Selasa, 30 September 2014

Hari Pertama Belajar

Hari ini aku sudah memegang kad lesen belajar memandu malaysia hahaha nama penuh aku kasi kau.
Nak ceritanya hari ini aku jarang la buat perangai macam ni tiba-tiba kena buat, kiranya macam kerana terpaksa aku relakan la ni. Memang Kak Lin cikgu memandu aku tu ada msg aku semalam suruh stanby dia nak datang tapi takpun cakap pukul berapa jadi aku bangun lambat, tengok tv mengacau hazimi, bersembang, memasak plus buat bodoh je la pasal msg semalam.
Aku bangun lambat la hari ni, tapi aku diganggu oleh hp2 disekeliling ku, yang panggil untuk beli produk herbalife tu hp mak cik aku, tak lama pula my lovely sister call dan aku boleh bersembang dalam tidur dan lepas tu aku dah tak boleh tidur aku pergi la tgk tv, sembang2 dengan mak cik aku dan tambahan mengacau hazimi. Bila aku lapar akupun pergi la masak roti telur kfc aku.... Tiba-tiba mak cik aku melaung
" Nuruuulll, driving school datannnnggg..."
Hambek ko... Aku yang terkejut beruk menayangkan muka blurr kat semua.
Maka kak lin pun berkata la
" tak yah mandi pun tak apa, tak ada orang tahu dan tak ada sapa pun nak tengok"
Hmmmm apa boleh kata, ikut saja la
Sebelah pagi aku hanya tgk student lain practice je, dalam pukul 12 kak lin hantar aku balik makan dan mandi,  sampai kak lin kata
"muka terkejut dan blur je balik gi makan"
padahal apa aku buat kena jaga budak kecik ni
 
Dah bangun dari tidur kemudian sakan mengamuk bila aku yang jaga, saja nak pilih bulu padahal aku seorang je yang ada kena jaga dia saja nak buat onar, dan kena pandai pujuk dan berlembut dengan dia... Maaf dik akak ko ni lemah bab pujuk memujuk dan lembut-lembut so kita sama-sama redha. Okey sambung cerita aku, dah siap masak aku mandi dan akupun mandi dengan bahagianya.
Sesi petang pula turn aku pula belajar, okey memang cara kak lin mengajar tak banyak membebel dan membiarkan student dia buat sendiri. Aku ni senemangnya kuat blur bila orang tak banyak membebel ni buat dengan tak berapa jayanya. Tapi tak terlalu excited dan tak rasa apa2 belajar dan lenguhnya kaki pijak kluch tak yah cakapla, nasib baik tak kena krem alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan walau tak la mudah mana... Satu pengalaman baru... Lepas ni aku nak jadi pemandu yang brutal tapi berhemah... Nak memandu sejauh-jauh yang boleh dan memudahkan mak cik pak cik aku...

Isnin, 29 September 2014

Spend Time

Oleh kerana tak dapat kerja, aku dah semestinya boring duduk rumah. Nak belaja kereta tak tahu bila maka gua mula la mencari kawan-kawan, bukan untuk kepentingan diri tapi mahu mencari rutin baharu so aku pun datang la ke ppr sri cempaka yang pada asalnya nak pergi konvo kawan kitaorang tapi dibatalkan maka kami pergilah mencuci mata di mid valley...

Ini gambar selfie kami sebelum pergi mid velly


Cari Kerja

     Kerana keboringan aku dah samapai tahap melampau, maka aku pun pergi lah mencemar duli mencari kerja, eh berangan pula macam anak raja.
     Rupanya susah juga mencari kerja ni. Aku hanya bertanya dua tiga kedai sahaja kerana aku ni adalah seorang yang agak pemalu walaupun keliarga aku nampak aku seperti orang yang tak pemalu.
       Malu aku ni hanya ditunjukan pada orang yang aku kenal tapi tak berapa nak biasa dan orang aku aku pertama kali jumpa atau sememangnya aku tak kenalpun... Suara jangan cakaplah sampai orang terpaksa dekatkan telinga pada aku pulak tuh sebab tak dengar suara aku... Tapi hanya family aku je taring aku sebenarnya... Hahahaha

Oh Temuduga Ku

     Tanggal 20 September 2014, seperti yang diminta aku telah menghadiri temuduga UiTM. Pada fikiran aku pada mulanya ingatkan mudah rupanya... Kita sebenarnya memerlukan ilmu sebelum pergi temuduga. Tapi temuduga hari itu jadi kelam kabut dan otak aku lansung tak bersedia kerana aku dah menggunakan segala ruangannya ketika aku mengambil ujian komputer untuk melayakan aku belajar kereta dan mempunyai lesen.          Kesilapan aku pada temuduga pertama aku ialah tidak mencari sijil-sijil aku dengan selengkap-lengkapnya dan menyediakan sijil dalam fail sijil yang sebenar seperti ini



    Tapi aku bernasib baik sebab ada orang tolong menegur aku yang hanya membawa sampul surat dan tidak potostet sijil dengan selengkap-lengkapnya. Maka malam sebelum temuduga semua dirumah anjang membuat operasi menolong aku walaupun dah tengah malam.
      Kesilapan kedua aku, aku tak bersedia dengan bahan-bahan apa yang akan disoal walaupun sebenarnya tak ada pon soalan-soalan mencabar minda seperti sejarah ke, soalan pasal menteri ke, idola ke dan bla bla bla. Cuma dia tanya apa yang anda tahu tentang jurusan ini tapi lebihnya tanya pasal family aku dan sememangnya awal-awal mereka akan bertanya dalam bahasa inggeris dan jika mereka baik mereka akan tanya dalam bahasa melayu.
      Walaupun tak expert dalam berbahasa inggeris aku cuba jawab juga dalam bahasa itu walaupun gagap. 
    Kesalahan aku seterusnya, aku tak menunjukan harapan yang tinggi untuk masuk ke situ pada penemuduga itu walaupun anjang ada ajar, tapi sebab gementar semua hilang dalam memori otak aku...
      Harapan aku tinggi sebenarnya nak masuk situ, sebab pertamanya spm aku tak adalah elok mana lebih-lebih lagi A pon tak ada. Seterusnya aku Memang bercita-cita untuk menjadi penulis novel dan aku ingin belajar untuk menaikan mutu bahasa dan cara penulisan aku.
      Walaupun aku tak menunjukan pengharapan tinggi pada penemuduga itu, aku berharap tinggi Allah membuka jalan dan hati-hati orang yang menyemak dan memilih pelajar untuk diterima masuk ke UiTM tu menerima aku yang kerdil ini...

Nama pena baru aku: Nuha Ryuliana 

Sabtu, 20 September 2014

orang nak temuduga

Sekarang jam menunjukan 2.14 pagi, orang nak pergi temuduga esok tak tidur lagi, nak kena guling2 baru boleh lelap... Sekrang hati dan otak aku rasa kosong... Dah tak tahu apa yang patut fikir, semuanya dah terlambat tapi nasib baik ada orang tolong aku siap2kan sijil bagi lengkap walaupun tak lengkap... Hmmmm tak tau nak cakap apa dan rasa apa dah... Insyaallah ada rezeki aku updet persediaan untuk temuduga jangan jadi macam aku.. Selamat pagi

Rabu, 17 September 2014

Keliru, buntu dan sedih

    Beruntungnya orang yang masih punya mak dan ayah... Jaga lah mereka selagi mereka masih ada...

   Sekeras-keras perlakuan, sekering-kering hati aku kadang-kadang tercuit rasa hati ingin punya ibu semula...

   Al-kisahnya, aku print surat temuduga UiTM seperti yang aku pernah pos dulu, baca syarat-syarat yang dia minta sediakan...

a. Surat panggilan tenuduga
b. Sijil SPM/setaraf
c. Sijil kelahiran calon
d. Kad pengenalan
e. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa

     Bila sampai sini aku buntu tambah risau tambah sedih kerana aku tak punya apa yang dia minta, kalau dia ada tulis /penjaga aku tak ada lah risau sangat... Apa yang aku ada sekarang hanya salinan kad pengenalan. Dan sijil mati mak aku. Ayah aku tak tahu ada pada siapa...

   Hati aku tercuit orang yang ada mak ayah mesti tak payah pening-pening bila nak sediakan semua dokumen tu... Aku pula yang pening...

Sabtu, 13 September 2014

Rezeki datang lagi

Alhamdulillah, aku dapat berita gembira lagi. UiTM dah hantar sms suruh membuat semakan keputusan pangillan temuduga program diploma UiTM sesi 2/2014. dan keputusannya...




Aku tahu aku adalah hamba berdosa, tapi Allah tak mengecewakan aku. Allah tak mengabaikan aku malah Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa aku... Aku sangat bersyukur..


Lepas ni ena buat pemilihan antara politeknik atau uitm... Inilah dilema kelab-kelab orang dewasa


Khamis, 11 September 2014

Ciri-ciri suami aku

Sekarang ni aku angau dengan Talha Harith, gatal pulak aku ni (sedar diri). Akupun tak tahu kenapa tapi almaklumlah orang yang tak pernah bercinta akan angau pada sesiapa yang dia minat dan semula jadi dia akan obses. Kadang-kadang orang yang dia minat tu boleh bertukar. Talha Harith dan ada awek okey, aku minat je harap2 dapat pak we muka macam dia pon dah okey.



















Okey point aku sekarang ni sebenarnya nak cerita tentang ciri-ciri lelaki yang akan menjadi kekasih halal... hmmm ciri-ciri ni perlu ada untuk setiap orang memilih kekasih halal sebab dalam hadis pun ada menyebut.

Hadis yang di riwayatkan kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta Imam hadis lain. Ada empat nilai ciri wanita untuk dijadikan jodoh lelaki dan boleh digunakan untuk ciri lelaki untuk dijodohkan buat wanita.
1. Paras Rupa
2. Berharta
3. Keturunan
4. Agama

MADAH KATA:
" Jika Allah tidak mengizinkan aku mendapatkan seseorang yang aku impikan,semoga Allah memberikan seseorang yang sangat mengimpikan aku .

Jika Allah tidak mengizinkan aku bertemu seseorang yang aku rindui,semoga Allah menemukan seseorang yang amat merindui aku.

Jika Allah tidak mengizinkan aku bersatu dengan seseorang yang aku cintai,semoga Allah menyatukan aku dengan orang yang sangat mencintai aku".  

throwback

Mengimbau sejarah ketika aku SPM masa itu adalah mas, waktu dan saat paling sakit dan sadis yang aku pernah lalui. Biarlah benda itu sekali sahaja berlaku dalam hidup aku. Saat tiada teman dan kawan apatah lagi sahabat memang sakit nak melalui lebih-lebih lagi ketika dalam perjuangan. Bila difikir-fikirkan mungkin ia satu kifarah buat aku, bila di ingat-ingatkan kembali aku melaui benda yang serupa ketika aku UPSR dan PMR. Kadang-kadang aku terpaksa mengemis kasih rakan-rakan untuk menemani aku dan berjuang bersama aku. Aku berharap jangan lah berulang lagi biar sekali sahaja berlaku dalam hidup aku. Aku dah lah tidak mempunyai mak dan ayah. Selalunya aku kuat dan nampak kuat kadang-kadang jiwa aku runtuh, aku memerlukan mereka untuk meluahkan perasaan. Sebab itu juga aku selalu berdoa mempunyai seseorang yang penting untuk mengantikan semua tempat kosong itu. Aku tak sanggup hidup bersendirian di dunia walaupun ada masanya kita perlu sendiri untuk mengadap tuhan. Ya Allah aku mengharap ada manusia memandang aku, bukan untuk di bangga-banggakan cukup untuk menghargai kebaikan aku bukan untuk mempergunkan kebodohan aku untuk kepentingan diri mereka. Bukan sentiasa memandang dan meniti di bibir mereka tentang kekurangan aku dan membuat aku sunyi dan bertambah jatuh. Buat aku kufur nikmat.

Fynn Jamal - Tahu


Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Diriuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus.. tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi

Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu kau sayu
Kau rindu sama Tuhan

Hello

Hi, Assslammualaikum...
Buat blog baru lagi nampaknya... Aku akan ciba selagi daya ada walau kena buat blog berpuluh-puluh kali demi merealisasikan impian untuk menjadi seorang penulos novel...

Aku perkenalkan diri sekali lagi... Aku Nurul Hidayah yang menggunakan nama Nurul Yul Nurul Hidayah di facebook, @yulablah di twitter, nurulyulhidayah_ di instagram, nurulyulhidayah95 id wechat, dan akan menggunakan nama Nuha Ryuliana untuk nama pena... Harap2 impian aku menjadi... Aku akan menceritakan kisah lalu aku, aku akan mencerita dunia aku hari ini dan akan datang, aku akan catitkan pemikiran aku dan insyaallah akan diselangkan dengan novel2 belasah aku mengikut keadaan dan kerajinan aku... Selamat berkenalan dengan aku... Hehehe