Jumaat, 3 Oktober 2014

Semangat Hari Ini

Selepas hari pertama belajar hari itu, cikgu kelas memandu aku kata...
"kak lin cuba hari jumaat ini, tak ada la jauh sangat gap-nya"
Yang aku fikir pulak confirm hari ini belajar, so bersemangat la aku lepas solat subuh aku tak tidur sambil melayan budak kecik ni...

Tambah cikgu aku lagi kalau dia tak datang antara pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi kalau tak ada bermakna tak ada latihan hari itu... Hmmm aku pun menunggu sampai boleh sambung tidur lagi. Dan mak cik serta pak cik aku pulak membebel sebab cikgu aku tak datang-datang, sabar je lah aku menadah telinga.
Oleh kerana sememangnya tak ada latihan memandu, maka akupun menjadi boring, baca novelpun tak masuk otak akupun mencari resepi untuk menghabiskan whipping cream.
Memasak adalah hobi aku selepas membaca dan menulis novel. Oleh kerana pak cik aku nak keluar ambil sepupu aku so akupun tumpang sekaki untuk hilangkan boring dan mahu membeli barang untuk tiramisu aku...

Tempek gambaq cheq satu...

Okey, disebabkan aku dah beli bahan-bahan untuk membuat tiramisu malam karang kita buat projek... Nanti aku updet resepi cilok dan updet projek gua... Daaaa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan