Isnin, 13 Oktober 2014

Mimpi

Mimpi adalah mainan tidur yang sangat memainkan perasaan. Kadang-kadang aku rasa sangat terbuai dan asyik dengan mimpi itu sampai mahu teruskan mimpi itu kedalam alam realiti dan kadang-kadang aku rasa takut melalui mimpi itu seperti mimpi itu dalam alam realiti aku. Tapi kalau mimpi itu berjaya sampai penghujung bermakna kita telah menukar ke alam lain iaitu ke alam barzakh.

Malam tadi hingga pagi aku mengalami dua mimpi, mimpi pertama aku sangat menyesakan dada dan mimpi kedua sangat best dan romantik seperti aku mahu membawa masuk ke alam realiti aku tapi ia hanya sekadar mimpi.

Okey, story mimpi pertama macam ni. Aku dengan kawan aku yang dua orang ini sememangnya masing-masing dah tak ada ibu bapa lepas tu jalan cerita aku tak ingat sampai tiba-tiba ada bahaya dan aku mahu selamatkan kawan aku yang dua orang ni sebab aku terlalu sayang kan dorang lepas tu aku terjaga... Fuhh!! selamat sebab ia hanya mimpi. Aku berharap kawan aku sentiasa selamat.

Mimpi kedua pulak, pasal aku jadi penolong pada cikgu yang mengajar disebuah kelas tingkatan 5 yang paling pandai sekali, yang menempatkan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas sekolah. Tapi dalam masa yang sama aku sebaya dengan budak-budak tingkatan 5 itu. Penolong ketua pengawas tu kawan aku dan aku pulak bercinta dengan ketua pengawas tu. Tapi sekadar jeling-jeling je, last-last aku tersedar dari tidur. Tak sempat nak feel lansung.

Selain itu, aku nak cerita pasal satu mimpi yang aku suka tapi sangat menyesakan dada... Iaitu mimpi bertemu mak atau ayah aku. Selalunya orang selalu kata kalau mimpi mak, ayah atau keluarga rapat yang dah meninggal tu nampak susah bermakna mereka memerlukan doa dan sedekahkan Al-Fatihah dari kita. Tapi kes mimpi aku ni lain. Aku kalau mimpi arwah mak aku mesti aku yang rasa susah sampai aku rasa mak aku yang nak tolong aku. Aku susah bukan sebab miskin harta tapi aku terlalu rindu kat mak kau sampai aku rasa aku sangat miskin, miskinkan kerinduan seorang ibu.

Okey, story mimpi aku setakat sini jer, daaa... kita sambung story lain nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan