Sepatutnya pagi tu aku ada job di Bandar Kinrara bersama Puan Liyana Akhbar tapi puan minta cuti pada hari tersebut maka aku menjadi penunggu lah untuk mesin basuh sampai.
Alhamdulillah akhirnya setelah menetap di siantan pada bulan Julai, bulan Disember memang aku ambil keputusan untuk membeli mesin basuh walaupun hanya secondhand. Aku betul² dah tak larat nak mengangkut turun naik untuk ke dobi atau membasuh dimana, macam rumah mak andak atau tumpang lah mana-mana.
Sambil-sambil tu aku memang menunggu Kak Long Ja, Siti Nasuha dan Muhammad Husaini sampai dari Kuala Rompin menaiki bas.
Sakit jiwa menunggu pakistan tu menghantar mesin basuh janji hantar pukul 4 petang aku sempat ambik Kak Long dan anak-anak buah di TBS, balik Siantan, sempat dorang mandi-mandi dan kami terus ke Tanjung Harapan, bakal menantu Kak Long (harap² menjadila) belanja.
Pukul 11 malam baru balik, tidur rumah sewa kakak Tirah satu malam.
31 Disember 2022
Pukul 1 pagi mengorder burger, pukul 2 pagi baru tidur dan pukul 7 baru bangun kami mandi bersiap-siap kakak mengemas, pukul 10 pergi ke Gunung Seraya kilang tempat intern kakak Tirah untuk hantar kunci rumah sewa, dan report bertulis ke ofis.
Pukul 11 lebih sampai ke Siantan untuk kurangkan berat kereta untuk ke Mydin Usj tapi Kak Mas dan siap buat kerja aku patah balik ke Bandar Kinrara ambil kak mas dan kami terus ke sempadan Semenyih untuk kenduri aqiqah anak customer kak mas.
Huish cadang- cadang nak balik ke Rompin malam tu tapi dah pekena kari kambing, ayam goreng berempah drivernya mata nak angkat tak nak angkat je, jadi decide balik aku nak tidur dan balik esoknya.
Balik tu cadang nak ke Saloma Bridge , alahai 5km je tapi jadi sejam terus balik je lah gamaknya.
1 Januari 2023
Janji melayu kononnya pukul 7 atau 8 nak bergerak, tapi masing-masing membuta. 6.40am kak mas dah call kejut aku, aku mandi siap-siao diteruskan lain-lain.
Aku siap-siap dan keluar membeli sarapan, pada awalnya nak beli nasi lemak di bahagian depan aparment tapi tutup pulak, aku patah balik ke belakang dan bercadang ke medan selera, sekali ada orang hon rupanya sepupu aku, ni peluang baik, jimat tenaga tak payah jalan kaki.
Sorry lah nak teman dan melepak aku kejar masa, aku balik Siantan jalan kaki dan makan bersama kak long ja, anak-anak fruit dan kak mas.
Pukul 9 lebih turun cuncun-cuncun barang dalam bonet alhamdulillah bergerak lah kami, dan alhamdulillah pukul 1.40 petang selamat lah kami sampai di Kuala Rompin yang hampir-hampin nak masuk jalan Rompin Negeri Sembilan yang jalannya begitu lah mencabar jiwa raga.
Sampai-sampai anak buah nak pulak membasuh kereta mak su nya yg macam sarang tu, luar dalam bersih tip top. Kata Kak Long upah dari mak su bawak berjalan.
Terima kasih Mamat, mak su baru rasa kereta tu macam kereta orang.
Sekianlah aktiviti akhir tahun membawa ke awal tahun.
Hadiah doa untuk diri
1. Menjaga solat.
2. Semoga bertemu jodoh dan bernikah tahun ini.
3. Dapat menunaikan umrah bersama jodoh.
4. Gaji setiap bulan 2023 mencecah 3k-5k supaya dapat melangsaikan hutang.
5. Tahun 2023 ini baik-baik dan karier semakin membaik setelah tahun 2022 menghadapi cabaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan