Khamis, 2 Oktober 2014

Tumpang sedih

Aku mula kenal mereka ketika mereka datang kawasan setinggan tempat tinggal aku waktu aku nak habis darjah tiga, mula-mula hanya kembar yang tua setahun daripada aku itu sahaja yang datang bersama ibunya setahun kemudian mereka ingin menetap disitu adiknya yang sebaya dengan aku pula datang.
Mula-mula aku hanya punya teman rapat di setinggan aku itu hanya budak sebelah rumah aku dan mak dia juga menjadi penjaga aku ketika mak dan ayah aku kerja. Bila mereka datang lagi meriah setinggan kami dan hidup aku dengan pertambahan teman. Segala pelusuk setinggan kami meneroka berlima.
Bila mak aku meninggal dunia ketika aku berada di darjah enam, aku terpaksa berpisah dengan teman-teman aku dan sempat aku melihat mereka menangis simpati pada aku.
Selepas aku berpindah, aku loss contact dengan mereka, bila ada kewujudan facebook aku gigih mencari mereka semua agar aku dapat berhubung kembali dengan mereka. Alhamdulillah usaha aku tidak sia-sia, rupa-rupanya mereka juga mencari aku di facebook
Ini kisah aku dan teman-teman ketika kecil.
Sekarang aku magu bercerita tentang dunia sekarang.
Waktu aku f4 di Putra Perdana oleh kerana rindu aku dah tak tertanggung aku mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan diaorang. Sempat berjimba-jimbi dengan mereka. Kemudian aku hanya memerhati kelansungan hidup mereka melalui facebook dan wechat. Kemudian teman ku ini selalu updet pasal mama dia sakit, oleh kerana nak pergi melawat mak mereka susah jadi aku hanya pendamkan dihati saja.
Hari demi hari, mama dia agak teruk aku menyimpan azam andai ada masa aku akan pergi jenguk kalau mama mereka meninggal aku tak akan pandang belakang, dengan apa cara sahaja aku akan usaha mahu pergi kesana untuk memberi semangat tak pun sebagai teman berbual untuk mengurangkan sedih di hati... Apa yang terdetik di hati aku menjadi benar apabila tanggal 30 april 2014 aku terkedu apabila membaca moment wechat teman ku ini..


Hari ini sekali lagi aku terkedu apabila baca status facebook teman ku ini pula tentang ayah yang mereka cari dan nantikan.


aku kesihan pula apabila luahan hati dia ingin melihat dan mengenali ayah mereka walaupun tak dapat secara dekat pun tak mengapa asalkan dapat menatap tidak kesampaian. Tak apalah, semoga dikau semua bersatu di syurga nanti.


Ini pula updet dari salah seorang dari kembar, aku tahu korang sedih, sebagai anak lelaki aku berharap kau jaga lah keluarga engkau, jaga lah kakak dan adik perempuan kau. Sebab itu yang perlu kau lakukan ketika ini. 

Al-Fatihah buat semua


Tiada ulasan:

Catat Ulasan