Tanggal 20 September 2014, seperti yang diminta aku telah menghadiri temuduga UiTM. Pada fikiran aku pada mulanya ingatkan mudah rupanya... Kita sebenarnya memerlukan ilmu sebelum pergi temuduga. Tapi temuduga hari itu jadi kelam kabut dan otak aku lansung tak bersedia kerana aku dah menggunakan segala ruangannya ketika aku mengambil ujian komputer untuk melayakan aku belajar kereta dan mempunyai lesen. Kesilapan aku pada temuduga pertama aku ialah tidak mencari sijil-sijil aku dengan selengkap-lengkapnya dan menyediakan sijil dalam fail sijil yang sebenar seperti ini
Nama pena baru aku: Nuha Ryuliana
Tapi aku bernasib baik sebab ada orang tolong menegur aku yang hanya membawa sampul surat dan tidak potostet sijil dengan selengkap-lengkapnya. Maka malam sebelum temuduga semua dirumah anjang membuat operasi menolong aku walaupun dah tengah malam.
Kesilapan kedua aku, aku tak bersedia dengan bahan-bahan apa yang akan disoal walaupun sebenarnya tak ada pon soalan-soalan mencabar minda seperti sejarah ke, soalan pasal menteri ke, idola ke dan bla bla bla. Cuma dia tanya apa yang anda tahu tentang jurusan ini tapi lebihnya tanya pasal family aku dan sememangnya awal-awal mereka akan bertanya dalam bahasa inggeris dan jika mereka baik mereka akan tanya dalam bahasa melayu.
Walaupun tak expert dalam berbahasa inggeris aku cuba jawab juga dalam bahasa itu walaupun gagap.
Kesalahan aku seterusnya, aku tak menunjukan harapan yang tinggi untuk masuk ke situ pada penemuduga itu walaupun anjang ada ajar, tapi sebab gementar semua hilang dalam memori otak aku...
Harapan aku tinggi sebenarnya nak masuk situ, sebab pertamanya spm aku tak adalah elok mana lebih-lebih lagi A pon tak ada. Seterusnya aku Memang bercita-cita untuk menjadi penulis novel dan aku ingin belajar untuk menaikan mutu bahasa dan cara penulisan aku.
Walaupun aku tak menunjukan pengharapan tinggi pada penemuduga itu, aku berharap tinggi Allah membuka jalan dan hati-hati orang yang menyemak dan memilih pelajar untuk diterima masuk ke UiTM tu menerima aku yang kerdil ini...Nama pena baru aku: Nuha Ryuliana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan