Pagi tadi aku mimpi mak dan ayah, selalunya salah seorang je tapi pagi tadi dua-dua ada... Bukan aku tak nak cerita apa yang jadi dalam mimpi tu, tapi aku rasa macam dah hilang ingatan dan kalu cerita pon mesti cerita tak lengkap. Tapi sekadar tahu mereka melawat aku pagi tadi.. Hish, setiap detik aku menaip sekarang ni rasa macam nak nangis, aku memang tak dapat menahan perasaan... Kolam air mata aku penuh... Macam mana nak tahan ni sebab sebelah ada orang, malu nak nangis..
Ni wajah arwah mak dan ayah yang aku cintai,,,
Beruntung la sesiapa yang masih punya ibu bapa, aku? takdir dah menentukan... Ayah meninalkan aku sewaktu aku berusia 8 tahun dan mak meninggalkan aku sewaktu aku berusia 12 tahun... Aku tertanya sendiri, adakah aku akan melawan mak dan ayah aku kalau mereka msih hidup?
Kadang-kadang aku selalu berangan, kalau mak masih hidup aku pasti ada rumah sendiri, aku pasti ada bilik sendiri dan aku tak perlu pindah-pindah... aku dah penat pindah-pindah...
Selepas arwah mak meninggal, aku duduk dengan adik beradik mak. Untuk habiskan sesi persekolahan aku darjah 6 pak tam ambik aku bawa balik ke Ipoh dan duduk selam 4 bulan sehingga habis UPSR dan sesi persekolahan.
Selepas itu aku duduk mengan makuda di Kota Damansara selama setahun, sebab result UPSR aku tak bagus sangat, aku ni menada-ngada la nak duduk asrama last-last family hantar sekolah swasta di Kuala Selangor dan aku berpindah lagi duduk dengan Cuman dan Cik Jah di Klang..
Dua tahun sekolah dekat Kuala Selangor, aku nak pindah lagi sebab aku tak boleh bawa untuk menghafal Al-Quran, aku pindah ke Puchong pula, duduk disan tiga tahun, habis SPM aku pindah ke Klang dan mencari tempat belajar kemahiran sebelum dapat mana-mana IPTA yang didambakan.
Aku diterima menjadi pelajar Giatmara, aku pindah lagi dan duduk di Kota Damansara kembali selama 4 bulan dan nak habis lagi 2 bulan di giatmara aku pindah lagi kali ini ke Subang. Habis Giatmara aku kembali ke Puchong, konon-kononnya nak cari kerja dekat sana sebab banyak kemudahan seperti bas dan pusat membeli-belah juga dekat.
Lagi seminggu aku nak masuk UiTM untuk intake kedua dalam Fakulti Filem Teater dan Animasi jurusan Penulisan Artistik, kali ini aku pindah ke Klang semula untuk berulang asrama dan rumah... Huh! bertapa penatnya aku nak pindah randah ni... Alangkah indahnya ada mak sendiri yang boleh bermanja tanpa batasan, ada ayah sendiri untuk melayan kerenah aku untuk hantar kesan-kesini, nak bermanja dengan seorang lelaki yang tak akan batal air wuduk. Punya abang, kakak dan adik sendiri untuk bergurau dan bermanja dan ada rumah sendiri dan tak perlu pindah-pindah.
Tapi apa yang aku punya, hanyalah wang peninggalan arwah mak yang hanya boleh meneruskan hidup tapi tak boleh untuk bermanja, tak boleh untuk memberi nasihat, dan aku punya keluarga hanya lah keluarga orang untuk menumpang kasih sayang... Sedihnya hati aku ibarat awan yang berat dan hitam warnanya untuk menurunkan hujan..
Sebelum aku menamatkan post kali ini aku nak cerita kisah di sebalik gambar ini.
Gambar ni tangkap tak silap aku masa umur aku sebelas atau dua belas tahun macam tu. Masa ni waktu kakak sepupu aku, anak kepada mak uda iaitu waktu Kak Elly graduation UiTM. Dia orang jemput pun sebab nak memeriahkan lagi hari graduation tu...
Entah macam mana aku timbul idea nak pakai baju graduation Kak Elly ni dan nak tangkap gambar dengan mak, aku tak pasti aku cakap ke atau aku rasa je yang aku mungkin tak akan dapat bergambar macam ni bila aku dah besar atau aku sendiri yang akan graduate...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan