Khamis, 1 Januari 2015

Sebulan di UiTM

Alhamdulillah, aku dah sebulan berada di UiTM, setakat ini semua okey sebab apa yang berlaku semu lumrah kehidupan seorang manusia yang bergelar pelajar.

Minggu pertama di UiTM kampus Puncak Perdana aku harus melalui minggu 'MDS' atau maksud panjangnya 'Minggu Destini Siswa' dan isi kandungan program ialah 'ceramah' ... Ohhh... MDS ni bukan ceramah untuk membazirka masa pelajar tapi dia adalah untuk mengenalkan dan apa yang patut dibuat oleh pelajar. Alhamdullilah konsep buli membuli ni dah lupus dek kerana zaman sudah berubah. Alhamdulillah dapat mengikutinya dengan baik.

Minggu kedua pula sibuk dengan 'Minggu FiTA' atau englishnya 'FiTA week' dan berjalan sekali dengan 'MIDAS' atau nama panjangnya 'Minggu Destini Anak Seni' yang di asaskan oleh Rosyam Nor untuk Fakulti Filem Teater dan Animasi yang sebelum ini menggunakan program induct. 

Okey cerita untuk minggu kedua tak selesai lagi... 'FiTA week' ni untuk pelajar, pensyarah dan yang lain-lain melihat hasil kerja pelajar dalam teater, short filem dan lain-lain. FiTA week juga mengadakan wacana untuk pelajar mendengar pengalaman dari orang terkenal seperti pelakon, dj, penyanyi, komposer dan lain-lain, dalam masa yang sama pelajar juga boleh melontarkan soalan pada yang dijemput.Selain itu pelajar juga didedahkan kemana hasil karya dihantar dalam masa yang sama boleh mencari peluang pekerjaan.

Minggu ketiga disambung pula dengan MIDAS yang tertangguh dek keran FiTA week. MIDAS adalah program untuk budak-budak yang baru menjejakkan kaki di Kampus Puncak Perdana berkenalan dengan lebih rapat bersama senior-senior dan program ini di handle oleh pelajar-pelajar part 5 diploma fakulti FiTA. Dengan konsep yang sama tiada pembulian disini. Dan suka aku mengingatkan aku memahami zaman aku sekarang ni zaman dimanjai tapi jangan lah naik lemak.

Dalam minggu itu jugak bermula lah kelas sehingga minggu nak cuti sambuta hari natal bagi orang kristian dan menempuh tahun baru. Suka aku nak bercerita tentang group MIDAS aku kerana semua yang sporting-sporting daripada siswa/siswi dan fasilitatornya, dan sekrang kami menjadi kawan...

Inilah serba sedikit aku nak cerita untuk cover yang blog ni dah berhabuk dek kesibukan... hmm tentang gambar... jap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan