Keratan ni saja aku ambil gambar supaya jadi pembakar semangat aku.
Aku dari sekolah rendah mesti ada buku extra yang aku panggil buku conteng. Aku rasa setiap budak sekolah rendah mesti ada buku conteng punya lah. Bila darjah 4 ke atas kot dah pandailah tulis cerita, tapi aku tak ingat cerita apa dan tak pernah pon sertai pertandingan mana-mana, kiranya cerita aku hanya aku je yang baca sebab aku tak handalpon menulis. Aku sorang je yang tahu yang aku suka menulis. Aku kenal dengan novel bila aku baca novel Ombak Rindu milik penyewa belakang rumah Cik Nab.
Hujung darjah 6 iaitu 2.7.2012 mak aku meninggal dunia, aku dah mula sibuk ke sana ke sini tukar sekolah dan akhirnya aku ditetapkan duduk di Ipoh, dulu aku jadi tak gembira duduk Ipoh sebab kurang kawan, pak tam dan mak tam garang, sepupu-sepupu semua pandai tapi along je suka berborak dengan aku huhuhu, dan yang paling best along ni kaki novel dan aku tumpang baca novel dia lepas tu pak tam marah sebab aku khayal dan kurang belajar dia nak aku pandai macam anak-anak dia. Huarggggghhhhh.
Habis darjah 6 aku dah boleh tinggal dengan mak sedara aku yang lain dan yang aku rapat, aku pilih tinggal dengan mak uda dekat Kota Damansara, hahaha masa ni baru naik tingkatan 1 kan aku tak tahu aku sibuk apa tapi adalah ingat sikit-sikit, aku suka sibukkan diri dengan kawad kaki, kalau aku sekolah sampai form 5 kat situ mesti aku boleh bertanding kawad kaki dah.
Aku naik form 2 aku pindah kononnya nak berdikari nak duduk asrama, loker pon mak su yang tolong kemas, aku tak tahulah apa yang aku tahu. Masa ni patutnya form 2 tapi aku diturunkan form 1 sebab peratus aku untuk duduk form 2 rendah dalam ujian untuk masuk sekolah tahfiz tu.
Okey masa ni orang hantar tasmik untuk hafal Al-Quran aku sibuk menulis macam-macam cerita khayalan macam novel-novel lain. Hahahahaha, orang sepatutnya setahun 5 juzuk dan aku sempat sekolah situ 2 tahun sepatutnya 10 juzuk aku hanya dapat 1 juzuk je. Ye lah sibuk menulis, kawan-kawan aku tukang baca. Hahahhaha.
Aku tak boleh bawak menghafal Al-Quran aku pindah sekolah ke sekolah agama sahaja, masa ni aku hanya bagi kawan-kawan baru aku baca buku yang pernah aku tulis lepas tu ustazah rampas masa sportcheck, aku rela hati serahkan sebab taknak jadi pelajar bermasalah, masa aku berhenti sekolah situ aku ada minta sampai sudah tak dapat. Alahai sedihnya hati, buku tu tak salah, idea aku kot.
Pendekkan cerita, aku lompat sampai aku masuk universiti, masa aku dapat tawaran, aku dapat dua tawaran satu kat politeknik kuantan dalam bidang pelancongan dan satu lagi uitm puncak perdana dalam bidang penulisan. Akhirnya keputusan aku membawa kepada bidang penulisan tapi aku salah, tu penulisan skrip bukan novel huarghhhh.
Sekarang ni, tengah cuti pkp entah setan apa rasuk aku beli novel lebih dari 20 buah buku. Semoga habis lah membaca dalam masa pkp ni, dan aku boleh keluarkan idea-idea aku untuk menulis pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan