Isnin, 21 Disember 2020

Dilema nak balik Bagan Serai

Aku ni dilema tau nak balik bagan serai, banyak benda kena fikir, mana nak tido, nak tido dgn siapa, aurat masa tido, duit minyak, ngantuk waktu drive, ni tambahan mak su soh ambik anak-anak dia, dengan pak su yang gatal. Arghhhh.. ikutkan hati nak je ajak sepupu aku sorang. Tapi ada pak su yg gatal, bahaya bawak anak dara orang. 
Cepatlah ada jodoh, kalau dia tak mau drive biar tukar2 driver. Pastu tak risau lagi pak su yg gatal. Kalau ada boyfried pon ok atleast ada yg jaga. Lebih afdal suamilah. Penat tau tak tau nak menempel pada siapa. 
Kalau balik rumah kak long ja sekurang2nya ada bilik tido dgn anak2 buah aku. Hmmm entahlah peninglah saya. Tak balik karang kesian pada kak aisyah. Tunggulah masa dan duit yg menentukan.

Khamis, 10 Disember 2020

Diploma


Masa aku diploma dulu aku tertanya-tanya macam mana nak buat assignment secara efektif, lecturer cakap dia tak terima assignment dari google tapi google la rujukannya.

Sembang punya sembang dengan Reeza kau copy and paste without perubahan apa² memang kena tendang la. Kau kena cari point dia atau ayat tu subject dia tukar gi depan. Kalau nak ayat cantik dari google translate kau tak boleh guna ayat rojak, kau kena guna bahasa baku bahasa melayu. Sebenarnya grammar tu paling paling paling penting. 

Haihh tetiba rindu pulak nak buat assignment tapi bila dah dapat cite dia mmg kau pecah pale la.

Fitrah tanya macam mana lah aku boleh lepas diploma, hahahaha aku follow the flow je la. Tu sebab aku ikut je. Drama diploma mmg banyak.

Rabu, 18 November 2020

Khatam

Perkara manis yang aku dapat lalui adalah pada 25 tahun aku dapat khatam Al-Quran pada masa bulan puasa.

Aku bukan tak pernah khatam, mungkin aku pernah khatam masa kecik-kecik tapi aku was-was yelah aku ni bukan jenis orang yang penyebar aku takut aku ada skip-skip.

Masa sekolah menengah dari SMK membawa ke sekolah tahfiz membawa ke sekolah agama biasa dan aku sekolah SMK balik tetap tak tekun, aku baca tak sampai 1 juz kemudian terbiar sepi. 

Masa tahfiz hafal pun tak sampai 1 juz. Sekolah agama pulak baca secara beramai-ramai jadi rekod peribadi aku tak capai. 

Masa selepas habis sekolah biasalah baca Quran tu ada tapi lupa diri tu banyak, masih tak dapat rekod pribadi yang aku nak capai tu.

Pada bulan puasa tahun 2020, macam mana tah boleh tekad dan nekad memandangkan pkp aku usaha gila-gila. 

Kalau dulu ada kot 5 tahun lebih period tak teratur dan selalunya aku akan puasa penuh tapi haritu aku agak kecewa sebab period time bulan puasa ditambah serba-salah nak kecewa ke nak bersyukur sebab sekarang period aku agak teratur untuk kesihatan dan aku pilih redha.

Aku tak ingat sama ada beberapa hari sebelum raya atau malam raya aku bertungkus lumus untuk mengkhatamkan memandangkan 6 hari aku cuti period memang agak mencabar, harap-harap tajwid semua tak kelaut.

Itulah perkara manis yang dapat aku rasakan. Tarikh 15/11/2020. Aku memulakan semula untuk khatam lagi sekali walaupun bukan bulan puasa. Dapat setahun sekali khatam ataupun berkali-kali untuk aku dekat dengan Tuhan dan kitabnya.

Bukan mudah untuk memelihara iman taqwa.

Ahad, 9 Ogos 2020

Rasa kosong itu begitu sakit

 Rasa kosong tu sakit sgt, hubungan adik beradik sebapa seibu lain bagaimana hubungan adik beradik lain sepupu sepapat dan sebagainya. Menumpang itu lain rasanya bila hari raya kau nak tangkap gambar bersama keluarga. Bila kau ada masalah kau nak mengadu kat siapa.

Aku akui aku ada tempat mengadu, kalau orang lain akan mengadu pada 1
Satu tempat, aku kena mengadu banyak tempat. 

Sabtu, 18 April 2020

Macam mana aku boleh minat MENULIS

Keratan ni saja aku ambil gambar supaya jadi pembakar semangat aku. 

Aku dari sekolah rendah mesti ada buku extra yang aku panggil buku conteng. Aku rasa setiap budak sekolah rendah mesti ada buku conteng punya lah. Bila darjah 4 ke atas kot dah pandailah tulis cerita, tapi aku tak ingat cerita apa dan tak pernah pon sertai pertandingan mana-mana, kiranya cerita aku hanya aku je yang baca sebab aku tak handalpon menulis. Aku sorang je yang tahu yang aku suka menulis. Aku kenal dengan novel bila aku baca novel Ombak Rindu milik penyewa belakang rumah Cik Nab. 

Hujung darjah 6 iaitu 2.7.2012 mak aku meninggal dunia, aku dah mula sibuk ke sana ke sini tukar sekolah dan akhirnya aku ditetapkan duduk di Ipoh, dulu aku jadi tak gembira duduk Ipoh sebab kurang kawan, pak tam dan mak tam garang, sepupu-sepupu semua pandai tapi along je suka berborak dengan aku huhuhu, dan yang paling best along ni kaki novel dan aku tumpang baca novel dia lepas tu pak tam marah sebab aku khayal dan kurang belajar dia nak aku pandai macam anak-anak dia. Huarggggghhhhh.

Habis darjah 6 aku dah boleh tinggal dengan mak sedara aku yang lain dan yang aku rapat, aku pilih tinggal dengan mak uda dekat Kota Damansara, hahaha masa ni baru naik tingkatan 1 kan aku tak tahu aku sibuk apa tapi adalah ingat sikit-sikit, aku suka sibukkan diri dengan kawad kaki, kalau aku sekolah sampai form 5 kat situ mesti aku boleh bertanding kawad kaki dah. 

Aku naik form 2 aku pindah kononnya nak berdikari nak duduk asrama, loker pon mak su yang tolong kemas, aku tak tahulah apa yang aku tahu. Masa ni patutnya form 2 tapi aku diturunkan form 1 sebab peratus aku untuk duduk form 2 rendah dalam ujian untuk masuk sekolah tahfiz tu.

Okey masa ni orang hantar tasmik untuk hafal Al-Quran aku sibuk menulis macam-macam cerita khayalan macam novel-novel lain. Hahahahaha, orang sepatutnya setahun 5 juzuk dan aku sempat sekolah situ 2 tahun sepatutnya 10 juzuk aku hanya dapat 1 juzuk je. Ye lah sibuk menulis, kawan-kawan aku tukang baca. Hahahhaha. 

Aku tak boleh bawak menghafal Al-Quran aku pindah sekolah ke sekolah agama sahaja, masa ni aku hanya bagi kawan-kawan baru aku baca buku yang pernah aku tulis lepas tu ustazah rampas masa sportcheck, aku rela hati serahkan sebab taknak jadi pelajar bermasalah, masa aku berhenti sekolah situ aku ada minta sampai sudah tak dapat. Alahai sedihnya hati, buku tu tak salah, idea aku kot. 

Pendekkan cerita, aku lompat sampai aku masuk universiti, masa aku dapat tawaran, aku dapat dua tawaran satu kat politeknik kuantan dalam bidang pelancongan dan satu lagi uitm puncak perdana dalam bidang penulisan. Akhirnya keputusan aku membawa kepada bidang penulisan tapi aku salah, tu penulisan skrip bukan novel huarghhhh. 

Sekarang ni, tengah cuti pkp entah setan apa rasuk aku beli novel lebih dari 20 buah buku. Semoga habis lah membaca dalam masa pkp ni, dan aku boleh keluarkan idea-idea aku untuk menulis pulak. 

Khamis, 9 April 2020

Pengajaran dan pengalaman

7 Februari 2020 adalah hari aku ambik kereta baru model Persona facelift. 6 April 2020 accident nasiblah tak teruk dan hodoh sikit je.

Kita tunjuk lah kereta kita kat tempat kejadian. 

Tak tahulah nak lebel mangsa ke apa. 

Tempat kejadian, line biru tu lalu aku, bulatan merah tu arah budak tu datang. 

6 April 2020

Haritu aku nak keluar sangat, dah empat hari aku nak keluar tapi hati aku tak sedap sebab takut kena tahan dengan polis tengah pkp (perintah kawalan pergerakan) kan. Aku tanya lah cik jah Nurul boleh keluar tak tapi takut. Pastu cik kah cakap lah keluar je la bukan ada polis pon. Tempat kitaorang ni bersih lagi tak ada kes covid lagi. Ehh tu kampung kitaorang je rupanya kampung sebelah dah redzone. 

Dah cik jah kata okey aku pun keluarlah, sebenarnya aku keluar nak cari skincare serumlah senang, pastu nak beli mandian lux yang aku suka sangat pastu nak beli bahan-bahan merepeklah macam cream cheese macam tu. 

Aku naik kereta macam tak sedap hati sangat, otak pun tak tahu fikir apa baca doa naik kenderaan dengan zikir anjang ajar tu sampai dua kali. 

Sepanjang perjalanan tak jadi apa-apa pon, cuma sampai je tempat tu masa nak belok aku pandang kon yang ada tampal notis. Lepas tu belok la, aku memang dah masuk simpang dan aku slow sebab ada bumper kot aku dengan orang hon pastu berdentum. Terus aku rasa apa benda ni blank cuak semua ada.

Aku keluar dari kereta terus abang yang nak keluar dari aeon big tu pon keluar dari kereta dia cakap terus buat report je lah kat balai polis trafik, nak cerita dengan budak moto ni leceh. Aku confirm balik tanya abang tu dia suruh aku ambik no plat moto tu, tu sebab aku ada gambar moto budak tu. 

Guard aeon big tu datang soh alihkan kereta, kereta-kereta belakang aku pon marah soh ketepi sebab dorang nak masuk. Errrrrgghhh. Aku gerak masuk kawasan parking tapi tak masuk parking pon aku just parking tepi sebab nak tenangkan hati. 

Member budak foodpanda, rider foodpanda tu jugak dok kalut, budak foodpanda tu tanya nak sattle macam mana, moto dia tu. Aku cakap sattle balai je lah tu pun sebab abg tu suruh buat macam tu. Pastu member budak tu cakap jumpa kat balai haji sirat tu. Aku tak tahu budak food panda 2 orang tu buat apa terhegeh-hegeh sangat aku gerak gi balai tu dulu, nak sampai balai baru aku teringat lesen dengan ic dalam pouch bag, aku terus balik umah ambik lesen dengan ic. 

Sampai rumah aku terfikir nak bagitahu ke tak kat cik jah, tapi aku cakap gak aku accident dan aku terus gi balai tu. Sampai kat balai tu nak buat report gak dia tengah buat report pegawai tu soh aku gi balai polis trafik. Abang tu cakap kat jalan hj husin, polis tu cakap kat ipd klang utara. Dah aku confius last sekalibaku gi kat Sungai Kapar Indah jugak. Buatnya aku gi kat Klang naya kena tahan je. 

Masa report tu ada dua, first polis perempuan taip report lepas tu kena masuk dalam jumpa satu lagi pegawai. Dia tunjuk map tanya aku kena kat mana semua. Lepas tu cakap aku kena saman. Huh senang macam tu je. Dia ada soh pegawai lain ambik gambar pastu dah. 

Bila aku bincang-bincang dengan kawan aku, dengan cousin aku semua aku boleh di kira tak bersalah sebab aku dah masuk dah dia langgar bahagian belakang kalau aku betul-betul salah mungkin budak tu langgar bahagian depan atau tengah. 

Tapi aku bersyukurlah kalau kena tengah atau depan lagi buruk kereta aku nak repairpon aduhhh walaupun pakai insurans. 

Sifat seorang manusia ni


Ni cousin aku yang aku tumpang bilik dia. Hahahha aku bukan nak cerita pasal dia tapi aku nak cerita pasal sikap seseorang ada pertalian darah dengan kitaoranglah.

Okey aku bagi nama budak ni Nana (bukan nama sebenar) mak dia cousin kitaorg and aku anti dengan mak Nana ni sebab masa aku sekolah dia yg tua 10 tahun dari aku pun dia bantai minta aku duit untuk belanja tambang dia balik rumah dia. Dah lah tambang aku belanja pastu minta lagi duit untuk teksi la apa la. Bengang aku. 

Okey aku cerita pasal Nana pulak, kitaorang ada cousin jugak aku bagi nama Ika la, dia ni kerja satu mall dengan Nana ni kebetulan aku dengan Min memang nak berjalan kat mall tu then gi lah melawat Ika tu. Pastu masa kerja si Nana ni nak habis so dia nak tumpanglah balik sebab kebetulan kitaorg nak gi uptown. So si Min ni dah buat muka annoying dah sebab nak balik awal esok dia kerja tapi aku pujuk dia suruh tunggu. 

Si Nana ni dah habis kerja then kitaorg balik la, lepas tu gi lah uptown. First kitaorang gi lah satu kedai aksesori hp ni. Aku shopping baik punya lepas tu kitaorang jalan masuk uptown cuci mata. So Si Nana dan Min dapat beli kasut. Masa nak bayar Si Nana perasan beg duit dia hilang, lepas tu kasut dah pilih semua and dia pon nak sgt kasut tu aku pun willing la bayarkan untuk dia.

Lepas tu terus lah patah balik gi kedai aksesori hp ni cari beg duit si Nana ni. Cari-cari pon tak jumpa pastu tak tahu nak buat apa, aku carilah abg sedara aku ni pak su si Nana ni dia niaga burger, then dia cakap pergilah buat report. Masa ni dah pukul 11 lebih, dengan cuak-cuak sebab dah tengah malam pergi balai polis.

Pukul 12 malam sattle hantar si Nana ni balik, aku dengan Min sampai rumah pukul 1. Mak Min ni berbulu je tengok kitaorang balik lambat. 

Dalam seminggu lepas tu aku nak kemas kereta ke aku nak cari barang dalam kereta, aku ternampak beg duit hitam jatuh atas pelapik kereta warna hitam. Aku dah pulangkan semua bila aku lalu area rumah dia semua sattle kes. 

Tak lama lepas tu masa kat kampung si Ika ni bukak cerita kat aku dengan Min yang si Nana ni pernah cakap aku dengan Min yang curi beg duit dia, sebab masa tu dia baru keluarkan duit. 

Hello, kalau aku dengan Min hamak sangat duit kau, kasut kau aku tak bayar. Tak payah susah-susah kitaorang teman kau gi balai polis tengah malam. Aku pulangkan beg duit 1 sen pon tak kurang. Hidup jadi manusia jangan suka buat cerita dan busik hati kat orang. Tak semua mesti nak dengar cakap kau je. Haihhh bengang pulak aku dengan dia ni. 

Tidur


Aku video call dengan Iffah cerita pasal bilik, then aku cakaplah percaya tak sebenarnya aku takut tidur sorang. Iffah terus cakap tak percaya lansung. Iffah cakap aku ni berdikari.

Sebenarnya aku ni anak manja, dulu tidurpon bukak lampu kesian kat arwah mak aku. Kalau dia kerja malam aku lah terseksa aku tak suka duduk rumah penjaga aku sebab dia tak pasang kipas tapi aku penakut. So malam-malam aku buka tv lepas tu set time la sejam lepas aku tidur dia off sendiri. Kalau tersedar aku bukak balik tv dan setkan balik untuk off. 

Satu lagi aku kalau nak tidur mesti suruh mak tepuk, kadang-kadang sampai mak terlelap aku marah pastu mak tepuk balik. Hmmm sedih pulak cerita. 

Sekarang alhamdulillah lah tidur dah tutup lampu, tu pun lepas mak meninggal duduk rumah pak tam, dari tak biasa tidur sorang kena tidur sorang, pastu dah tak ada orang nak tepuk. Huh sunyi sangat rasa masa tu tak ada org tolong tepuk kan aku. Eh sedih pulak rasa bila teringatkan macam mana aku struggle lepas mak tak ada. Sekarang aku pulak yang pantang kalau aku tido orang bukak lampu. Hahahha. 

Rabu, 1 April 2020

Sehari sebelum dan sepanjang pkp

17 March 2020
Sebenarnya sepanjang minggu ni aku tengah berperang dengan syarikat yang aku kerja dan aku yang degil. Sebab apa aku kata macam tu, sebab aku hantar notis berhenti kerja 24 feb dan notis aku sepatutnya tamat 24 march. Tapi aku tak datang kerja start 15 march lagi sebab aku malas dengan politik kerja. Tapi dalam masa tu aku still buat kerja-kerja memantau dalam on9 means aku pantau pakai WhatsApp je dorang bagi gambarkan. Dalam masa yang sama hari jumaat tu aku dah deal dengan pengurusan fasiliti uitm baik punya. Terima kasih sebab memahami pemberotakan ini.

Okey apa yang berlaku lagi hari ni, kak long ja call aku minta tolong ambikkan Kakak Thirah dari politeknik then tolong hantarkan sampai Ulu Bendul. Kira half way kak long dari Rompin dan half way dari shah alam la.

gambar yang sempat tangkap.

Akupun ambiklah keputusan, alang-alang raya tak boleh balik nanti sebab akukan selalu raya kat Kg Slim kampung tercinta keluarga Siti dan Zakaria, aku pon kata kat kak long baik balik Rompin terus. Hahahaha agak tak berbaloi tapi aku peduli apa sebab minyak tengah murah penat boleh hilang bila dah rehat. Lagipun macam aku cakap aku tengah tension dengan syarikat dari duduk rumah main hp dan terpaksa baca WhatsApp apa semua better aku lari buat kerja lain iaitu drive dan ukur jalan favorite aku. Hahahahhahah. Dapat lah luah perasaan kat kak long, nasib dia sokong aku. Hahhaha. 

Tengahari tu sebenarnya aku tengah ambik mood nak kemas-kemas baju barang semua nak pindah rawang tapi tu lah tahap pemalasnya Ya Rabbi, then lepas kak long call terus aku cakap kat cik jah, nurul nak balik Rompin. Masa tu dah umumkan pkp (perintah kawalan pergerakan) dah tapi ada masa lagi ni nak balik atau masa tu aku tak ambik serius pun pasal pkp tu ingat tak serius sekali waduh.

Selalunya kalau aku dah sampai jauh-jauh stay la dua tiga hari ke atau selalunya akan stay seminggu kalau balik Rompin. Ye lah balik 5 tahun sekali gitu lah gaya dia. Aku masih fikir nak dok berapa lama, nak balik esok ke atau 2-3 hari lagi ke. Tiba-tiba cousin aku yang belajar kat poli kuantan call tanya aku boleh ambik dia tak? So aku dah ada keputusan untuk balik klang bila.

Malam tu macam-macam berita keluar nak rentas negeri nak kena lapor kat polis lah apalah akhirnya aku terlepas gitu je. 

18 March 2020
Aku gerak dari rumah kak long ke kuantan dalam 12.15pm macam tu, sepanjang dari Rompin nak ke Kuantan adalah nampak pantai kat tepi jalan pastu dapat tengok Masjid Sultan Abu Bakar kat Pekan Pahang tu, masjid tu cantik bagi aku. Padahal aku susah hati jugak lah sebab jalan Rompin tu agak mencabar, plus tayar aku dah 2 kali terkorban. Hahahahhahah.

Sampai kat poli kuantan dalam pukul 2 lebih then terus balik ikut lpt. Kadang-kadang ngantuk kadang-kadang ok. Sampai kat Genting Sempah berhenti kat mcd sebab kesian kat budak-budak ni tak makan lagi itupun dah pukul 5 lebih baru sampai. Lepas dari tu hantar kawan angah seorang kat kajang seorang kat meru. Sampai rumah pukul 8 sempat lah bermesyuarat dengan mak su. 

19 march - till now 
Berpkp lah di rumah kerana Covid-19 ni. Aktiviti yang dibuat, makan tgk netflix baca novel harap-harap berat tak sampai 100 lah😭😭. 

tengok cerita ni sbb Xu Kaicheng ni hensem je. Hahhahaha

gigih beli novel prelove ni aku nak jump 1 cerita ke 1 cerita lain kena ambik masa sebab nanti terbawak2. Hahahhahaha

Perfume


Lately ni aku tak tahulah kenapa sangat aku berminat dengan perfume, aku tercari-cari bau yang aku minat, tanya pendapat semua. Then nahhh aku baru habiskan duit beli perfume dexandra dan sugarbomb. 

Sugarbomb ni aku tergoda dah lama dah, sebab one of my friend fb, post dia asyik lalu lalang je tapi aku tak buat kajian lagi aku suka bau apa dan belum bersedia spend duit lagi 🤣. Sampailah tiba-tiba seorang kawan masa aku kerja Petronas dia approach aku untuk beli dexandra kat dia. So aku belilah demi support member.

Tapi aku masih tak puas hati sebab aku dah lama gila minat kat sugarbomb, then aku buatlah kajian bau apa yang aku suka, siap tanya bff aku aku lagi, dia cakap dia suka bau floral and tak suka bau sweet. Sampailah aku teringat aku pernah beli perfume murah bau cherry in the air aku scroll-scroll shopee. Lepas tu aku teringat lagi aku pernah beli wet tissue bau buah delima. So masa aku scroll-scroll shopee aku jumpa gambar ni. 

So harini aku menyedari aku suka bau yang lebih kurang bau buah yang masam-masam macam ni.

Harini aku pakailah yang bau sweet fantacy ni, aku nak makan lalulah belakang cousin and mak cik aku then cousin aku complain "bau apa yang kak nurul pakai ni, kalau duduk dalam bilik kedap ni mesti sakit hidung". Lepas tu mak cik aku menyampuk "Apa nak heran Jat, masa arwah ayah kak nurul dulu bila dia dah keluar rumah dah semeter jauh pun bau lagi minyak wangi dia. Cuman pernah cakap kat mak tengok tu abang dollah dah jauh pon bau melekat lagi kat sini." hahahahha, rupanya adalah melekat perangai bapak aku rupanya. Kak Long pon suka complain perangai aku macam ayah. Adoiii