Isnin, 13 Oktober 2014

Merusuh Rindu

Aku rasa nak selitkan cerpen novel aku... have fun okey..


Hari Jumaat menjelma, seperti biasa hanya murid-murid Muslim sahaja akan berada di tapak perhimpunan dan murid-murid bukan muslim akan diagihkan kepada kelas-kelas yang sepatutnya untuk mengikuti program-progam yang telah di rancang oleh pihak sekolah.
Sementara menunggu pengawas lelaki yang ditugaskan untuk mengaturkan kerusi untuk guru-guru duduk, pengawas perempuan pula di tugaskan untuk mengagihkan naskhah-naskhah surah Yassin kepada murid-murid dan guru-guru. Seperti kebiasaan, murid-murid yang tiada tugasan akan mengambil kesempatan untuk berborak dan melakukan aktiviti sendiri sama ada menyiapkan kerja rumah yang di tinggalkan oleh guru atau membaca novel dan sebagainya tidak memperdulikan hari apapun.
Seperti kebiasaan juga yang akan berlaku setiap hari bagi kumpulan ini yang terdiri dari Fatimah atau nama glamornya Emma, Hawa, Dinda, Nabila atau nama glamornya Abil, Laili nama glamornya Lily, Aisyah atau nama glamornya Eisya dan Anis Amalina yang di kenali di sekolah dengan Amal akan membuat bulatan kumpulan mereka untuk berborak termasuk bergosip. Anis Amalina akan menyertai mereka setelah selesai menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dan penolong ketua pengawas.
“ Lagi tiga bulan nak examkan?” Soalan Eisya yang duduk barisan paling belakang sekali besama Dinda membuatkan Hawa dan Emma berpusing kebelakang dan automatiknya Lily dan Abil bergerak ketepi seorang ke kiri dan seorang ke kanan dan terjadi lah bulatan utuk mereka saling menatap antara satu sama lain unuk memulakan forum mereka sendiri.
“Haah, kejap je kan, tunggu lagi tiga bulan tu lama bagi aku sebab aku dah tak sabar nak keluar dari sekolah dah tak larat nak sarung baju sekolah tak boleh main handphone sesuka hati.” Ujar Abil
“Apalah kau ni Abil mula-mula kau kata kejap lepas tu lama pulak.” Komen Hawa, Abil hanya tersengih mendengar komen Hawa.
“Aku tahu apa yang dimaksudkan kau Abil, kau dah tak larat nak ikut peraturankan, aku kenal kau Abil kau memang tak suka peraturankan.” Ujar Lily yang memang bersahabat dengan Abil dari kecil bahkan ibu Abil dan ibu Lily adalah sahabat baik.
“ Sabar lah sikit, peraturan tu satu benda biasa, kalau dah tak sekolah sekalipun kita tetap ada peraturan juga, ingat dekat tempat kerja tak ada peraturan ke bahkan dekat rumah pun ada cuma tak formal je.” Ujar Anis Amalina sambil mengedarkan Naskhah Yassin kemudian duduk bersama mereka.
“ Aku pun sama macam Abil tak sabar nak habis sekolah ebab aku dah bermimpi nak kerja dekat KFC nak ada duit sendiri boleh shopping sambil-sambil bagi sikit duit kat mak aku, kesian dia tanggung sorang perbelanjaan rumah ayah aku sakit.” Ujar Lily
“ Jangan lah bawa cerita sedih kat sini Lily orang nak happy-happy ni, tapi not bad la cita-cita kau.” Komen Hawa lagi seperti juri, Hawa memang suka mengomen.
“ Perasan tak Nana tu dah lama pulak tak datang, dia tak nak SPM ke?”  Soal Emma membuka topik baru. Mereka semua sedia maklum tetang kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Lily.
“ Nana bagitahu Balqis dia nak datang waktu SPM nanti” Ujar Eisya
“Macam tu pulak, kita yang dah duduk exam banyak kalipun masih rasa susah nak skor bukan satu subjek tapi lapan subjek dia senang-senang je hidup dekat rumah kita yang dekat sini pecah kepala.” Komen Abil seperti tidak berpuas hati.
“ Biarlah dia itu hidup dia kau tak payah nak fikir pasal dia lah buat tambah sakit kepala je baik kau fikir pasal pelajaran kau lagi bagus.” Ujar Dinda mengomen Abil.
“ Dia sekarang kerja dekat IOI aku jumpa dia kat sana hari tu waktu aku jalan-jalan dengan pak we aku hari tu, lagipun dia dah kahwin laki dia member pak we aku.” Tambah Eisya.
“Kahwin? Awal giler dia kahwin.” Ujar Hawa terkejut.
“Yang kau terkejut sangat ni kenapa? Dia yang kahwin bukan kau.” Ujar Dinda mengomen Hawa pula.
“Yang kau tak puas hati dengan kita orang ni kenapa? Ini pendapat kita orang bukan pendapat kau.” Ujar Abil plagiat sikit-sikit perkataan Dinda kerana dia bengang kerana Dinda mengomen dia dan Hawa. Anis Amalina yang khusyuk membaca buku pelajaran untuk pagi ini tersenyum mendengar kawan-kawannya bergaduh manja.
“ Tak khusyuk kawan kita membaca buku, korang ni lawak la.” Ulas Eisya yang ternampak Anis Amalina tersenyum.
“ Tapikan...kahwin awal ni best tau, banyak kelebihannya.” Ujar Dinda pula cepat betul dia menukar pendapatnya.
“Tadi ya-ya marah kita sekarang kata best pulak aku rasa macam nak lesing je.” Ujar Abil geram.
“ Apa yang bestnya? Macam menarik je.” Soal Eisya yang sedikit teruja.
“Dia sesuatu yang lebih indah daripada bercouple.” Tambah Dinda
“Dah mula dah dia nak bersastera.”Perli Abil yang masih geram dengan Dinda tetapi tidak diendahkan oleh Dinda.
“ Apalah yang best kahwin dari couple, aku rasa best lagi couple boleh tukar-tukar dan boleh tahu mana yang paling terbaik buat suami.” Ujar Lily
“ Ingatkan tak ada niat nak bersuami, bagi yang tak setia macam kau boleh lah bercouple banyakkan dosa dulu baru nak ikut sunnah berat la bahu suami kau nak pikul dosa” Komen Hawa dengan kenyataan Lily. Serta merta Lily membaling buku latihan kedapa Hawa dan Hawa mengekek ketawa. Anis Amalina tetap mendengar setiap buah btir perbincangan rakan-rakannya. Dinda membuka buku notanya dan membaca kepada rakan-rakannya.
“Berkahwin adalah satu tuntutan agama, kerana agama Islam telah menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwnan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya.”
“ Kelebihan nikah.... Saat nikah dapat pahala, suami peluk isteri daat pahala,cium isteri dapat pahala, renung isteri dapat pahala, suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri pahala, suami bernafsu tengok isteri pahala,suami pandang isteri pahala, suami marah isteri untuk menegur pahala, suami imamkan isteri berlipat kali darab tambah kali kuasa dua pahala, suami ajar isteri fardhu ain pahala, main kenyit-kenyit mata dengan isteri pahala. Banyak la pahala” Dinda membaca apa yang ditulisnya didalam nota itu.
“Nampak sangat si Dinda ni facebook bergerak. Aku dah baca beratus-ratus kali Cuma aku je buat tak heran. Kau ni ada nak promote apa-apa ke sampai tulis kat buku lepas tu bacakan dekat kita orang pulak.” Ujar Hawa.
“ Mana ada aku saja je tak boleh ke?” Dinda pula naik geram dengan Hawa.
“ Dah-dah, bacaan Yassin dah nak mula hormat sikit kita ni orang Islam, baca Yassin tu jangan berborak je” Anis Amalina sudah mengluarkan suara tentera Jermannya semua menikus kerana dalam kelembutan Anis Amalina terselit ketegasannya.
Selesai bacaan Yaasin, bermulalah sesi Pnp iaitu pelajaran dan pembelajaran,sebelum guru-guru masuk setiap ketua tingkatan atau penolong tingkatan di tugaskan untuk menghantar kehadiran murid ke pejabat dan menjemput guru mata pelajaran ke kelas untuk proses Pnp itu.
Sebagai penolong kelas Dinda terpaksa menjalankan tugas yang di tinggal oleh Fariz ketua tingkatan kerana dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu kerana demam. Dinda masuk kedalam kelas setelah menyelesaikan tugasnya di bilik guru dan pejabat dia terus pulang ke kelas dan menyampaikan khabar.
Hari ini semua cikgu tak masuk kelas. Separuh cikgu pergi khusus, separuh lagi mesyuarat.” Dinda menyampaikan berita. Macam-macam bunyi yang keluar dari mulut pelajar-pelajar 5 Dimensi Sains itu.
“Dinda, kau tak ada hujah-hujah mantap untuk yakinkan mak aku kelebihan kahwin awal ni, Iqbal dah bersedia nak masuk meminang aku.” Lurus Eisya memberi tahu masalah dan rahsianya kepada rakan-rakannya.
“ Owh! Dalam diam ubi berisi.... Tahniah tak sangka kawan aku ada yang keinginan nak kawin cepat.” Ujar Dinda
“ Betul ke apa yang aku dengar ni.” Ujar Abil tidak percaya.
“ Rileks la nak kahwin awal-awal buat apa, tak bebas” Ujar Lily.
“ Aku setia pada seorang je Lily, kalau couple banyak-banyak ni susah nanti kita tengah couple dengan orang baru orang lama nak getback lepas tu kita gaduh dengan orang baru tu... macam-macam konflik la nanti. Masalah aku sekarang Dinda aku dah lama sangat dengan Iqbal tu, takut iman aku tak dapat bertahan dengan hasutan syaitan nanti malu keluarga aku, aku tak nak macam tu. Biarlah aku susah sekarang.” Ujar Eisya berpendirian tetap. Anis Amalina tidak mahu mengambil peduli walaupun teinga tajam mendengar, dia sudah masuk ke dunia belajarnya agar dia tidak membuang masa.
“ Kau dah habis fikir ke?” Soal Dinda meminta kepastian.
“ Jodoh aku dah sampai tak akan aku nak tolak, cuma aku kena berusaha sikit je.” Ujar Eisya yakin.
“ Kalau kau nak hujah yang mantap untuk mak kau, kau bawak Iqbal jumpa mak kau cakap Iqbal boleh jadi teman kau belajar, dia boleh jadi cikgu kau dan dia boleh jadi pemberi semangat yang besar untuk kau lagi pun kau tak ada ayah kan mesti mak kau faham apa ke inginan kau.” Ujar Dinda, Eisya mengangguk. Hati Anis Amalian sudah sudah terasa lain macam dia akan mengalami benda itu dalam masa yang terdekat ini.
“Dah-dah lah cerita pasal kahwin ni, aku muak lah lebih baik kita study pra percubaan nak dekatkan nanti tak dapat catchup mesti tak dapat jawab. Aku nak kita semua maintain dapat markah yang terbaik. Lagipun benda ni dalam Pendidikan Islam belajarkan. Ujar Anis Amalina mengingatkan rakan-rakannya tentang ujian yang hampir datang padahal dia tak mahu rakan-rakannya tahu hatinya sedang berasa lain dan akan menzahirkan di hadapan rakan-rakannya.

Anis Amalina pulang dari sekolah agak lewat kerana dia menolong adik-adik tingkatan tiga mengajar subjek Matematik kepada mereka, kerana terlampau letih dia terlelap bersama telekongnya selepas mandi dan menunaikan solat Asar. Hampir waktu Maghrib adiknya mengetuk pintu biliknya menyuruh dia bangun. Memang kebiasaan keluarganya yang di didk untuk tidak memasuki bilik orang sewenang-wenangnya. Anis Amalina bangun dari tidurnya kemudian mandi lagi sekali untuk menyegarkan badan sebelum turun untuk makan malam dan solat Maghrib dan Isyak bersama keluarga.
Anis Amalina terasa bersalah kerana semua makan malam agak lewat daripada biasa kerana menunggunya untuk turun. Memang keluarganya menitik beratkan disiplin dari sebesar-besar perbuatan hingga sekecil-kecilnya mesti di ikuti. Disiplin ketika waktu makan harus menunggu semua orang ada di meja makan kemudian baca doa baru di benarkan makan.
Tapi ada sesuatu yang pelik pada harini, kenapa hari ini ahli keluarganya bertambah dia meneliti wajah-wajah yang menambah bilangan ahli keluarganya hari ini. Pertama, seorang lelaki berumur lewat 40an kemudian seorang wanita berumur awal 40 an dan seorang gadis comel lotey iaitu sahabat baiknya yang sekarang belajar di MRSM di Kelantan bercahaya sedikit raut wajahnya saat itu dia merasakan ingin saha dia memeluk untuk melepaskan rindu pada sahabatnya itu, wajah seterusnya kelihatan wajah seorang lelaki awal 20an terus dia menundukan pandangan dan duduk di tempat yang kosong kebetulan di hadapan temannya dan di sebelahnya lelaki itu. Hatinya terus berasa lain dan tidak tenang seperti pagi tadi saat mendengar rakan-rakannya bercerita tentang kelebihan berkahwin awal.
Segala keinginan melepaskan rindu bersama temannya terbantut, sepanjang solat Maghrib berjemaah yang di imamkan lelaki muda itu kemudian abah memberi tazkirah di ikuti solat Isyak berjemaah juga di imamkan lelaki muda itu hati Anis Amalina terus dan terus rasa tidak tenang.
Selesai menunaikan solat, bapa susuannya menambil peranan sebagai tuan rumah mengajak semua bergerak ke ruang tamu mungkin untuk bersembang lebih panjang lagi. Ibu susuannya menyuruh anak-anaknya masuk kebilik, manakala Anis Amalina di suruhnya kedapur membuat air untuk menghilangkan dahaga tetamu.
Selesai memnyediakan apa yang patut di dapur ibu susuan Anis Amalina bergerak membawa sedikit kudap-kudap tetamu dan Anis Amalina membawa air. Anis Amalina meletakkan air dengan sopannya dia menuangkan air di setiap cawan dan dihidangkan pada semua tetamu. Selesai melakukan tugasan itu Anis Amalina ingin beransur pergi untuk naik kebilik seperti adik-adiknya.
“Anis! Mari duduk di sebelah abah dan ummi.” Panggil Bapa susuannya lembut. Anis Amalina patuh dan duduk diantara abah dan ibu susuannya. Bertambah gelisah la hati Anis Amalina tapi sedaya upaya menutupnya dengan menunduk kebawah.
“ Bismillahirahmanirahim.” Terdengar lafaz basmalah dibaca perlahan oleh suara sahabat baiknya.
“ Anis, hajat kami datang ke sini, saya nak meminang awak sebagai kakak ipar saya.” Serta merta Anis Amalina mengangkat muka tidak percaya dan terkejut memandang tepat di dalam anak mata sahabat baiknya. Dari sipi matanya kelihatan pemuda itu juga terkejut dengan kata-kata adiknya.
“ Sebenarnya, abang tak tahu apa tujuan kami datang sini ini hajat saya, saya yang merayu pada ibu dan ayah untuk pinang awak malam ni. Saya balik dari asrama Kelantan semata-mata untuk ni.” Ujar Azrina Hafisyaz.
“ Saya dekat asrama selalu teringat dekat awak sampai termasuk dalam mimpi saya. Saya hati aya tak tenang sehingga kadang-kadang saya tak fokus dalam pelajaran saya.” Ujar Azrina Hafisyaz lagi. Anis Amalina tertunduk semula.
“ Anis! Abah dan ummi nak cakap dari hati ke hati...” Ujar Abah
“ Kami sedar, kami bukan lah ibubapa saudara dan susuan yang sempurna buat Anis, tapi kami minta halal apa yang terlebih dan terkurang.” Sambung ummi pula.
“ Sebelum kami nak buat apa-apa keputusan, kami mahu persetujuan dari kamu. Selaku penjaga kamu, abah dan ummi tiada halangan kerana syarat-syarat zahir dan batinnya cukup, ekonominya kukuh. Cuma kami perlukan persetujuan dari tuan punya diri.” Abah membiarkan ummi yang berbicara kerana sifat keibuan lebih membuatkan hati seseorang mudah lembut.
“ Awak jangan risau tentang abang saya, saya yakin abang akan setuju sebab saya perasan waktu pertama kali abang saya nampak awak saya tahu abang suka kan awak. Betulkan abang.” Ujar Azrina Hafiisyaz bersungguh-sungguh.
“ Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah saya membenarkan kata-kata adik saya.” Ujar pemuda itu.
‘ Kalau Nana boleh, Eisya boleh tak akan aku tak boleh membuka sedikit ruang hati aku untuk itu.’ Dia teringat tentang perbualan sahabat-sahabatnya pagi tadi.
‘Mungkin dah tiba jodoh aku, mungkin takdr aku menerima jdoh lebih awal.’ Anis Amalina berbisik dengan diri sendiri.
“ Beri saya tempoh untuk buat keputusan.” Ujar Anis Amalina.


Genap sebulan dari tarikh sahabatnya menyampaikan hajat merisik dan meminang Anis Amalina mengikut adat. Hari ini Anis Amalina sudah sah menjadi isteri kepada pemuda bernama Azri Hafiz setelah dinikahkan di Masjid Jamek Kampung Slim pada raya ke tiga.
Majlis mereka di buat di kampung sebelah ibu Anis Amalina jadi tiada siapa yang tahu pernikahan itu kecuali ahli keluarga. Ini kerana menghormati permintaan Anis Amalina. Anis Amalina diwalikan oleh abang satu ayahnya yang di jemput khas dari Pahang yang selama ini mereka hanya berhubung melalui telefon.
Semua mengerti kenapa Anis Amalina ingin merahsiakan status baharunaya daripada  pengetahuan rakan-rakan, guru-guru dan jiran-jiran kerana dirinya sendiripun belum dapat menerima status itu.
Walaupun majlis itu hanya untuk saudara mara sahaja tapi ia berlaku dengan meriah kerana masih dalam suasana raya. Malam indah mereka berlaku dengan baik kerana tiada tentangan dari Anis Amalina yang masih belum menerima tapi dia mahu belajar mahu membuka hatinya untuk suaminya.
Petang raya kelima ramai yang sudah pulang ke masing-masing dan ada yang mengambil peluang pergi beraya setelah beberapa hari menguruskan majlis untuk Anis Amalina. Entah kenapa Anis Amalina berasa tidak berapa seronok hari ini, dia juga tidak mahu menyertai Abah, ummi dan yang lain-lain pergi beraya pada petang itu. Jadi tinggallah dia dan Azri Hafiz berdua, pada mulanya Azri Hafiz sudah bersiap-siap untuk menyertai Abah, Ummi dan yang lain-lain untuk beraya tapi mengenangkan isterinya akan tinggal di rumah seorang diri dia membatalkan hasratnya dan dia terfikir inilah masanya untuk mengambil hati isterinya.
Azri Hafiz mengambil peluang untuk mendekati dan menyelami perasaan isternya yang keras dan kering hatinya. Dia tahu Anis Amalina sudah dilanda kebosanan sengaja Azri Hafiz membiarkan agar Anis Amalina terus kebosanan seorang diri sementara dia membersihkan laman rumah atok Anis Amalina dan membela basikal.
“ Anis, Anis.” Azri Hafiz yang menunggang basikal tua yang di tinggalkan arwah Tok Siti memanggil isterinya. Anis Amalina memanang suaminya tanda menghormati tapi dalam hatinya sedikit sayu mengenang basikal itu yang selalu dibawa Tok Siti pergi ke kedai, selalu di bawa Tok Siti ke kebun, membawanya berjalan-jalan.
“ Jom jalan-jalan naik basikal dengan abang.” Ujar Azri Hafiz sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“ Tak mahulah Anis tak pandai bawak basikal.” Anis Amalina yang duduk di kusyen memberikan jawapan jujur kepada ajakan suaminya. Dia terus menatap suaminya terasa kacak pula dimatanya.
“ Allah, abang bukan suruh Anis yang bawak, abang cuma nak Anis duduk belakang abang dan abang yang bawak. Kita ronda-ronda kampung naik basikal baru klasik sikit asyik naik motor je tak sempat nak romantik.” Ujar Azri Hafiz
“ Tak mahu segan.” Anis Amalina tetap dengan pendiriannya.
“ Okey! Kalau segan jalan-jalan dekat luar kita jalan-jalan dekat dalam. Abang ajar bawa basikal.” Azri Hafiz tidak berputus asa mencuri hati isterinya.


Cuti sekolah untuk hari raya hanya tinggal sehari sahaja lagi. Ummi dan Abah mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur malam nanti, manakala Azri Hafiz masih tidak puas untuk bercuti bersama isterinya di sini.
“Azri! Anis! Abah dan Ummi dah nak balik malam nanti kamu macam mana pula?” Soal Abah.
“Boleh tak Anis nak ikut Abah dan Ummi balik?” Ujar Anis Amalina perlahan kerana takut dan rasa bersalah.
“ Dari sini Anis balik dengan abang sampai KL nanti abang hantarlah Anis balik rumah abah dengan  ummi.” Ujar Azri Hafiz .
“ Tapi Anis nak duduk dekat rumah abah dan ummi terus sampai Anis sedia, er...awak fahamkan.” Ujar Anis Amalina lagi.
“Boleh, abang faham... kalau abang nak jumpa Anis abang akan telefon Anis dan minta izin Anis dulu.” Ujar Azri Hafiz lembut, dan tidak memaksa sikap ini membuatkan hati Anis Amalina sedikit lembut dan ruang hatinya terbuka sedikit demi sedikit lagi untuk menerima Azri Hafiz atas toleransi yang di berikan.
“ Anis tempat seorang isterikan di sisi suami.” Ummi menegur.
“ Ummi! Abah! Tak apa, Azri faham kenapa Anis mahu begitu. Kalau kita mahukan sesuatu kita tak boleh memaksa untuk orang lain menerimanya. Azri nak Ummi dan abah faham juga.” Ujar Azri Hafiz
“ Azri kata begitu ummi dan abah ikut saja, sebab Azri ketua keluarga untuk Anis. Azri lebih berhak membuat keputusan.” Ujar Abah.



Hari Isnin adalah hari yang sibuk buat Anis Amalina yang sibuk membantu ketua pengawas memberi taklimat kepada pengawas-pengawas lain serta menyiapkan majlis perhimpunan untuk pagi itu. Sedang Anis Amalina khusyuk membut kerja dia dipeluk secara beramai-ramai dari belakang. Dia sedikit terkejut tapi dia gembira kerana rindu pada rakan-rakannya rindunya terubat.
“Rindunyaa korang.” Itulah ayat yang selalu di gunakan apabila sudah lama tidak bertemu. Selesai memeluk sesama sendiri dalam sesi melepaskan rindu Dinda sengaja menyakat Eisya.
“ Aku tengok kan ada eorang muka rakan kita ni berseri-seri je, dapat duit raya lebih ke ada berita gembira nak kongsikan dengan kita orang.” Ujar Dinda. Kata-kata Dinda membuatkan hatinya sedikit tersentek tapi dia mengawalnya agar sentiasa beriak biasa.
“ Memang dapat duit raya lebih pun, abang ipar korang yang bernama Iqbal bagi dalam erti kata lain wang hantaran.” Ujar Eisya gembira tanpa dapat di kawal.
“Wah! Dalam diam dah kumpul duit untuk persiapan kahwin bagus lah, balik sekolah nanti boleh la kitaorang datang raya harap-harap abang ipar kasi duit raya kat kita orang yang masih budak sekolah lagi...” Ujar Abil tanpa segan silu dan tersengih-sengih.
“ Boleh je, tapi minggu depan datang lagi untuk kenduri doa selamat aku pulak.” Jemput Eisya.
“Wah! Bestnya dapat duit raya dua kali la.” Ujar Lily pula.
“ Tu tanya tuan yang bagi duit la.” Ujar Eisya
“ Cantik tak?” Soal Eisya sambil mengangkat tangan kanannya yang tersarung sesuatu di jari manisnya.
“ Wah! Untung la orang tu, dah ada orang belikan macam-macam untuk dia.” Ujar Hawa dalam nada cemburu api dengan niat mengusik.
“ Cepat lah jugak kitaorang dapat anak saudara.” Tambah Hawa lagi.
“ Nanti dekat kelas boleh la cerita malam pertama kau kat kita orang.” Abil pula mengeluarkan kenyataan nakal.
“ Malam pertama mana boleh cerita.” Sangkal Hawa.
“ Dah-dah jangan nak merepek, tu cikgu dah panggil beratur.” Anis Amalina mengeluarkan arahan dan dalam masa yang sama menjadi penyelamat Eisya yang sudah malu-malu kerana di bahan oleh kawan-kawannya tapi dia tidak mengetahui niat sebenar Anis Amalina adalah untuk dia bertukar riak apabila terus berbual tentang perkara itu.
Dari selepas perhimpunan hari itu sehingga hari ini selesainya ujian pra-percubaan SPM kawan-kawan Anis Amalina melihat begitu ketaranya perubahan sahabat mereka yang seorang itu. Ketika ada masa terluang untuk mereka belajar sebelum menduduki kertas seterusnya Anis Amalina banyak termenung dari belajar dan mengajar bersama rakan-rakannya. Pendiamnya juga semakin menjadi-jadi dan jika ada masa terluang pasti Anis Amalina akan termenung.
Hati Anis Amalina gelisah, sudah dua minggu dia tidak mendengar khabar berita dari lelaki yang bergelar suami kepada perempuan yang bernama Anis Amalina.
“Tak kan dia merajuk?”
“ Tak, tak, tak dia sibuk dengan kerja kot.” Tanpa sedar dia engeleng-gelengkan kepalanya seperti dia sibuk berbicara padahal dia tidak terlibatpun dalam perbualan bersama rakan-rakannya.
Macam-macam spekulasi yang di buat sendiri di dalam benaknya tentang suaminya sendiri. Tanpa dia sedari Dinda emerhati tingkah laku sahabatnya yang seorang itu walaupun di sibuk bersembang bersama rakan-rakan yang lain.
Dinda menyiku Hawa sebaik selesai satu topik yang mereka bualkan dan rakan-rakan lainpun memberi tumpun kepada Anis Amalina.
“Amal! Amal!” Dinda menggoncangkan bahu sahabatnya lembut manakala Abil mengambil bahagian melambai-lambai tangan kanannya di hadapan muka Anis Amalina.
“ Kau ada masalah ke Amal? Kita orang tengok kau sejak dua menjak ini banyak berubah, kau sekarang banyak termenung, sikap pendiam kau makin menjadi-jadi.” Ujar Dinda dengan jujur dan wajah nya kelihatan sangat risau.
“ Kalau kau ada masalah sharing-sharing lah dengan kita orang jangan lah buat kita orang risau dan sentiasa terfikirkan psal kau pula... Kita kan bff.” Abil mengukuhkan kata-kata Dinda.
“ Tak ada apalah kawan-kawan, jangan risaukan aku key.” Ujar Anis Amalina agar tidak terus di asak.
Di rumah juga begitu, setiap pekerjaan yang di lakukannya tidak lagi sekemas dan se perfect dahulu, kerana setiap pekerjaannya pasti di selangkan dan di serikan dengan termenung serta berkhayal.
“ Mulut kata tak mahu, hati dok teringat je.” Tegur adik susuanya Nadira  yang mahu meminum air yang melihat Anis Amalina sedang membasuh pinggan tetapi berkhayal. Anis Amalina tersentak, dan tangannya cekap semula untuk menerus pekerjaan yang di lakukannya.
 “ Apa Deera merepek ni?” Anis Amalina menjawab kata-kata adiknya agar tidak nampak ketara apa yang di katakan oleh adiknya adalah betul.
“ Apa yang Deera merepek dan apa yang Kak Anis khayalkan? Boleh cerita dekat Deera.” Ujar Nadira sambil tersengih-sengih.
“ Sudah-sudahlah Kak Anis nak menafikan, Kak Anis ni dah macam artis dekat rancangan Melodi yang suka menafikan benda yang benar. Tak apa, demi nak merealisasikan khayalan Kak Anis tu kejap lagi putra raja yang Kak Anis tunggu tu akan sampai jadi tugas Kak Anis sekarang naik atas kemas baju kejap lagi nak balik kampung. Jangan lupa bawa buku SPM dah nak dekat. Kerja rumah yang lain tu Kak Anis tak perlu risau nanti Deera yang settlekan.” Pesan Nadira panjang lebar.


Azri Hafiz sangat bersabar dalam mengikut rentak Anis Amalina. Dalam kedegilan Anis Amalina dia patuh setiap arahan yang di berikan. Dari minit pertama dia menjemput Anis Amalina sehingga minit yang sudah separuh perjalan untuk sampai ke kampung ibu Anis Amalina masing-masing membisu hanya celoteh Dj radio yang menyapa telinga masing-masing. Akhirnya Azri Hafiz mengalah dan memecahkebisuan antara mereka.
“Dekat depan tu ada  Restoran Jejantas Sungai Buloh, Anis nak apa-apa tak?” Soal Azri Hafiz, Anis Amalina menggeleng.
“Abang dah lama tak makan sate rusa tiba-tiba teringin pula nak makan sate rusa pulak, kita berhenti kejap lah kat sana.” Ujar Azri Hafiz dan membelok ke simpang Restoran Jejantas Sungai Buloh itu. Dalam hati Anis Amalina terdetik.
“ Adakah benih sudah bercambah dalam rahim ku ini.”
Sate antara makanan kegemaran Anis Amalina, sengaja Azri Hafiz belanja isterinya memakan sate yang tidak pernah dimakan oleh isterinya, untuk menambahkan rasa yang selama ini tidak pernah dirasa. Setelah dia sengaja menguji dan mendera perasaan isterinya. Anis Amalina yang khusyuk makan sate tidak peraan yang Azri Hafiz tidak menjamah lagi kerana sibuk memandang dia.
Anis Amalina mula perasan tingkah laku suaminya dia memperlahankan cara makan dan sedikit sopan dan malu-malu. Untuk menutup tingkah laku terlarangnya Azri Hafiz mula mahu menyakat Anis Amalina seperti dia menyakat adik kesayangannya Azrina Hafisyaz.
“ Anis lapar ek?” Azri Hafiz mengeluarkan ayat-ayat menyakatnya, dan mengukir senyuman nakal.
“Mana ada! Kenapa abang senyum macam tu meremang bulu roma Anis.” Ujar Anis Amalina memberanikan diri untuk bermesra dengan suaminya.
“ Kalau tak ada, kenapa kuah kacang sampai ke pipi? Pipi pon nak rasa kuah kacang ke?” Ujar Azri Hafiz sambil tangannya bergerak mengambil tisu dan mengelap pipi Anis Amalina. Tanpa sedar tangannya bergerak untuk menghalang dari suami mengelap kuah kacang itu kerana malu tapi lain yang berlaku dia memegang tangan suaminya dan mereka menatap dari mata- ke mata tanpa bersuara. Hanya mata mereka yang berbicara tapi cepat Anis Amalina mengalihkan anak matanya dah terus menunduk, rona muka Anis Amalina bertambah merah.
“ Kenapa awak tak makan lagi? Boleh kenyang tengok muka saya yea?” Soal Anis Amalina. Entah kenapa dia ingin menjawab dan berbicara banyak dengan suaminya.
“ Jangan pangil abang awak tapi panggil abang, belajar panggil abang dengan panggilan tu nanti lama-kelamaan Anis akan biasa dan hati Anis bertambah dekat dengan abang.” Azri Hafiz meneggur.
“Tapi abang tahu walaupun Anis belum sedia tapi, hati Anis sudah bersedia untuk abang.” Ujar Azri Hafiz sambil tersenyum.
“Apa yang aw... Abang merepek ni.” Ujar Anis Amalina yang tergagap membetulkan panggilannya.
“ Perasaan abang selalu berkata, isteri abang sedang gelisah. Ummi dan Deera rajin cerita pasal Anis dekat rumah tak fokus ketika buat kerja walaupun Anis rajin buat kerja rumah tapi lagi rajin termenung, dekat sekolah pula kawan-kawan Anis selalu tanya Deera kenapa akhir-akhir ni Anis kuat termenung.” Muka Anis Amalina bertukar ronaa merah kerana menahan malu dan tidak puas hati kerana ummi dan Nadira bercerita prihalnya pada Azri Hafiz dan membuatkan dia terasa sedikit jatuh sahamnya di hadapan suaminya dan ingin menyorok atau menutup muka.
“ Realitinya abang nak kata Anis selalu teringatkan dekat abangkan?” Azri Hafiz membuat serkap jarang pula. Rona merah di wajah Anis Amalina bertambah pekat kerana kata-kata suaminya itu betul, tapi dia tidak mahu membenarkannya.
“Pandai-pandai je buat andaiankan, Anis sebenarnya risaukan SPM, bukan teringatkan dekat dia.” Anis Amalina tak mahu Azri Hafiz melihat anak matanya kerana takut akan penipuan perasaannya terbongkar.
“ Oh, risaukan SPM okey abang terima walaupun kata-kata Anis tak sama dengan perasaan Anis. Tapi apa-apa pun abang nak minta maaf terlebih dahulu sebab abang tak boleh selalu ada dengan Anis dan ini memberi peluang untuk Anis belajar terima abang, tapi demi Anis mulai minggu ni abang cuba kurangkan kesibukan abang untuk buat rivision dengan Anis nak mantapkan jawapan Anis dalam SPM nanti dan tiap-tiap minggu kita akan balik Slim buat rivision, abang tak mahu Anis stress dan bosan belajar dekat sini.” Ujar Azri Hafiz cukup mengambil berat tentang isterinya.

Sepanjang bulan peperiksan pula Azri Hafiz rajin membawa isterinya ketaman berdekatan untuk bersenam, membina stamina dan membuat ulangkaji terakhir dalam setiap subjek sebelum mengambil kertas ujian tersebut. Jika Azri Hafiz tidak sempat berbat demikian dia hanya akan menelifon untuk membantu dan berbincang melalui telefon.
Dalam kesibukan masing-masing Anis Amalina tidak mengetahui Azri Hafiz mengalami ‘morning sickness’. Azri Hafiz sengaja dan sedaya upaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan semua orang tetapi tidak pada Puan Azidah ibu Azri Hafiz kerana naluri keibuan yang dipunyai Puan Azidah dapat menghidu apa yang di sembunyikan oleh anaknya Azri Hafiz.
Walaupun Puan Azidah mengetahui apa yang disembunyikan oleh anaknya, Puan Azidah hanya mendiamkan diri dan mahu melihat sejauh mana anaknya mahu menyembunyikan dan menahan kesakitan ‘morning sicknessnya’ setiap pagi.
Hati keibuan Puan Azidah tidak tahan melihat wajah tidak bermaya Azri Hafiz yang menhn kesakitan, tapi demi berita gembira yang akan di terimanya dia cuba sedaya-upaya  menahan diri.
Puan Azidah suka menghantar anaknya pergi bekerja dimuka pintu dan melihat kelibat kereta Azri Hafiz hingga hilang dari pandangan mata, Puan Azidah terus menerpa kearah telefon rumah dan mendail nombor telefon rumah milik keluarga Anis Amalina.
“ Assalammualaikum, hello..” Puan Azidah segera memulakan bicara sebaik taliannya diangkat.
“ Waalaikumusalam, ibu apa khabar?” Mendengar suara yang di kenali dari talian belah sana Anis Amalina menjawab salam yang di berikan dan terus menyapa mesra dengan bertanya khabar ibu mertuanya itu. Hati Puan Azidah amat senang mendengar suara mesra Anis Amalina.
“ Alhamdulillah, ibu sihat-sihat saja, Anis pula sihat?” Puan Azidah menjawab soalan menantunya dan memulangkan soalan kepada menantunya semula.
“Alhamdulillah juga bu, cuma kadang-kadang Anis cepat penat dan selalu tak sedap perut.” Tanpa sedar Anis Amalina seperti mengadu kepada ibu mertuanya. Hati tua Puan Azidah sudah berbunga indah.
“ Biasalah hormon perempuan, hmmm.... ibu ingat nak ajak Anis keluar jalan-jalan gi makan atau shopping ke, kesian ibu dok rumah sorang-sorang.” Sengaja Puan Azidah berkata bergitu agar Anis Amalina rasa sedikit bersalah dan mahu keluar bersamanya demi mahu mendapat kesahihan firasatnya.


Tahniah Puan, anak puan  hamil tujuh minggu.” Terkebil-kebil mata Anis Amalina mendengar berita itu seolah-olah dia tidak gembira tapi dia cuba mengukirkan senyuman agar dia tidak menunjukkan perasaan sebenarnya. Tapi perasaan Puan Azidah sebaliknya, raut wajahnya begitu jelas kelihatan gembira dengan berita itu.
Menatap wajah gembira ibu mertuanya itu, terlayang wajah kacak suaminya yang sangat iras dengan wajah ibu dan bapa mertuanya, hatinya tiba-tiba rindu pada lelaki itu. Kadang-kadang dia menyoal dalam dirinya kenapa ibu mertuanya yang datang bukan suaminya yang tiba-tiba hilang kembali sejak seminggu lalu.
Sepanjang dia bersama ibu mertuanya, dia berpura-pura gembira dalam tak percaya. Semasa ibu mertuanya sakan membelanja dia itu dan ini, Anis Amalina sempat teringatkan Nana yang sarat mengandung lima bulan itu sanggup datang kesekolah tanpa malu demi mengambil peperiksaan SPM.
Hari terakhir peperiksaan SPM, hati Anis Amalina amat sayu untuk meninggalkan rakan-rakannya yang bakal membawa diri masing-masing. Tamat kertas Ekonomi Asas semua rakan-rakan Anis Amalina berkumpul di laman bahasa untuk melepaskan sayu di hati masing-masing, sebelum berpisah Eisya menyampaikan berita bahawa dia di sahkan mengandung tiga minggu.
Masa begitu pantas berlalu, pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu keputusan peperiksaan akan keluar. Sementara menunggu keputusan SPM keluar Anis Amalina ditawarkan oleh bapa saudaranya untuk mengajar di sekolah rendah agama swasta dalam subjek Bahasa Melayu.
Selesai dari mengajar, Anis Amalina memberikan sedikit latihan untuk memahirka murid-muridnya dalam subjek Bahasa Melayu sementara menunggu waktu pulang. Apabila loceng berbunyi kelas menjadi riuh-rendah kerana masing-masing sibuk mengemas barang-barang untuk pulang kerumah sambil mulut masing-masing juga sibuk berbunyi.

Rindu Anis Amalina terhadap suaminya semakin membuak-buak tapi hanya disimpan jauh di sudut hatinya sahaja. Semua anak muridnya sudah sepuluh minit keluar dari kelas dan bangunan kelas menjadi sunyi dan sepi seperti di hatinya. Selesai dia menulis laporan, tannya ligat mengemas pula. Anis Amalina berjalan mengikut kemampuannya sebagai seorang wanita mengandung keluar untuk dari kelas, dia terlihat pula salah seorang guru yang sudah lama mengajar di sekolah itu yang  juga sarat mengandung jalan di hadapannya kemudian turun ketingkat bawah seorang lelaki menyambut barang-barang guru itu sebeum guru itu menuju ke pejabat untuk menghantar buku laporan sebelum pulang.
Tanpa sedar Anis Amalina meletakkan tangannya di perut kemudian mengusap-usap lembut seperti dia merasakan anak yang dikandungnya turut merindui orang yang dirinduinya. Hilang sahaja kereta guru yang diperhatikan Anis Amalina dari tadi dia pula berbuat yang sama seperti guru itu lakukan iaitu menghantar buku laporan sebelum dia menunggu abahnya mengambil dia pulang kerumah dihadapan pintu pagar sekolah.
Jarang sekali abah lambat mengambilnya tapi hari ini di luar kebiasaan abah kerana abah sudah lewat empat puluh minit. Sebagai ibu mengamdung kakinya sudah lenguh berdiri menampung berat badannya serta berat kandungannya. Anis Amalina mengeluh panjang kemudian dia ternampak seorang mak cik membawa dua orang cucunya yang berusia tiga tahun dan setahun setengah bermain-main menuju ke taman. Leka Anis Amalina memerhati mak cik dan dua orang cucunya itu sehingga kakinya ikut melangkah ke taman seperti dia di pukau. Anis Amalina yang berjalan tidak berhati-hati sehingga dia tersadung sesuatu hingga menyebabkan dia terjatuh dalam masa yang sama dia terus memeluk perutnya dan berdoa serta berharap agar anak di dalam kandungannya tidak terkesan dari hentakan akibat dari dia terjatuh. Matanya terpejam ketika dia tertiarap, Anis Amalina menguatkan semangat untuk bangun dan duduk. Dia mengesut ketepi yang ada tiang berdinding ntuk dia bersandar. Hatinya terasa begitu sebak kerana salah seorang dari cucu mak cik itu terjatuh kemudian dia dibantu oleh neneknya sedangkan dia tiada sesiapa yang mahu bantu, dia tunduk dengan mata yang dia pejam dia menangis semahu-mahunya.
Seseorang duduk dihadapan Anis Amalina dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Anis Amalina kemudian menegur.
“ Anis kenapa ni?” Suara yang Anis Amalina sangat rindui menyoal dengan nada risau. Anis Amalina membuka matanya kemudian mengangkat wajahnya dan serta merta memeluk lelaki yang sangat di rinduinya tapi tidak sampai kerana dihalang oleh perut boyotnya tapi Anis Amalina lansung tidak mengendahkannya dia cuba sehingga habis dayanya.
“ Sampai hati abang tinggalkan Anis, kemana abang pergi? Mana abang menghilang? Tiga bulan Anis tunggu abang, satu khabarpun abang tak kirim sekurang-kurangnya satu mesej ringkas.” Ujar Anis Amalina dalam nada marah tapi telah bersatu dengan tangisan. Habis ayat yang di luahnya Anis Amalina merungkaikan pelukan kemudian duduk bertentangan dengan lelaki yang berjeket hitam berkilat serta berkaca mata hitam sambil mengesat-ngesat air matanya.
“Abang tak rasa ke apa yang Anis rasa, baby ni rasa? Anis dan baby rindu sangat dekat abang, kosong sangat jiwa Anis ni.” Pada mulanya Anis Amalina bernada marah, apabila dia meluahkan ayat rindunya Anis Amalina tunduk dan menangis semula.
“Sssyyyhhh!!!! Jangan lah menangis.” Azri Hafiz menegakkan badan Anis Amalina yang tunduk itu kemudian dia memeluknya. Lama mereka berkeadaan begitu dan ramai yang menyaksikan sambil penyaksi itu berjalan kearah tujuan masing-masing. Tangisan Anis Amalina sudah reda baru Anis Amalina merungkaikan pelukan dan menolak Azri HAfiz.
“ Baabbyyy, jom kita merajuk dengan ayah. Dia tak jenguk kitapun, tmesej pun tak jauh sekali dia nak telefon kita. Dia tak tahu hari-hari baby merusuh dengan mama rindu dengan ayah dia, nak dengar suara ayah dia, nak tengok ayah dia.” Ujar Anis Amalina dengan mulut di muncungkan sambil mengusap-usap perut boyotnya seperti berbicara bersama anaknya.
“ Baby, ayah tak tahukan tiap-tiap malam ada lelaki telefon mama. Mula-mula dia nak berkenalan dengan mama kemudian dia dengan mama berkongsi cerita macam-macam. Mama rasa happy sangat setiap kali lelaki itu telefon mama sebab dia lah teman mama tiap-tiap malam sehingga mama terlelap. Tapi mama lebih bahagia kalau lelaki yang telefon mama tu ayah, ayah dah curi hati mama tapi dia biarkan mama cari kebahagiaan sendiri dengan lelaki lain. Mama rasa bersalah dan berdosa sangat.” Ujar Anis Amalina dengan nada sedih, air matanya tak berhenti mengalir.
“ Maafkan abang Anis, lelaki yang telefon Anis tu adalah abang tu sebab Anis sangat selesa berbual dengan lelaki itu sebab hati Anis memang ada dekat dia. Maafkan abang sekali lagi abang buat semua ini ada sebabnya. Abang nak beri ruang dan peluang yang secukupnya agar Anis benar-benar ikhlas untuk terima abang sepenuhnya. Abang juga nak tengok sejauh mana kesetiaan Anis, sayang Anis dan cinta Anis untuk abang atau Anis dah ada orang lain sebelum abang dan abang bersedia untuk....”
“Tapi sekarang abang dah nampak semua yang abang ingin tahu itu semua untuk abang, jom kita mulakan hidup baru dalam rumah kita sendiri. Anis ikut abang yea?” Ujar Azri Hafiz. Anis Amalina yang memandang Azri Hafiz dengan mata berkaca dia mengangguk tanda dia brsetuju.
Azri Hafiz membantu Anis Amalina bangun dari duduknya dan berjalan beriringan sambil berpimpin tangan. Semoga hidup mereka bahagia selamanya.



~ Terima Kasih Allah, Tamat~


 PECAH KACA PECAH KOLEH
DAH BACA HARAP KOMEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan