Tiba masanya untuk cerita pasal fasilitator. Tadi tengah syok-syok tengok cerita naughty kiss kat youtube En Mirul iaitu pegawai Hal Ehwal Pelajar FiTA post satu gambar.
Jujur aku cakap, aku memang nak sangat jadi fasi tapi aku tak tahu kenapa. Bagi aku tugas fasi ni lebih kurang macam cikgu jugak dan terdetik la jugak nak jadi cikgu untuk di jadikan sebagai pengalaman. Aku tak tahu pada masa depan aku, apa kerja tetap yang aku akan sandang.
Mengikut cita-cita aku dari kecik aku minat sangat nak jadi polis, tapi bila dah besar ni dengan membawa imej berbadan besar adakah masa depan aku cerah dalam cita-cita aku yang ini.. Selain itu aku juga berminat dalam menulis novel, dan aku adalah juga menulis novel-novel picisan dan permasalahannya aku tak dapat habiskan dia sehingga penghujung. Aku juga ingin berniaga, aku nak bukak satu syarikat dan dari keuntungan syarikat aku dapat bagi dekat mak cik pak cik aku dan diaorang boleh hidup mewah macam aku.
Walaupun cikgu bukanlah antara yang tersenarai didalam cita-cita aku tapi ramai yang berharap aku akan menjadi cikgu, entahlah aku buntu. Aku tak tahu apa potensi aku.
Aku rasa dengan gambar yang Encik Mirul hantar ni adalah satu peluang buat aku tapi aku tak tahu adakah dia terima aku seorang pelajar diploma, dan aku tak tahu apa kelebihan yang aku ada untuk jadi seorang fasilitator.
7:06 pm
28 oktober 2015
Rabu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan