Dilema datang lagi... Setiap pekara yang aku impikan pasti datangnya dengan pilihan. Aku tahu Allah nak mengajar aku untuk bergantung denganya, dia ingin mendengar rintihan hambanya yang tak berapa nak taat denganya agar sentiasa mengingatinya dan dari situ hambanya tahu yang dia masih punya iman.
Sambung cerita tentang dilema aku tentang dimana ipta yang aku akan menempatkan diri. Orang semua tahu yang UiTM adalah satu universiti yang gah di Malaysia, dan siapa yang akan dapat menempatkan diri di universiti itu antara orang yang agak hebat kerana bukan mudah kita nak menempatkan diri disitu. Nama aku juga bakal tersenarai menjadi siswi di Universiti dan aku juga terlalu mengharapkannya. Course yang aku ambil jugak adalah course yang sangat aku minat. Fakulti Filem Teater Dan Animasi dan aku ambik bidang penulisan, dan cita-citaku sebagai penulis novel.
Tapi atas nasihat ramai, mereka menyuruh aku masuk ke Politeknik Metro Kuantan kerana course tourism management mudah untuk dapat kerja setelah tamat belajar.
Hmmmm kenalah pujuk hati semula untuk menerima politeknik semula setelah menyemai harapan dan impian terhadap UiTM... Dan tolong lah doakan aku semoga aku tetap kekal dalam bidang penulisan yang aku cintai ini walaupun aku dah murtad dari bidang penulisan ini dalam skop belajar... Hahahaha...
Insyaallah jika aku berkesempatan di umur yang akan datang, aku cuba juga ambil kelulusan tentang penulisan ini...
Isnin, 27 Oktober 2014
Politeknik atau UiTM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan