi dunia confinement lady ni. Puan ni duduk di Putra Prima Puchong.

Pagi aku datang ke andorra benda pertama kena buat adalah cari info bilik mana kena urut dan tampal sticker barulah pergi ke satu² bilik. 

Masa tampal sticker lagi terdetik macam kenal nama ni, tapi aku cakap mungkin akan ada nama yang sama, lepas siapkan fail aku masuk bilik puan aini yang pertama tanpa fikir.

Aku masuk bagi salam dan memunculkan diri terus dia sapa aku, eh awak yang haritukan. Aku pun jawab ya. Dia kata oh dah kerja kat sini dah  aku tanya padanya anaknya yang dulu iaitu Anis untuk bertanya khabar, dia siap tunjuk gambar dan beritahu unur anaknya sekarang dah setahun 8bulan dah.

Haaaa mana² cust saya yang regular bersalin di andorra insyaallah akan berjumpalah dengan saya semula.

Puan Nur Hanida

Harini berjumpa dengan patient yang sangat positif, dia bersalin czer selepas menunggu zuriat selama 9 tahun dan membuat ivf pada tahun lepas alhamdulillah terus melekat. Patient melahirkan baby boy dan mempunyai seorang anak angkat boy iaitu anak saudaranya sendiri yang sudah 5 tahun. Dia kata sebab 9 tahun menunggu zuriat sendiri suaminya berkerja siluar negara.

Umur aku dengannya berbeza lima tahun, dia lahir tahun 90 dan aku tahun 95. Kami berborak dia siap mendoakan aku dijumpakan jodoh. Dia kata setiap kita akan ada cerita masing². Ceritanya seperti diatas tu la.

Cerita aku pula bermula dari mak aku yang berkahwin umur 38 mengandung dan keguguran kemudian mengandung aku pula dan dapat aku pada umur 40. Tapi masa umur 8tahun ayah meninggal dan mak meninggal pada umur aku 12 tahun.