Jumaat, 7 November 2014

Ujian JPJ dan Kenangan Manis

Hari ini adalah hari yang penting buat aku untuk memiliki sebuah lesen memandu.
Seawal 8.15 pagi aku sudah diambil oleh Kak Lin seperti yang dijanjikan aku mempersiapkan diri dengan molek. 
Sesampai di litar kami di minta untuk menunggu masuk kedalam dewan, semantara menunggu akupun sempatlah membuat projek menangkap gambar litar latihan dan ujian bagi mendapatkan sebuah lesen memandu...


Beberapa ketika kena menunggu, akhirnya semua di panggil masuk untuk mengambil nombor giliran daripada cikgu-cikgu metro kemudian pergi mendaftar pada wakil JPJ. 
Selesai mendaftar dan semua calon sudah duduk salah seorang wakil JPJ dari Padang Jawa memberikan taklimat bagaimana untuk melalui ujian memandu pada hari ini.
Antara yang ditetangkan, perkara yang sangat penting ialah setiap persimpangan didalam dan diluar litar hendaklah memberi isyarat lampu kiri dan kanan mengikut simpang yang hendak dituju.
Selain itu ujian pertama akan dilalui di dalam litar ialah naik dan turun bukit, sebelum kenderaan bergerak calon perlulah melakukan rutin sebelum memandu (rsm) dan bergerak naik dan berhenti diatas bukit, tarik hand break serta freekan gear dan pastikan tayar kereta masuk kedalam garisan kuning, kemudian hon angkat tangan. Setelah JPJ memberi isyarat untuk turun pastikan kereta itu turun kehadapan dan tidak mengundur kebelakang, jika kebelakang automatik calon akan gagal. Aku kasi tips sikit cara nak turun seperti yang aku belajar, bila nak turun pertama sekali masuk gear satu kedua main minyak sehingga jarum meter menunjukan tiga setengah tangan standby di handbreak, angkat kluch sehingga jarum meter jatuh angka dua dan cepat turunkan handbreak. Huh! Part ni la paling aku susah nak buat tapi alhamdulillah hari ni dan latihan terakhir semalam aku boleh buat kerana aku berzikir, membaca surah dan ingat Allah.
Ujian seterusnya setelah turun bukit calon akan ke ujian Z. Tipsnya, cermin sisi sebaris dengan divider kemudian pusing stereng 2x atau habis, selalunya aku pusing habis dan angkat cluch sehingga kereta berjalan seeloknya kita lakukan dengan pergerakan kereta perlahan, kerana ia mudah dikawal dan dapat belokan yang baik dan kawalan stereng baik. Sampai dihadapan berhenti dan luruskan tayar dan beri lampu isyarat, dan seterusnya kita akan ke ujian S dan diikuti side parking.
Tips side parking, pertama sekali pastikan tayar kanan kereta masuk kedalam garisan anak panah putih dan tayar kanan tidak penuh digarisan itu. Kemudian undurkan kereta dan pastikan bahu separas dgn plat besi yg kedua. Dan pusingkan stereng kekiri habis dan undur sehingga cermin sisi sebalis dengan bucu garisan kuning atau tayar hampir dengan simen, seterusnya pusingkan setereng kekanan habis dan undur sehingga tayar menyentuh garisan oren, kemudian pusingkan setereng kekiri habis dan masuk gear satu untuk lurus kan kenderaan sahaja dan lurus kan tayar hon angkat tangan. Akhir sekali calon akan ke ujian tiga penjuru.
Tips tiga penjuru, pertama bahu separas dengan divider, kemudian pusingkan stereng kekanan habis dan masuk perlahan2, lurus sahaja kenderaan balas stereng kekanan dan kekalkan kelurusan body kereta sehingga bahu separas besi dan berhenti. Pusingkan stereng kekanan habis dan undur sehingga body kereta lurus dipenjuru kedua dan berhenti, seterusnya pusingkan stereng kekiri habis dan terus keluar dan bawa kereta kebukit semula kemudian ambil borang dan itu tandanya calon sudah berjaya didalam litar.
Okey balik kecerita asal setelah panjang lebar kasi tips, dalam dewan tu aku sempat berkenalan dengan seorang kakak ni sekarang dia kerja dekat subang dan akan bertukar kerja di kemaman nak dekat dengan rumah family dia di Pekan Pahang, dan aku serta Tini bergeng sembang dengan kakak tu... Kitaorang saling bertukar cerita dan cara-cara untuk menghadapi ujian serta bergelak tawa. Tapi sampai habis aku tak tahu nama akak tu sebab malu nak tanya, tapi ikut kan hati aku nak tanya nama facebook akak tu sekali... Hehehe tapi biasalah, aku depan family je otai tapi depan orang lain pemalu... Hahahaha...
Ujian aku hari ini bermula dengan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (rpk), tips lagi aku nak kasi, rpk perlu periksa body kenderaan seperti, 1.bumper, 2.no plat 3.tayar-bunga tayar dan angin tayar 4. Lampu hadapan dan isyarat, 6.getah pengelap cermin 7.pintu-getah, tingkap, seterusnya 8.bonet, tiga segi amaran, not beroda 9.tayar spare 10.jet 11.jump  kemudian lakukan mengikut urutan dari hadapan ke belakang dan kehadapan semula mengikut arah jam.
Kemudian ujian aku pergi ke ujian jalan raya dahulu keran nombor giliran aku nombor 52 dan agak akhir2 jadi aku didahulukan dengan ujian jalan raya. Manakala nombor awal2 seperti 1-40 akan buat didalam litar dahulu. Kemudian ujian aku diakhiri dengan ujian litar seperti yang aku ceritakan diatas.
Kenangan manis aku hari ini ialah mengarut dengan Tini kerana untuk menghilangkan nervous untuk ujian di dalam litar kerana ujian jalan raya aku sudah lulus dengan markah cukup2 makan di perolehi.
Akhir sekali aki nak tempek gambar aku, tini dan kak lin, guru yang mengajar aku untuk memandu dan lulus ujian ini. Beruntung la aku dapat guru yang baik seperti kak lin.




Kenangan manis antara kita...
Kita tak pernah kenal antara satu sama lain, tapi kita boleh bergurau senda, masuk air, bantu antara satu sama lain, boleh bersembang rapat walaupun diluar perkara untuk mendapatkan lesen memandu.. Semoga kita saling mengingati walaupun kita tidak berhubung. Terima kasih Kak Lin menjadi guru yang baik serta teman bicara yang baik dan Tini menjadi teman yang baik walaupun dua hari sahaja... Hehehehe   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan