Hari ini ada kelas memandu lagi, sementara tunggu cikgu aku datang aku updet entri jap...
Ayoooo la mak cik aku ni, semalam pelik kenapa aku bangun awal, hari ni pulak pelik kenapa aku tidur kejap. Kalau aku dah pesan kejutkan aku dalam masa puluh-puluh minit tu mesti la ada sebab. Kalau tak ada sebab tidur sampai petang pun tak de hal, tapi tak boleh la buat macam tu anak dara kan, heh heh heh...
Aku kalau ada tanggungjawab macam ada kelas atau kerja memang yang jadi rutin atau wajib, tak kejut pun tak apa melainkan aku betul-betul tak sedar kerana bersebab sama ada betul-betul penat ataupun betul-betul ngantuk ataupun aku tengah mimpi.
Sebenarnya aku rindu dan tak sabar sangat nak masuk belajar di tempat baru... hmmmm doakanlah aku dapat masuk UiTM, sebab aku nak jadi manusia yang bertanggungjawab balik macam aku masa sekolah dulu.
Kalau ditanya kenapa aku kat rumah tak bertanggungjawab untuk menolong mak cik aku, jawapanya entahlah... sebab aku tak minat...
okey... daaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan