Khamis, 11 September 2014

Ciri-ciri suami aku

Sekarang ni aku angau dengan Talha Harith, gatal pulak aku ni (sedar diri). Akupun tak tahu kenapa tapi almaklumlah orang yang tak pernah bercinta akan angau pada sesiapa yang dia minat dan semula jadi dia akan obses. Kadang-kadang orang yang dia minat tu boleh bertukar. Talha Harith dan ada awek okey, aku minat je harap2 dapat pak we muka macam dia pon dah okey.



















Okey point aku sekarang ni sebenarnya nak cerita tentang ciri-ciri lelaki yang akan menjadi kekasih halal... hmmm ciri-ciri ni perlu ada untuk setiap orang memilih kekasih halal sebab dalam hadis pun ada menyebut.

Hadis yang di riwayatkan kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta Imam hadis lain. Ada empat nilai ciri wanita untuk dijadikan jodoh lelaki dan boleh digunakan untuk ciri lelaki untuk dijodohkan buat wanita.
1. Paras Rupa
2. Berharta
3. Keturunan
4. Agama

MADAH KATA:
" Jika Allah tidak mengizinkan aku mendapatkan seseorang yang aku impikan,semoga Allah memberikan seseorang yang sangat mengimpikan aku .

Jika Allah tidak mengizinkan aku bertemu seseorang yang aku rindui,semoga Allah menemukan seseorang yang amat merindui aku.

Jika Allah tidak mengizinkan aku bersatu dengan seseorang yang aku cintai,semoga Allah menyatukan aku dengan orang yang sangat mencintai aku".  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan