Hari ni dah balik Puchong, selalunya kalau kita orang atau cucunya nak balik KL bahasa orang kampung walaupun kami dok selangor, pasti kami akan dapat habuan macam duit raya heh heh heh, itu yang paling seronok walaupun hanya dapat seringgit. Tapi sekarang arwah tok a.k.a tok ti a.k.a tok siti a.k.a tok perempuan kami dah tiga tahun meninggal dunia, hanya tinggal kenangan dia sahaja.
Dulu antara grill pintu dgn bucu dinding tu la tempat arwah atok tunggu anak-anaknya serta cucunya balik siap ada kain tempat dia baring lagi... Hmmm rindunya dekat arwah atok..
Arwah Atok punya perangai, kalau anak-anak atau cucu-cucunya balik dia jugak suka masak favorite anak atau cucu dia, macam arwah cuman a.k.a pak su kami atau mak cik atau pak cik kami suka makan pulut, datang rajin arwah atok dia pun kukuslah pulut dan buat sambal tumis. Kalau cucu arwah atok pulak macam kami suka makan asam rebus. Arwah atok...
Arwah atok juga jenis orang yang meragas a.k.a tak suka dok diam, ada je kerja.dia nak buat, walaupun tak dapat nak pergi kebun dia tukar aktiviti menyapu rumah, siram bunga macam-macam lagi la walaupun dia terpaksa mengesot... Kalau waktu dia duduk diam pula dia suka orang main rambut dia, atau bahasa dia cabut uban.. Orang favorite dia panggil aku, tapi aku ni pemalas, tapi kadang-kadang aku tak buat lebihnya buatlah sebab kesian dan takut atok dah tak ada sebab dia suka sebut pasal mati....
Sekarang mak uda dah ambik alih rumah pusaka tu dan dijaga dengan baik. Alhamdulillah...
Ini cerita pasal atok yang terlekat dalan minda aku sekarang ni, kalau nak cerita lengkap mungkin pajang dan tak mampu aku nak ingat... Maaf lah aku tak dapat nak sediakan gambar arwah atok atas beberapa faktor...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan