Disebabkan ramai yang update dihari pertama November ni dakupun mengikut juga mengupdatenya disini... Hello November...
Daku update hello november ada sebabnya, kerana bulan ini yg aku tunggu-tunggu dalam tahun ini... Apa yang daku tunggu??
3/November /2014 daku tunggu kerana adakah daku layak masuk ke UiTM yang daku harap-harapkan dulu, tapi sekarang daku sudah menukar perancangan masuk ke Politeknik semula kerana ada faktor lain seperti nasihat dari orang tua dan orang yang berpengalaman dan pasaran pekerjaan pabila daku sudah habis belajar nanti...
7-November-2014 adalah hari yang dimana akan menjalani ujian memandu untuk melayakan aku dapat lesen L dan layaknya aku menjadi pemandu diatas jalan raya....
24-November-2014 adalah saat paling daku tunggu-tunggu kerana berjaya melayakan diri menjadi pelajar semula... Sebagai pelajar Ipta, dan dapat menyibukan diri semula setelah berbulan-bulan mengepam badan menjadi montel setelah menanam anggur... Huh! Tak sabarnyaaaaa..
Doakan yang terbaik untuk daku yaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan