Rabu, 28 Oktober 2015

Cerita Korea dan Buang Tebiat

Assalamualaikum semua, lama dah tak update blog, sebelum ni, ada je banyak perkara yang ingin aku updatekan dekat sini tapi tak terupdate dengan sebab malas nak bukak laptop, tak seronok tulis entry pakai handphone dan hari ini aku update juga walaupun malas dan mungkin aku sedikit buang tebiat kerana laptop baru.. oppss...

Nah!!! hari ini seperti rutin yang minggu lepas aku tengok cerita korea dekat youtube, kalau minggu lepas aku tengok cerita Boys Over Flower nam yang terkenal dekat Malaysia dan nama lain di tempat-tempat lain Boys Before Flower minggu ini pulak aku tengok cerita Naughty Kiss nama yang terkenal dekat Malaysia dan nama lainnya Playful Kiss.

                                      



Hmmm... Aku bukanlah #Kpopers tapi boleh la jugak nak minat tengok tapi tak adalah nak bersungguh-sungguh sangat., dan anggapkah aku buang tebiat juga sebab tengok cerita korea. First cerita korea yang aku minat ialah He's Beautiful atau nama lainnya juga You're Beauiful dan aku minat sangat dekat Jang Geung Suk.

       


Sekarang pulak orang yang aku telah berubah, untuk cuti sem selain tak ada kerja dan aku cipta kerja dengan tengok cerita Korea kerana aku tersangkut tengok mamat yang berlakon dekat dalan cerita Boys Over Flower kat ntv7 dan aku marathon tengok cerita Korea yang ada mamat ni kat Youtube.

 

 


Kim Hyun Joong

Tu lah nama mamat ni, aku suka watak yang dia bawak dalam Boys Over Flower, sebab dia suka senyum tiba-tiba dan senyuman dia..... tengok sendirilah cerita tu...

Untuk kata-kata terakhir dalam entry ni, sebelum aku nak balik cuti sem aku risau sangat aku gagal lagi dalam ELC atau senang nak faham pada orang yang tak tahu dia adalah subjek English, aku harap tak lah. waktu itu juga aku berazam nak belajar english sepanjang cuti sem, tapi biasalah aku, aku bukanlah minat sangat dalam bab-bab belajar ni, tapi alhamdulillah aku masih mampu untuk terus belajar dan menjejakkan kaki di UiTM. 

Di sebabkan aku dah angau sangat dengan mamat ni, seperti yang aku cakap dekat atas, aku marathon tengok drama korea ni dengan bermula tengok cerita Boys Over Flower, nak tengok dari episod pertama dan tak sabar nak tahu apa yang jadi di episod yang akhir-akhir. Kalau nak tunggu tv alahai, tersangat lah lambat.

Nak dijadikan cerita, cerita Boys Over Flower ni kat Youtube tak ada subtitle Melayu, nak tak nak tengok lah yang subtitle english, tapi aku bersyukurlah juga sebab aku boleh la faham sikit-sikit dan yang mana perkataan yang tak tahu carilah dekat google translate atau kamus online... Kira belajar lah jugakkan.. tercapailah juga azam aku nak belajar english... Lepas ni boleh la kita belajar grammar lah pulak.

Hmmm... tujuan asal aku tulis entry nak cerita pasal fasilitator tapi terhurai panjang lah pulak pasal Korea, so bacalah dekat next entry... Solat dulu..


6:22 pm
28 oktober 2015
Rabu       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan