Sabtu, 15 November 2014

Kawan Baru Sebelum Masuk UiTM

Aku bukanlah pengtweet twitter yang tegar, tak caya? Biar gambar yang berbicara...

See, hanya 2233 tweet je dari aku, kalau orang lain dah beribu-ribu atau ber k k dah...

Okey mengenai tajuk diatas, aku ceritalah macam mana aku boleh menjadi teman di alam maya dengan dia.... Asalnya malam tu aku bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa aku pun tweet la merapu...

Lepas tu adik sepupu aku ni mula la conversation tanya itu ini minta itu ini... Last2 dia tanya aku ambik course apa? Aku pun jawab la penulisan artistik, tiba-tiba ada seseorang tegur dan follow twitter aku... 

Kerana dia seorang peramah bertanya itu dan ini, aku seronok bersembang dan berteman dengan dia...

Daripada berbual dekat twitter berlanjutan ke wechat selepas dia minta id wechat and aku approve.dia punya permintaan menjadi rakan...

Sembang punya sembang, aku terasa diriku kecil dan tidak hebat bila bergandingan dengan orang yang menulis puisi ni, kerana bahasa puisi tinggi dan punya maksud tersirat manakala aku hanya tahu menulis novel yang ayatnya sangat tunggang langgang... 

Kemudian aku minta pula dia bawak karya dia dan aku berazam untuk meminati tulisan puisi walaupun otak aku tak boleh terima kerana aku takut nanti aku diminta untuk menulis puisi didalam assignment, tak ke parah aku...

Aku terkejut bila dia kata...

Terima kasih yea teman kerana memuji, sebenarnya aku malu tapi kerana cita-cita ku penulis, dengan apa cara sekalipun aku berusaha untuk mengapai cita-cita aku selagi perkara itu tidak melanggar hukum Islam dan menzalimi orang lain... Kerana zaman sekarang penulisan adalah mengganti kan kata-kata yang keluar dari mulut. Dan aku tak mahu kata-kata dariku menjadi pedang yang menghiris perasaan orang lain.

Apa yang aku mahukan orang menghargai karya aku, dan memanfaatkan ilmu yang aku sisipkan walaupun ilmu ku tidak lah setinggi mana...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan