Tiba-tiba aku teringat nak buat pasal, salah seorang kawan yang aku sangat sayang. Prinsip aku berkawan, sekali aku berkawan ingin aku berkawan sehingga mati dan terus berkawan di syurga kelak.
Aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dekat dia ni, hari tu waktu cuti awal muharam aku sanggup turun HKL sebab dia kena tahan masuk wad akibat pengsan, demam panas dan dia terkena cyst ovary. Masa dia masuk hospital akibat demam panas tu aku cool lagi, bila Fatyn iaitu kakak dia uppdate status yang kata dia kena cyst ovary terus aku fikir nak melawat dia.
Sebelum nak buat keputusan nak melawat dia kat HKL, jenuh jugaklah aku fikir macam mana nak pergi ke HKL dari klang dengan menggunakan transport awam. Mula-mula ada niat nak pergisorang-sorang je tapi aku bukan confident sangat pergi tengah-tengah bandar KL tu, Jadi aku cuba pujuklah cousin aku sambil tu cuba pujuk kalau-kalau dia nak tolong aku hantar sampai ke KTM. Akhirnya ada jugalah nak teman aku dengan ganjaran bawak diaorang pergi ke Times Square.
Kalau setakat nak pergi ke KL Senteral atau ke TS (Times Square) mungkin aku tahu, tapi permasalahannya nak ke HKL aku kurang tahu. Malam sebelum pergi tu aku telefon Mak Andak sebab aku serabut sangat, aku nak ada orang berbual-bual dengan aku bagi kurang serabut sikit, tak sangka mak andak tahu lah serba sedikit nak pergi ke HKL tu dan dari situ dapat lah memudahkan perjalanan aku sedikit, Alhamdulillah.
Cara aku pergi ke HKL dari Klang, aku menaiki KTM dan turun ke KL Senteral, kemudian dari KL Senteral aku naik monorel dan turun di stesen Chowkit dan aku turun kemudian aku berjalan kaki... HKL tu boleh tahan besar dan memeningkan, penat jugaklah cara Wad Eita ni dan aku kesian pada cousin aku yang dah penat berjalan temankan aku.
Alhamdulillah, aku dapatlah jumpa Eita walaupun hanya setengah jam. Eita dari pandangan aku, lelaki yang ada masa aku datang tu aku rasa dia boy friend kau, aku berharap sangat jodoh kau cepatlah sampai dan ada yang menjaga kau. Dan tentang penyakit kau, apa yang kau cerita kat aku yang berkemungkinan kau akan mengandung luar rahim atau kau tak dapat untuk merasa untuk mengandung tu aku berharap ada keajaiban berlaku, keajaiban supaya kau dapat mengandung seperti orang lain, kau tak akan menanggung penyakit yang pernah menyerang arwah mama kau, sebab kau dah banyak berkorban untuk arwah mama kau, kau banyak habiskan masa untuk jaga arwah mama kau. Inilah doa aku untu kau, hanya ini sahaja yang aku mampu aku bagi dekat kau.
12:08 am
29 Oktober 2015
Rabu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan