Selasa, 17 Januari 2023

Balik dari Rompin ke Chemor Ipoh pulak

1 Januari - 9 Januari 2023

Alhamdulillah 1 Januari hingga ke 9 Januari rezeki di Rompin, aku bekerja di bawah pakej company Dirgahayu dari 2 januari sehingga 8 januari bersama Puan Amni. Seronok dapat family cust yang baik². Setiap kali nak balik ada sahaja hidangan, siap pesan nanti raya singgahlah rumah. Hahahahahha.

10 januari 2023

Aku ke Wangsa Maju untuk menghadiri temuduga dan dapat menumpang tuah Kak Mas belajar dengan tuan Syed Mahdi. Pagi² nak ke wangsa maju tu didapati stereng kereta bergegar. Aku yg lalu highway mex ku berhenti kat rnr seri kembangan, tgk tayar botak aku tu dah kempis ke? Tetiba ada pak cik taxi tegur sama ada driveshaft atau tayar bengkak.

11 Januari 2023
Aku balik ke Pulau meranti dan berjumpa dan bermain anak² fruit kesayangan Adam Rayyan , Iman Wildan dan Uwais Hayyan. Aku menyelesaikqn urusan rene roadtax suraya, dan ambil cheque deposit umrah aku dulu di ofis Dr Bidan.

12 Januari 2023
Begitu malas aku nak keluar makan aku bertapa di rumah.

13 Januari 2023
Cheque tidak berjaya ditunaikan sebab aku tak reti sgt pon, mmg menyusahkan betul. Aku terpaksalah mengemis kat kak elly pinjam duit sebab tayar kereta yg sgt mengundang.
 rm500 habis Ooo.. duit hangus kerana tukar tayar rm140×2 biji tayar, rm65 betulkan sporting bengkok rm110 brake pad, rm5 penutup angin. Haaaa gittew.

14 Januari 2023
Aku bertolak ke Ipoh untuk menjaga Fatima Shafa dan ibu.. bertolak 1.40pm nak sampai Rawang mengantok betul, aku berhenti kat rnr rawang tido dulu dlm 20min kemudian keluar cari makanan dan meneruskan perjalanan. Dalam pukul 6 begitu baru sampai ke rumah atam.

Rabu, 11 Januari 2023

2A11

Rindu geng-geng housemate 2A11

Ahli Asal
Edd - Adriana Ariffin
Ira - Shahira Asharo
Ieqa - Afiqah Wahab
Aina - Aina Ahmad
Wawa - Nur Fatin Najwa
Nurul - Nurul Hidayah
Yana - Nur Liyana Saila
Arysha - Wan Arysha Rafirra

Cerita Roommate aku Psycho by Afiqah Wahab

Cerita ni bukan cerita aku but one of my housemate. Rumah aparment tu terdiri dari 3 bilik 2 bilik air. Bilik pertama dan kedua ada 1 double dacker untuk 2 org duduk then bilik ketiga ada 2 katil double dacker untuk 4 org duduk. Aku bilik 4 org tu.



Rezeki di awal tahun 2023

Alhamdulillah syukur pada Allah, Allah memakbulkan doa-doaku. Di awal tahun aku dapat meluangkan masa dengan kakak ku dan anak-anak buah sambil² mencari rezeki di negeri orang. Mengambil kesempatan untuk bermanja dengan kak long.

Sejenis aku kalau tak balik Rompin mahu berbulan². Dulu masa belum dewasa dan belum ada kereta 5 tahun sekali baru balik, sekarang ada lah rezeki setahun dua kali atau mungkin tiga bulan sekali boleh balik. Tapi kalau dah balik Rompin mahunya dekat sebulan baru balik selangor.

Rezeki kedua memang dari doa² ku iaitu dapat join team moyang wellness atau team bawah bimbingan Tuan Syed Mahdi. Walaupun aku hanya baru dapat interview semoga berjalan lancar dan aku diterima team mereka.

 orang belajar mengurut aku keayuan memakai baju kebaya, dahlah masalah negara bagi aku pakai baju² berkain ni, rimas.

Rezeki jugak dapat mencedok sedikit ilmu, dapat join kelas tuan syed mahdi. Menumpang tuah kak mas. 

Aku masih menunggu doa berjumpa jodoh tahun ni.

Ahad, 1 Januari 2023

Tahun baru 2023 dari 2022

30 Disember 2022

Sepatutnya pagi tu aku ada job di Bandar Kinrara bersama Puan Liyana Akhbar tapi puan minta cuti pada hari tersebut maka aku menjadi penunggu lah untuk mesin basuh sampai. 

Alhamdulillah akhirnya setelah menetap di siantan pada bulan Julai, bulan Disember memang aku ambil keputusan untuk membeli mesin basuh walaupun hanya secondhand. Aku betul² dah tak larat nak mengangkut turun naik untuk ke dobi atau membasuh dimana, macam rumah mak andak atau tumpang lah mana-mana.

Sambil-sambil tu aku memang menunggu Kak Long Ja, Siti Nasuha dan Muhammad Husaini sampai dari Kuala Rompin menaiki bas.

Sakit jiwa menunggu pakistan tu menghantar mesin basuh janji hantar pukul 4 petang aku sempat ambik Kak Long dan anak-anak buah di TBS, balik Siantan, sempat dorang mandi-mandi dan kami terus ke Tanjung Harapan, bakal menantu Kak Long (harap² menjadila) belanja.

Pukul 11 malam baru balik, tidur rumah sewa kakak Tirah satu malam.

31 Disember 2022

Pukul 1 pagi mengorder burger, pukul 2 pagi baru tidur dan pukul 7 baru bangun kami mandi bersiap-siap kakak mengemas, pukul 10 pergi ke Gunung Seraya kilang tempat intern kakak Tirah untuk hantar kunci rumah sewa, dan report bertulis ke ofis.

Pukul 11 lebih sampai ke Siantan untuk kurangkan berat kereta untuk ke Mydin Usj tapi Kak Mas dan siap buat kerja aku patah balik ke Bandar Kinrara ambil kak mas dan kami terus ke sempadan Semenyih untuk kenduri aqiqah anak customer kak mas.

 kemudian kami ke Mydin Semenyih untuk gantikan nak ke mydin usj tadi.

 End year with my favourite.

Huish cadang- cadang nak balik ke Rompin malam tu tapi dah pekena kari kambing, ayam goreng berempah drivernya mata nak angkat tak nak angkat je, jadi decide balik aku nak tidur dan balik esoknya.

Malam tu sempatlah melepaskan hajat anak buah untuk tengok klcc 
Balik tu cadang nak ke Saloma Bridge , alahai 5km je tapi jadi sejam terus balik je lah gamaknya.

1 Januari 2023
Janji melayu kononnya pukul 7 atau 8 nak bergerak, tapi masing-masing membuta. 6.40am kak mas dah call kejut aku, aku mandi siap-siao diteruskan lain-lain. 

Aku siap-siap dan keluar membeli sarapan, pada awalnya nak beli nasi lemak di bahagian depan aparment tapi tutup pulak, aku patah balik ke belakang dan bercadang ke medan selera, sekali ada orang hon rupanya sepupu aku, ni peluang baik, jimat tenaga tak payah jalan kaki.
Sorry lah nak teman dan melepak aku kejar masa, aku balik Siantan jalan kaki dan makan bersama kak long ja, anak-anak fruit dan kak mas.

Pukul 9 lebih turun cuncun-cuncun barang dalam bonet alhamdulillah bergerak lah kami, dan alhamdulillah pukul 1.40 petang selamat lah kami sampai di Kuala Rompin yang hampir-hampin nak masuk jalan Rompin Negeri Sembilan yang jalannya begitu lah mencabar jiwa raga.


Sampai-sampai anak buah nak pulak membasuh kereta mak su nya yg macam sarang tu, luar dalam bersih tip top. Kata Kak Long upah dari mak su bawak berjalan. 

Terima kasih Mamat, mak su baru rasa kereta tu macam kereta orang. 

Sekianlah aktiviti akhir tahun membawa ke awal tahun. 

Hadiah doa untuk diri
1. Menjaga solat.
2. Semoga bertemu jodoh dan bernikah tahun ini.
3. Dapat menunaikan umrah bersama jodoh.
4. Gaji setiap bulan 2023 mencecah 3k-5k supaya dapat melangsaikan hutang.
5. Tahun 2023 ini baik-baik dan karier semakin membaik setelah tahun 2022 menghadapi cabaran.