Isnin, 17 November 2014

kesian birthday boy kena tipu

Happy birthday, pada adik saudara ku yang paling kecik dalam keluarga buat sementara ini yang genap 7 tahun..

Tapi kesian, semua orang terpaksa tipu dia sebab tak mahu dia minta macam-macam... Tapi ada cerita lawak yang jadi...
Petang tadi aku excited la nak bagi tahu dan nak wish dekat budak kenit ni, tapi kakak dia tak kasi sebab ibu dia dah pesan jangan bagitahu dia sebab nanti dia minta macam-macam... So hanya dapat diam je lah..
Malam tadi, saje la nak menduga dgn tanya macam2 hari ni dekat budak kenit ni, 
"Nyel hari jadi anyel bila?"
"anyel hari jadi kakak bila?"
"Hari ni hari jadi siapa?"
Budak kenit ni jawab
"Danial Zhafran"
Aku! Terpinga2, kakak dia dah tergelak..
Then aku suruh la kakak dia cerita
" Nantila aku cerita..."
Waktu budak kenit ni leka tengok youtube kakak dia pun cerita la...

Kakak dia pun saja la nak test2 dia, tahu tak yang hari ini birthday dia.
Shasha: Nyel hari ni hari apa?
Danial: hari ni hari isnin la.
Amat: haaaa!! Hari ni hari jadi birthday danial
Shasha & angah: bodoh la kau ni (marah)
Amat: Eh!! Bukan tu birthday Danial Zhafran kawan aku
Danial: La ye ke? (hampa) ingatkan hari ni birthday aku. Amat, birthday kau bila?
Amat: birthday aku lambat lagi.
Danial: birthday aku bila, kenapa nama aku ramai sangat orang guna, nama kau ada tak orang lain guna?
Amat: mana aku tahu birthday kau, ada je nama aku tu yang dekat belakang rumah tu...

Hmmm... Cerita tu buat aku tergelak, tapi tak tahu la orang lain...

Sekian updet hari ini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan