Selasa, 30 September 2014

Hari Pertama Belajar

Hari ini aku sudah memegang kad lesen belajar memandu malaysia hahaha nama penuh aku kasi kau.
Nak ceritanya hari ini aku jarang la buat perangai macam ni tiba-tiba kena buat, kiranya macam kerana terpaksa aku relakan la ni. Memang Kak Lin cikgu memandu aku tu ada msg aku semalam suruh stanby dia nak datang tapi takpun cakap pukul berapa jadi aku bangun lambat, tengok tv mengacau hazimi, bersembang, memasak plus buat bodoh je la pasal msg semalam.
Aku bangun lambat la hari ni, tapi aku diganggu oleh hp2 disekeliling ku, yang panggil untuk beli produk herbalife tu hp mak cik aku, tak lama pula my lovely sister call dan aku boleh bersembang dalam tidur dan lepas tu aku dah tak boleh tidur aku pergi la tgk tv, sembang2 dengan mak cik aku dan tambahan mengacau hazimi. Bila aku lapar akupun pergi la masak roti telur kfc aku.... Tiba-tiba mak cik aku melaung
" Nuruuulll, driving school datannnnggg..."
Hambek ko... Aku yang terkejut beruk menayangkan muka blurr kat semua.
Maka kak lin pun berkata la
" tak yah mandi pun tak apa, tak ada orang tahu dan tak ada sapa pun nak tengok"
Hmmmm apa boleh kata, ikut saja la
Sebelah pagi aku hanya tgk student lain practice je, dalam pukul 12 kak lin hantar aku balik makan dan mandi,  sampai kak lin kata
"muka terkejut dan blur je balik gi makan"
padahal apa aku buat kena jaga budak kecik ni
 
Dah bangun dari tidur kemudian sakan mengamuk bila aku yang jaga, saja nak pilih bulu padahal aku seorang je yang ada kena jaga dia saja nak buat onar, dan kena pandai pujuk dan berlembut dengan dia... Maaf dik akak ko ni lemah bab pujuk memujuk dan lembut-lembut so kita sama-sama redha. Okey sambung cerita aku, dah siap masak aku mandi dan akupun mandi dengan bahagianya.
Sesi petang pula turn aku pula belajar, okey memang cara kak lin mengajar tak banyak membebel dan membiarkan student dia buat sendiri. Aku ni senemangnya kuat blur bila orang tak banyak membebel ni buat dengan tak berapa jayanya. Tapi tak terlalu excited dan tak rasa apa2 belajar dan lenguhnya kaki pijak kluch tak yah cakapla, nasib baik tak kena krem alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan walau tak la mudah mana... Satu pengalaman baru... Lepas ni aku nak jadi pemandu yang brutal tapi berhemah... Nak memandu sejauh-jauh yang boleh dan memudahkan mak cik pak cik aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan