Sabtu, 4 Oktober 2014

Sahabat, Teman, Dan Rakan

Perbualan aku dengan sepupu :
N: Doakan aku dapat UiTM tau.
S: Kenapa pulak, kalau aku suka lagi kau dapat Poli sebab jauh sama dengan aku.
N: Aku tak kesah dapat jauh ke tak, tapi aku ada misi.
S: Misi apa? Bagi tahu aku sikit.
N: Aku nak jumpa H la, aku nak cari dan nak dekat dengan semua kawan-kawan aku.
S: Buat apa nak jumpa H, sedang kan kau je yang berusaha H tak berusaha pon.
N: Dia ada usaha la...
N: Kau tahu tak kenapa aku nak cari semula kawan-kawan aku, aku nak berkawan dengan kekal, nanti kalau kita susah nanti dia sudi tolong kita. Mungkin kita pergi tempat baru kita tak ada kawan dan mungkin kawan tu akan khianat dengan kita. Cukup la pengelaman aku masa f5.

Hari ini kita cerita pasal Sahabat, Teman, Dan Kawan. Tajuk yang sangat kena dengan hidup aku. Sebelum aku updet blog ni aku ada buat kajian melalui google tentang perbezaan sahabat, kawan dan teman.

Dari blog: http://bicara-hati-mama.blogspot.com/2011/03/apa-perbezaan-sahabat-dan-kawan.html?m=1






Dan dari blog: http://jannatulnaim.blogspot.com/2008/05/beza-sahabatteman-dan-kawan.html?m=1




Dan dari aku:  
Bukan mudah hidup tanpa ibu bapa sendiri, kasih sayang ibu atau bapa saudara nampak bezanya kerana pasti anak-anak mereka di dahulukan, dan kehidupan kita bukan hidup di rumah bersama keluarga sahaja, kita hidup bermasyarakat dan saling bergantung. Cuma kita kena pandai seimbangkan hidup bersama keluarga dan sahabat.
   Keperluan sahabat adalah penting kerana dari dia kita boleh belajar tentang kehidupan dan didikan dari keluarga masing-masing berbeza. Keperluan lain sahabat ialah dia boleh membantu kita dalam pelajaran, kerana masa itu keluarga tiada bersama kita contoh ketika di sekolah, pusat tuisyen, universiti dan lain-lain. Malah ketika kita bekerja juga keluarga bukan satu pejabat dengan kita. 
   Bagi aku, selagi aku pernah kenal dengan orang itu dan mereka baik dan rapat dengan aku, aku akan cari dan berhubung balik walaupun hanya melalui media sosial dan jika mampu aku akan berjumpa depan-depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan