Aku rasa nak selitkan cerpen novel aku... have fun okey..
Hari Jumaat menjelma, seperti biasa
hanya murid-murid Muslim sahaja akan berada di tapak perhimpunan dan
murid-murid bukan muslim akan diagihkan kepada kelas-kelas yang sepatutnya
untuk mengikuti program-progam yang telah di rancang oleh pihak sekolah.
Sementara menunggu pengawas lelaki yang ditugaskan
untuk mengaturkan kerusi untuk guru-guru duduk, pengawas perempuan pula di
tugaskan untuk mengagihkan naskhah-naskhah surah Yassin kepada murid-murid dan
guru-guru. Seperti kebiasaan, murid-murid yang tiada tugasan akan mengambil
kesempatan untuk berborak dan melakukan aktiviti sendiri sama ada menyiapkan
kerja rumah yang di tinggalkan oleh guru atau membaca novel dan sebagainya
tidak memperdulikan hari apapun.
Seperti kebiasaan juga yang akan berlaku setiap hari
bagi kumpulan ini yang terdiri dari Fatimah atau nama glamornya Emma, Hawa,
Dinda, Nabila atau nama glamornya Abil, Laili nama glamornya Lily, Aisyah atau
nama glamornya Eisya dan Anis Amalina yang di kenali di sekolah dengan Amal
akan membuat bulatan kumpulan mereka untuk berborak termasuk bergosip. Anis
Amalina akan menyertai mereka setelah selesai menjalankan tugas sebagai seorang
pengawas dan penolong ketua pengawas.
“ Lagi tiga bulan nak examkan?” Soalan Eisya yang
duduk barisan paling belakang sekali besama Dinda membuatkan Hawa dan Emma
berpusing kebelakang dan automatiknya Lily dan Abil bergerak ketepi seorang ke
kiri dan seorang ke kanan dan terjadi lah bulatan utuk mereka saling menatap
antara satu sama lain unuk memulakan forum mereka sendiri.
“Haah, kejap je kan, tunggu lagi tiga bulan tu lama
bagi aku sebab aku dah tak sabar nak keluar dari sekolah dah tak larat nak
sarung baju sekolah tak boleh main handphone sesuka hati.” Ujar Abil
“Apalah kau ni Abil mula-mula kau kata kejap lepas
tu lama pulak.” Komen Hawa, Abil hanya tersengih mendengar komen Hawa.
“Aku tahu apa yang dimaksudkan kau Abil, kau dah tak
larat nak ikut peraturankan, aku kenal kau Abil kau memang tak suka
peraturankan.” Ujar Lily yang memang bersahabat dengan Abil dari kecil bahkan
ibu Abil dan ibu Lily adalah sahabat baik.
“ Sabar lah sikit, peraturan tu satu benda biasa,
kalau dah tak sekolah sekalipun kita tetap ada peraturan juga, ingat dekat
tempat kerja tak ada peraturan ke bahkan dekat rumah pun ada cuma tak formal je.”
Ujar Anis Amalina sambil mengedarkan Naskhah Yassin kemudian duduk bersama
mereka.
“ Aku pun sama macam Abil tak sabar nak habis
sekolah ebab aku dah bermimpi nak kerja dekat KFC nak ada duit sendiri boleh
shopping sambil-sambil bagi sikit duit kat mak aku, kesian dia tanggung sorang
perbelanjaan rumah ayah aku sakit.” Ujar Lily
“ Jangan lah bawa cerita sedih kat sini Lily orang
nak happy-happy ni, tapi not bad la cita-cita kau.” Komen Hawa lagi seperti
juri, Hawa memang suka mengomen.
“ Perasan tak Nana tu dah lama pulak tak datang, dia
tak nak SPM ke?” Soal Emma membuka topik
baru. Mereka semua sedia maklum tetang kesusahan yang dihadapi oleh keluarga
Lily.
“ Nana bagitahu Balqis dia nak datang waktu SPM
nanti” Ujar Eisya
“Macam tu pulak, kita yang dah duduk exam banyak
kalipun masih rasa susah nak skor bukan satu subjek tapi lapan subjek dia
senang-senang je hidup dekat rumah kita yang dekat sini pecah kepala.” Komen
Abil seperti tidak berpuas hati.
“ Biarlah dia itu hidup dia kau tak payah nak fikir
pasal dia lah buat tambah sakit kepala je baik kau fikir pasal pelajaran kau
lagi bagus.” Ujar Dinda mengomen Abil.
“ Dia sekarang kerja dekat IOI aku jumpa dia kat
sana hari tu waktu aku jalan-jalan dengan pak we aku hari tu, lagipun dia dah
kahwin laki dia member pak we aku.” Tambah Eisya.
“Kahwin? Awal giler dia kahwin.” Ujar Hawa terkejut.
“Yang kau terkejut sangat ni kenapa? Dia yang kahwin
bukan kau.” Ujar Dinda mengomen Hawa pula.
“Yang kau tak puas hati dengan kita orang ni kenapa?
Ini pendapat kita orang bukan pendapat kau.” Ujar Abil plagiat sikit-sikit
perkataan Dinda kerana dia bengang kerana Dinda mengomen dia dan Hawa. Anis
Amalina yang khusyuk membaca buku pelajaran untuk pagi ini tersenyum mendengar
kawan-kawannya bergaduh manja.
“ Tak khusyuk kawan kita membaca buku, korang ni
lawak la.” Ulas Eisya yang ternampak Anis Amalina tersenyum.
“ Tapikan...kahwin awal ni best tau, banyak
kelebihannya.” Ujar Dinda pula cepat betul dia menukar pendapatnya.
“Tadi ya-ya marah kita sekarang kata best pulak aku
rasa macam nak lesing je.” Ujar Abil geram.
“ Apa yang bestnya? Macam menarik je.” Soal Eisya
yang sedikit teruja.
“Dia sesuatu yang lebih indah daripada bercouple.”
Tambah Dinda
“Dah mula dah dia nak bersastera.”Perli Abil yang
masih geram dengan Dinda tetapi tidak diendahkan oleh Dinda.
“ Apalah yang best kahwin dari couple, aku rasa best
lagi couple boleh tukar-tukar dan boleh tahu mana yang paling terbaik buat
suami.” Ujar Lily
“ Ingatkan tak ada niat nak bersuami, bagi yang tak
setia macam kau boleh lah bercouple banyakkan dosa dulu baru nak ikut sunnah
berat la bahu suami kau nak pikul dosa” Komen Hawa dengan kenyataan Lily. Serta
merta Lily membaling buku latihan kedapa Hawa dan Hawa mengekek ketawa. Anis
Amalina tetap mendengar setiap buah btir perbincangan rakan-rakannya. Dinda
membuka buku notanya dan membaca kepada rakan-rakannya.
“Berkahwin adalah satu tuntutan agama, kerana agama
Islam telah menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwnan andai sudah cukup
syarat-syarat zahir dan batinnya.”
“ Kelebihan nikah.... Saat nikah dapat pahala, suami
peluk isteri daat pahala,cium isteri dapat pahala, renung isteri dapat pahala,
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri pahala, suami bernafsu
tengok isteri pahala,suami pandang isteri pahala, suami marah isteri untuk
menegur pahala, suami imamkan isteri berlipat kali darab tambah kali kuasa dua
pahala, suami ajar isteri fardhu ain pahala, main kenyit-kenyit mata dengan
isteri pahala. Banyak la pahala” Dinda membaca apa yang ditulisnya didalam nota
itu.
“Nampak sangat si Dinda ni facebook bergerak. Aku
dah baca beratus-ratus kali Cuma aku je buat tak heran. Kau ni ada nak promote
apa-apa ke sampai tulis kat buku lepas tu bacakan dekat kita orang pulak.” Ujar
Hawa.
“ Mana ada aku saja je tak boleh ke?” Dinda pula
naik geram dengan Hawa.
“ Dah-dah, bacaan Yassin dah nak mula hormat sikit
kita ni orang Islam, baca Yassin tu jangan berborak je” Anis Amalina sudah
mengluarkan suara tentera Jermannya semua menikus kerana dalam kelembutan Anis
Amalina terselit ketegasannya.
Selesai bacaan Yaasin, bermulalah sesi Pnp iaitu
pelajaran dan pembelajaran,sebelum guru-guru masuk setiap ketua tingkatan atau
penolong tingkatan di tugaskan untuk menghantar kehadiran murid ke pejabat dan
menjemput guru mata pelajaran ke kelas untuk proses Pnp itu.
Sebagai penolong kelas Dinda terpaksa menjalankan
tugas yang di tinggal oleh Fariz ketua tingkatan kerana dia tidak hadir ke
sekolah pada hari itu kerana demam. Dinda masuk kedalam kelas setelah
menyelesaikan tugasnya di bilik guru dan pejabat dia terus pulang ke kelas dan
menyampaikan khabar.
“Hari ini semua cikgu
tak masuk kelas. Separuh cikgu pergi khusus, separuh lagi mesyuarat.” Dinda
menyampaikan berita. Macam-macam bunyi yang keluar dari mulut pelajar-pelajar 5
Dimensi Sains itu.
“Dinda, kau tak ada hujah-hujah mantap untuk
yakinkan mak aku kelebihan kahwin awal ni, Iqbal dah bersedia nak masuk
meminang aku.” Lurus Eisya memberi tahu masalah dan rahsianya kepada
rakan-rakannya.
“ Owh! Dalam diam ubi berisi.... Tahniah tak sangka
kawan aku ada yang keinginan nak kawin cepat.” Ujar Dinda
“ Betul ke apa yang aku dengar ni.” Ujar Abil tidak
percaya.
“ Rileks la nak kahwin awal-awal buat apa, tak
bebas” Ujar Lily.
“ Aku setia pada seorang je Lily, kalau couple
banyak-banyak ni susah nanti kita tengah couple dengan orang baru orang lama
nak getback lepas tu kita gaduh dengan orang baru tu... macam-macam konflik la
nanti. Masalah aku sekarang Dinda aku dah lama sangat dengan Iqbal tu, takut
iman aku tak dapat bertahan dengan hasutan syaitan nanti malu keluarga aku, aku
tak nak macam tu. Biarlah aku susah sekarang.” Ujar Eisya berpendirian tetap.
Anis Amalina tidak mahu mengambil peduli walaupun teinga tajam mendengar, dia
sudah masuk ke dunia belajarnya agar dia tidak membuang masa.
“ Kau dah habis fikir ke?” Soal Dinda meminta
kepastian.
“ Jodoh aku dah sampai tak akan aku nak tolak, cuma
aku kena berusaha sikit je.” Ujar Eisya yakin.
“ Kalau kau nak hujah yang mantap untuk mak kau, kau
bawak Iqbal jumpa mak kau cakap Iqbal boleh jadi teman kau belajar, dia boleh
jadi cikgu kau dan dia boleh jadi pemberi semangat yang besar untuk kau lagi
pun kau tak ada ayah kan mesti mak kau faham apa ke inginan kau.” Ujar Dinda,
Eisya mengangguk. Hati Anis Amalian sudah sudah terasa lain macam dia akan
mengalami benda itu dalam masa yang terdekat ini.
“Dah-dah lah cerita pasal kahwin ni, aku muak lah
lebih baik kita study pra percubaan nak dekatkan nanti tak dapat catchup mesti
tak dapat jawab. Aku nak kita semua maintain dapat markah yang terbaik. Lagipun
benda ni dalam Pendidikan Islam belajarkan. Ujar Anis Amalina mengingatkan
rakan-rakannya tentang ujian yang hampir datang padahal dia tak mahu
rakan-rakannya tahu hatinya sedang berasa lain dan akan menzahirkan di hadapan
rakan-rakannya.
Anis Amalina pulang dari
sekolah agak lewat kerana dia menolong adik-adik tingkatan tiga mengajar subjek
Matematik kepada mereka, kerana terlampau letih dia terlelap bersama
telekongnya selepas mandi dan menunaikan solat Asar. Hampir waktu Maghrib adiknya
mengetuk pintu biliknya menyuruh dia bangun. Memang kebiasaan keluarganya yang
di didk untuk tidak memasuki bilik orang sewenang-wenangnya. Anis Amalina
bangun dari tidurnya kemudian mandi lagi sekali untuk menyegarkan badan sebelum
turun untuk makan malam dan solat Maghrib dan Isyak bersama keluarga.
Anis Amalina terasa bersalah kerana semua makan
malam agak lewat daripada biasa kerana menunggunya untuk turun. Memang
keluarganya menitik beratkan disiplin dari sebesar-besar perbuatan hingga
sekecil-kecilnya mesti di ikuti. Disiplin ketika waktu makan harus menunggu
semua orang ada di meja makan kemudian baca doa baru di benarkan makan.
Tapi ada sesuatu yang pelik pada harini, kenapa hari
ini ahli keluarganya bertambah dia meneliti wajah-wajah yang menambah bilangan
ahli keluarganya hari ini. Pertama, seorang lelaki berumur lewat 40an kemudian
seorang wanita berumur awal 40 an dan seorang gadis comel lotey iaitu sahabat
baiknya yang sekarang belajar di MRSM di Kelantan bercahaya sedikit raut
wajahnya saat itu dia merasakan ingin saha dia memeluk untuk melepaskan rindu
pada sahabatnya itu, wajah seterusnya kelihatan wajah seorang lelaki awal 20an
terus dia menundukan pandangan dan duduk di tempat yang kosong kebetulan di
hadapan temannya dan di sebelahnya lelaki itu. Hatinya terus berasa lain dan
tidak tenang seperti pagi tadi saat mendengar rakan-rakannya bercerita tentang
kelebihan berkahwin awal.
Segala keinginan melepaskan rindu bersama temannya
terbantut, sepanjang solat Maghrib berjemaah yang di imamkan lelaki muda itu
kemudian abah memberi tazkirah di ikuti solat Isyak berjemaah juga di imamkan
lelaki muda itu hati Anis Amalina terus dan terus rasa tidak tenang.
Selesai menunaikan solat, bapa susuannya menambil
peranan sebagai tuan rumah mengajak semua bergerak ke ruang tamu mungkin untuk
bersembang lebih panjang lagi. Ibu susuannya menyuruh anak-anaknya masuk
kebilik, manakala Anis Amalina di suruhnya kedapur membuat air untuk
menghilangkan dahaga tetamu.
Selesai memnyediakan apa yang patut di dapur ibu
susuan Anis Amalina bergerak membawa sedikit kudap-kudap tetamu dan Anis
Amalina membawa air. Anis Amalina meletakkan air dengan sopannya dia menuangkan
air di setiap cawan dan dihidangkan pada semua tetamu. Selesai melakukan
tugasan itu Anis Amalina ingin beransur pergi untuk naik kebilik seperti
adik-adiknya.
“Anis! Mari duduk di sebelah abah dan ummi.” Panggil
Bapa susuannya lembut. Anis Amalina patuh dan duduk diantara abah dan ibu
susuannya. Bertambah gelisah la hati Anis Amalina tapi sedaya upaya menutupnya
dengan menunduk kebawah.
“ Bismillahirahmanirahim.” Terdengar lafaz basmalah
dibaca perlahan oleh suara sahabat baiknya.
“ Anis, hajat kami datang ke sini, saya nak meminang
awak sebagai kakak ipar saya.” Serta merta Anis Amalina mengangkat muka tidak
percaya dan terkejut memandang tepat di dalam anak mata sahabat baiknya. Dari
sipi matanya kelihatan pemuda itu juga terkejut dengan kata-kata adiknya.
“ Sebenarnya, abang tak tahu apa tujuan kami datang
sini ini hajat saya, saya yang merayu pada ibu dan ayah untuk pinang awak malam
ni. Saya balik dari asrama Kelantan semata-mata untuk ni.” Ujar Azrina
Hafisyaz.
“ Saya dekat asrama selalu teringat dekat awak
sampai termasuk dalam mimpi saya. Saya hati aya tak tenang sehingga
kadang-kadang saya tak fokus dalam pelajaran saya.” Ujar Azrina Hafisyaz lagi.
Anis Amalina tertunduk semula.
“ Anis! Abah dan ummi nak cakap dari hati ke
hati...” Ujar Abah
“ Kami sedar, kami bukan lah ibubapa saudara dan
susuan yang sempurna buat Anis, tapi kami minta halal apa yang terlebih dan
terkurang.” Sambung ummi pula.
“ Sebelum kami nak buat apa-apa keputusan, kami mahu
persetujuan dari kamu. Selaku penjaga kamu, abah dan ummi tiada halangan kerana
syarat-syarat zahir dan batinnya cukup, ekonominya kukuh. Cuma kami perlukan
persetujuan dari tuan punya diri.” Abah membiarkan ummi yang berbicara kerana
sifat keibuan lebih membuatkan hati seseorang mudah lembut.
“ Awak jangan risau tentang abang saya, saya yakin
abang akan setuju sebab saya perasan waktu pertama kali abang saya nampak awak
saya tahu abang suka kan awak. Betulkan abang.” Ujar Azrina Hafiisyaz
bersungguh-sungguh.
“ Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah saya
membenarkan kata-kata adik saya.” Ujar pemuda itu.
‘ Kalau Nana boleh, Eisya boleh tak akan aku tak boleh
membuka sedikit ruang hati aku untuk itu.’ Dia teringat tentang perbualan
sahabat-sahabatnya pagi tadi.
‘Mungkin dah tiba jodoh aku, mungkin takdr aku
menerima jdoh lebih awal.’ Anis Amalina berbisik dengan diri sendiri.
“ Beri saya tempoh untuk buat keputusan.” Ujar Anis
Amalina.
Genap
sebulan
dari tarikh sahabatnya menyampaikan hajat merisik dan meminang Anis Amalina
mengikut adat. Hari ini Anis Amalina sudah sah menjadi isteri kepada pemuda
bernama Azri Hafiz setelah dinikahkan di Masjid Jamek Kampung Slim pada raya ke
tiga.
Majlis mereka di buat di kampung sebelah ibu Anis
Amalina jadi tiada siapa yang tahu pernikahan itu kecuali ahli keluarga. Ini
kerana menghormati permintaan Anis Amalina. Anis Amalina diwalikan oleh abang
satu ayahnya yang di jemput khas dari Pahang yang selama ini mereka hanya
berhubung melalui telefon.
Semua mengerti kenapa Anis Amalina ingin merahsiakan
status baharunaya daripada pengetahuan
rakan-rakan, guru-guru dan jiran-jiran kerana dirinya sendiripun belum dapat
menerima status itu.
Walaupun majlis itu hanya untuk saudara mara sahaja
tapi ia berlaku dengan meriah kerana masih dalam suasana raya. Malam indah
mereka berlaku dengan baik kerana tiada tentangan dari Anis Amalina yang masih
belum menerima tapi dia mahu belajar mahu membuka hatinya untuk suaminya.
Petang raya kelima ramai yang sudah pulang ke masing-masing
dan ada yang mengambil peluang pergi beraya setelah beberapa hari menguruskan
majlis untuk Anis Amalina. Entah kenapa Anis Amalina berasa tidak berapa seronok
hari ini, dia juga tidak mahu menyertai Abah, ummi dan yang lain-lain pergi
beraya pada petang itu. Jadi tinggallah dia dan Azri Hafiz berdua, pada mulanya
Azri Hafiz sudah bersiap-siap untuk menyertai Abah, Ummi dan yang lain-lain
untuk beraya tapi mengenangkan isterinya akan tinggal di rumah seorang diri dia
membatalkan hasratnya dan dia terfikir inilah masanya untuk mengambil hati
isterinya.
Azri Hafiz mengambil peluang untuk mendekati dan
menyelami perasaan isternya yang keras dan kering hatinya. Dia tahu Anis
Amalina sudah dilanda kebosanan sengaja Azri Hafiz membiarkan agar Anis Amalina
terus kebosanan seorang diri sementara dia membersihkan laman rumah atok Anis
Amalina dan membela basikal.
“ Anis, Anis.” Azri Hafiz yang menunggang basikal
tua yang di tinggalkan arwah Tok Siti memanggil isterinya. Anis Amalina
memanang suaminya tanda menghormati tapi dalam hatinya sedikit sayu mengenang
basikal itu yang selalu dibawa Tok Siti pergi ke kedai, selalu di bawa Tok Siti
ke kebun, membawanya berjalan-jalan.
“ Jom jalan-jalan naik basikal dengan abang.” Ujar
Azri Hafiz sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“ Tak mahulah Anis tak pandai bawak basikal.” Anis
Amalina yang duduk di kusyen memberikan jawapan jujur kepada ajakan suaminya.
Dia terus menatap suaminya terasa kacak pula dimatanya.
“ Allah, abang bukan suruh Anis yang bawak, abang
cuma nak Anis duduk belakang abang dan abang yang bawak. Kita ronda-ronda
kampung naik basikal baru klasik sikit asyik naik motor je tak sempat nak
romantik.” Ujar Azri Hafiz
“ Tak mahu segan.” Anis Amalina tetap dengan
pendiriannya.
“ Okey! Kalau segan jalan-jalan dekat luar kita
jalan-jalan dekat dalam. Abang ajar bawa basikal.” Azri Hafiz tidak berputus
asa mencuri hati isterinya.
Cuti sekolah untuk
hari raya hanya tinggal sehari sahaja lagi. Ummi dan Abah mengambil keputusan
untuk pulang ke Kuala Lumpur malam nanti, manakala Azri Hafiz masih tidak puas
untuk bercuti bersama isterinya di sini.
“Azri! Anis! Abah dan Ummi dah nak balik malam nanti
kamu macam mana pula?” Soal Abah.
“Boleh tak Anis nak ikut Abah dan Ummi balik?” Ujar
Anis Amalina perlahan kerana takut dan rasa bersalah.
“ Dari sini Anis balik dengan abang sampai KL nanti
abang hantarlah Anis balik rumah abah dengan
ummi.” Ujar Azri Hafiz .
“ Tapi Anis nak duduk dekat rumah abah dan ummi
terus sampai Anis sedia, er...awak fahamkan.” Ujar Anis Amalina lagi.
“Boleh, abang faham... kalau abang nak jumpa Anis
abang akan telefon Anis dan minta izin Anis dulu.” Ujar Azri Hafiz lembut, dan
tidak memaksa sikap ini membuatkan hati Anis Amalina sedikit lembut dan ruang
hatinya terbuka sedikit demi sedikit lagi untuk menerima Azri Hafiz atas
toleransi yang di berikan.
“ Anis tempat seorang isterikan di sisi suami.” Ummi
menegur.
“ Ummi! Abah! Tak apa, Azri faham kenapa Anis mahu
begitu. Kalau kita mahukan sesuatu kita tak boleh memaksa untuk orang lain
menerimanya. Azri nak Ummi dan abah faham juga.” Ujar Azri Hafiz
“ Azri kata begitu ummi dan abah ikut saja, sebab
Azri ketua keluarga untuk Anis. Azri lebih berhak membuat keputusan.” Ujar
Abah.
Hari
Isnin adalah hari yang sibuk buat Anis Amalina yang sibuk membantu ketua
pengawas memberi taklimat kepada pengawas-pengawas lain serta menyiapkan majlis
perhimpunan untuk pagi itu. Sedang Anis Amalina khusyuk membut kerja dia
dipeluk secara beramai-ramai dari belakang. Dia sedikit terkejut tapi dia
gembira kerana rindu pada rakan-rakannya rindunya terubat.
“Rindunyaa korang.” Itulah ayat yang selalu di
gunakan apabila sudah lama tidak bertemu. Selesai memeluk sesama sendiri dalam
sesi melepaskan rindu Dinda sengaja menyakat Eisya.
“ Aku tengok kan ada eorang muka rakan kita ni
berseri-seri je, dapat duit raya lebih ke ada berita gembira nak kongsikan
dengan kita orang.” Ujar Dinda. Kata-kata Dinda membuatkan hatinya sedikit
tersentek tapi dia mengawalnya agar sentiasa beriak biasa.
“ Memang dapat duit raya lebih pun, abang ipar
korang yang bernama Iqbal bagi dalam erti kata lain wang hantaran.” Ujar Eisya
gembira tanpa dapat di kawal.
“Wah! Dalam diam dah kumpul duit untuk persiapan
kahwin bagus lah, balik sekolah nanti boleh la kitaorang datang raya
harap-harap abang ipar kasi duit raya kat kita orang yang masih budak sekolah
lagi...” Ujar Abil tanpa segan silu dan tersengih-sengih.
“ Boleh je, tapi minggu depan datang lagi untuk
kenduri doa selamat aku pulak.” Jemput Eisya.
“Wah! Bestnya dapat duit raya dua kali la.” Ujar
Lily pula.
“ Tu tanya tuan yang bagi duit la.” Ujar Eisya
“ Cantik tak?” Soal Eisya sambil mengangkat tangan
kanannya yang tersarung sesuatu di jari manisnya.
“ Wah! Untung la orang tu, dah ada orang belikan
macam-macam untuk dia.” Ujar Hawa dalam nada cemburu api dengan niat mengusik.
“ Cepat lah jugak kitaorang dapat anak saudara.”
Tambah Hawa lagi.
“ Nanti dekat kelas boleh la cerita malam pertama
kau kat kita orang.” Abil pula mengeluarkan kenyataan nakal.
“ Malam pertama mana boleh cerita.” Sangkal Hawa.
“ Dah-dah jangan nak merepek, tu cikgu dah panggil
beratur.” Anis Amalina mengeluarkan arahan dan dalam masa yang sama menjadi
penyelamat Eisya yang sudah malu-malu kerana di bahan oleh kawan-kawannya tapi
dia tidak mengetahui niat sebenar Anis Amalina adalah untuk dia bertukar riak
apabila terus berbual tentang perkara itu.
Dari
selepas
perhimpunan hari itu sehingga hari ini selesainya ujian pra-percubaan SPM
kawan-kawan Anis Amalina melihat begitu ketaranya perubahan sahabat mereka yang
seorang itu. Ketika ada masa terluang untuk mereka belajar sebelum menduduki
kertas seterusnya Anis Amalina banyak termenung dari belajar dan mengajar
bersama rakan-rakannya. Pendiamnya juga semakin menjadi-jadi dan jika ada masa
terluang pasti Anis Amalina akan termenung.
Hati Anis Amalina gelisah, sudah dua minggu dia
tidak mendengar khabar berita dari lelaki yang bergelar suami kepada perempuan
yang bernama Anis Amalina.
“Tak kan dia merajuk?”
“ Tak, tak, tak dia sibuk dengan kerja kot.” Tanpa
sedar dia engeleng-gelengkan kepalanya seperti dia sibuk berbicara padahal dia
tidak terlibatpun dalam perbualan bersama rakan-rakannya.
Macam-macam spekulasi yang di buat sendiri di dalam
benaknya tentang suaminya sendiri. Tanpa dia sedari Dinda emerhati tingkah laku
sahabatnya yang seorang itu walaupun di sibuk bersembang bersama rakan-rakan
yang lain.
Dinda menyiku Hawa sebaik selesai satu topik yang
mereka bualkan dan rakan-rakan lainpun memberi tumpun kepada Anis Amalina.
“Amal! Amal!” Dinda menggoncangkan bahu sahabatnya
lembut manakala Abil mengambil bahagian melambai-lambai tangan kanannya di
hadapan muka Anis Amalina.
“ Kau ada masalah ke Amal? Kita orang tengok kau
sejak dua menjak ini banyak berubah, kau sekarang banyak termenung, sikap
pendiam kau makin menjadi-jadi.” Ujar Dinda dengan jujur dan wajah nya
kelihatan sangat risau.
“ Kalau kau ada masalah sharing-sharing lah dengan
kita orang jangan lah buat kita orang risau dan sentiasa terfikirkan psal kau
pula... Kita kan bff.” Abil mengukuhkan kata-kata Dinda.
“ Tak ada apalah kawan-kawan, jangan risaukan aku
key.” Ujar Anis Amalina agar tidak terus di asak.
Di
rumah juga begitu, setiap pekerjaan yang di lakukannya tidak lagi sekemas dan
se perfect dahulu, kerana setiap pekerjaannya pasti di selangkan dan di serikan
dengan termenung serta berkhayal.
“ Mulut kata tak mahu, hati dok teringat je.” Tegur
adik susuanya Nadira yang mahu meminum
air yang melihat Anis Amalina sedang membasuh pinggan tetapi berkhayal. Anis
Amalina tersentak, dan tangannya cekap semula untuk menerus pekerjaan yang di
lakukannya.
“ Apa Deera
merepek ni?” Anis Amalina menjawab kata-kata adiknya agar tidak nampak ketara
apa yang di katakan oleh adiknya adalah betul.
“ Apa yang Deera merepek dan apa yang Kak Anis
khayalkan? Boleh cerita dekat Deera.” Ujar Nadira sambil tersengih-sengih.
“ Sudah-sudahlah Kak Anis nak menafikan, Kak Anis ni
dah macam artis dekat rancangan Melodi yang suka menafikan benda yang benar.
Tak apa, demi nak merealisasikan khayalan Kak Anis tu kejap lagi putra raja
yang Kak Anis tunggu tu akan sampai jadi tugas Kak Anis sekarang naik atas
kemas baju kejap lagi nak balik kampung. Jangan lupa bawa buku SPM dah nak
dekat. Kerja rumah yang lain tu Kak Anis tak perlu risau nanti Deera yang
settlekan.” Pesan Nadira panjang lebar.
Azri
Hafiz sangat bersabar dalam mengikut rentak Anis Amalina. Dalam kedegilan Anis
Amalina dia patuh setiap arahan yang di berikan. Dari minit pertama dia
menjemput Anis Amalina sehingga minit yang sudah separuh perjalan untuk sampai
ke kampung ibu Anis Amalina masing-masing membisu hanya celoteh Dj radio yang
menyapa telinga masing-masing. Akhirnya Azri Hafiz mengalah dan memecahkebisuan
antara mereka.
“Dekat depan tu ada
Restoran Jejantas Sungai Buloh, Anis nak apa-apa tak?” Soal Azri Hafiz,
Anis Amalina menggeleng.
“Abang dah lama tak makan sate rusa tiba-tiba
teringin pula nak makan sate rusa pulak, kita berhenti kejap lah kat sana.”
Ujar Azri Hafiz dan membelok ke simpang Restoran Jejantas Sungai Buloh itu.
Dalam hati Anis Amalina terdetik.
“ Adakah benih sudah bercambah dalam rahim ku ini.”
Sate
antara makanan kegemaran Anis Amalina, sengaja Azri Hafiz belanja isterinya
memakan sate yang tidak pernah dimakan oleh isterinya, untuk menambahkan rasa
yang selama ini tidak pernah dirasa. Setelah dia sengaja menguji dan mendera
perasaan isterinya. Anis Amalina yang khusyuk makan sate tidak peraan yang Azri
Hafiz tidak menjamah lagi kerana sibuk memandang dia.
Anis Amalina mula perasan tingkah laku suaminya dia
memperlahankan cara makan dan sedikit sopan dan malu-malu. Untuk menutup
tingkah laku terlarangnya Azri Hafiz mula mahu menyakat Anis Amalina seperti
dia menyakat adik kesayangannya Azrina Hafisyaz.
“ Anis lapar ek?” Azri Hafiz mengeluarkan ayat-ayat
menyakatnya, dan mengukir senyuman nakal.
“Mana ada! Kenapa abang senyum macam tu meremang
bulu roma Anis.” Ujar Anis Amalina memberanikan diri untuk bermesra dengan
suaminya.
“ Kalau tak ada, kenapa kuah kacang sampai ke pipi?
Pipi pon nak rasa kuah kacang ke?” Ujar Azri Hafiz sambil tangannya bergerak
mengambil tisu dan mengelap pipi Anis Amalina. Tanpa sedar tangannya bergerak
untuk menghalang dari suami mengelap kuah kacang itu kerana malu tapi lain yang
berlaku dia memegang tangan suaminya dan mereka menatap dari mata- ke mata
tanpa bersuara. Hanya mata mereka yang berbicara tapi cepat Anis Amalina
mengalihkan anak matanya dah terus menunduk, rona muka Anis Amalina bertambah
merah.
“ Kenapa awak tak makan lagi? Boleh kenyang tengok
muka saya yea?” Soal Anis Amalina. Entah kenapa dia ingin menjawab dan berbicara
banyak dengan suaminya.
“ Jangan pangil abang awak tapi panggil abang,
belajar panggil abang dengan panggilan tu nanti lama-kelamaan Anis akan biasa
dan hati Anis bertambah dekat dengan abang.” Azri Hafiz meneggur.
“Tapi abang tahu walaupun Anis belum sedia tapi,
hati Anis sudah bersedia untuk abang.” Ujar Azri Hafiz sambil tersenyum.
“Apa yang aw... Abang merepek ni.” Ujar Anis Amalina
yang tergagap membetulkan panggilannya.
“ Perasaan abang selalu berkata, isteri abang sedang
gelisah. Ummi dan Deera rajin cerita pasal Anis dekat rumah tak fokus ketika
buat kerja walaupun Anis rajin buat kerja rumah tapi lagi rajin termenung,
dekat sekolah pula kawan-kawan Anis selalu tanya Deera kenapa akhir-akhir ni
Anis kuat termenung.” Muka Anis Amalina bertukar ronaa merah kerana menahan
malu dan tidak puas hati kerana ummi dan Nadira bercerita prihalnya pada Azri
Hafiz dan membuatkan dia terasa sedikit jatuh sahamnya di hadapan suaminya dan
ingin menyorok atau menutup muka.
“ Realitinya abang nak kata Anis selalu teringatkan
dekat abangkan?” Azri Hafiz membuat serkap jarang pula. Rona merah di wajah
Anis Amalina bertambah pekat kerana kata-kata suaminya itu betul, tapi dia
tidak mahu membenarkannya.
“Pandai-pandai je buat andaiankan, Anis sebenarnya
risaukan SPM, bukan teringatkan dekat dia.” Anis Amalina tak mahu Azri Hafiz
melihat anak matanya kerana takut akan penipuan perasaannya terbongkar.
“ Oh, risaukan SPM okey abang terima walaupun
kata-kata Anis tak sama dengan perasaan Anis. Tapi apa-apa pun abang nak minta
maaf terlebih dahulu sebab abang tak boleh selalu ada dengan Anis dan ini
memberi peluang untuk Anis belajar terima abang, tapi demi Anis mulai minggu ni
abang cuba kurangkan kesibukan abang untuk buat rivision dengan Anis nak
mantapkan jawapan Anis dalam SPM nanti dan tiap-tiap minggu kita akan balik
Slim buat rivision, abang tak mahu Anis stress dan bosan belajar dekat sini.”
Ujar Azri Hafiz cukup mengambil berat tentang isterinya.
Sepanjang bulan peperiksan
pula Azri Hafiz rajin membawa isterinya ketaman berdekatan untuk bersenam,
membina stamina dan membuat ulangkaji terakhir dalam setiap subjek sebelum
mengambil kertas ujian tersebut. Jika Azri Hafiz tidak sempat berbat demikian
dia hanya akan menelifon untuk membantu dan berbincang melalui telefon.
Dalam kesibukan masing-masing Anis Amalina tidak
mengetahui Azri Hafiz mengalami ‘morning sickness’. Azri Hafiz sengaja dan
sedaya upaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan semua orang tetapi
tidak pada Puan Azidah ibu Azri Hafiz kerana naluri keibuan yang dipunyai Puan
Azidah dapat menghidu apa yang di sembunyikan oleh anaknya Azri Hafiz.
Walaupun Puan Azidah mengetahui apa yang
disembunyikan oleh anaknya, Puan Azidah hanya mendiamkan diri dan mahu melihat
sejauh mana anaknya mahu menyembunyikan dan menahan kesakitan ‘morning
sicknessnya’ setiap pagi.
Hati keibuan Puan Azidah tidak tahan melihat wajah
tidak bermaya Azri Hafiz yang menhn kesakitan, tapi demi berita gembira yang
akan di terimanya dia cuba sedaya-upaya menahan diri.
Puan Azidah suka menghantar anaknya pergi bekerja
dimuka pintu dan melihat kelibat kereta Azri Hafiz hingga hilang dari pandangan
mata, Puan Azidah terus menerpa kearah telefon rumah dan mendail nombor telefon
rumah milik keluarga Anis Amalina.
“ Assalammualaikum, hello..” Puan Azidah segera
memulakan bicara sebaik taliannya diangkat.
“ Waalaikumusalam, ibu apa khabar?” Mendengar suara
yang di kenali dari talian belah sana Anis Amalina menjawab salam yang di
berikan dan terus menyapa mesra dengan bertanya khabar ibu mertuanya itu. Hati
Puan Azidah amat senang mendengar suara mesra Anis Amalina.
“ Alhamdulillah, ibu sihat-sihat saja, Anis pula
sihat?” Puan Azidah menjawab soalan menantunya dan memulangkan soalan kepada
menantunya semula.
“Alhamdulillah juga bu, cuma kadang-kadang Anis
cepat penat dan selalu tak sedap perut.” Tanpa sedar Anis Amalina seperti
mengadu kepada ibu mertuanya. Hati tua Puan Azidah sudah berbunga indah.
“ Biasalah hormon perempuan, hmmm.... ibu ingat nak
ajak Anis keluar jalan-jalan gi makan atau shopping ke, kesian ibu dok rumah
sorang-sorang.” Sengaja Puan Azidah berkata bergitu agar Anis Amalina rasa
sedikit bersalah dan mahu keluar bersamanya demi mahu mendapat kesahihan
firasatnya.
“Tahniah
Puan, anak puan hamil tujuh minggu.”
Terkebil-kebil mata Anis Amalina mendengar berita itu seolah-olah dia tidak
gembira tapi dia cuba mengukirkan senyuman agar dia tidak menunjukkan perasaan
sebenarnya. Tapi perasaan Puan Azidah sebaliknya, raut wajahnya begitu jelas
kelihatan gembira dengan berita itu.
Menatap wajah gembira ibu mertuanya itu, terlayang
wajah kacak suaminya yang sangat iras dengan wajah ibu dan bapa mertuanya,
hatinya tiba-tiba rindu pada lelaki itu. Kadang-kadang dia menyoal dalam dirinya
kenapa ibu mertuanya yang datang bukan suaminya yang tiba-tiba hilang kembali
sejak seminggu lalu.
Sepanjang dia bersama ibu mertuanya, dia
berpura-pura gembira dalam tak percaya. Semasa ibu mertuanya sakan membelanja
dia itu dan ini, Anis Amalina sempat teringatkan Nana yang sarat mengandung
lima bulan itu sanggup datang kesekolah tanpa malu demi mengambil peperiksaan
SPM.
Hari
terakhir
peperiksaan SPM, hati Anis Amalina amat sayu untuk meninggalkan rakan-rakannya
yang bakal membawa diri masing-masing. Tamat kertas Ekonomi Asas semua
rakan-rakan Anis Amalina berkumpul di laman bahasa untuk melepaskan sayu di
hati masing-masing, sebelum berpisah Eisya menyampaikan berita bahawa dia di
sahkan mengandung tiga minggu.
Masa begitu pantas berlalu, pejam celik pejam celik
lagi beberapa minggu keputusan peperiksaan akan keluar. Sementara menunggu
keputusan SPM keluar Anis Amalina ditawarkan oleh bapa saudaranya untuk
mengajar di sekolah rendah agama swasta dalam subjek Bahasa Melayu.
Selesai dari mengajar, Anis Amalina memberikan
sedikit latihan untuk memahirka murid-muridnya dalam subjek Bahasa Melayu
sementara menunggu waktu pulang. Apabila loceng berbunyi kelas menjadi
riuh-rendah kerana masing-masing sibuk mengemas barang-barang untuk pulang
kerumah sambil mulut masing-masing juga sibuk berbunyi.
Rindu Anis Amalina terhadap suaminya semakin
membuak-buak tapi hanya disimpan jauh di sudut hatinya sahaja. Semua anak
muridnya sudah sepuluh minit keluar dari kelas dan bangunan kelas menjadi sunyi
dan sepi seperti di hatinya. Selesai dia menulis laporan, tannya ligat mengemas
pula. Anis Amalina berjalan mengikut kemampuannya sebagai seorang wanita
mengandung keluar untuk dari kelas, dia terlihat pula salah seorang guru yang
sudah lama mengajar di sekolah itu yang
juga sarat mengandung jalan di hadapannya kemudian turun ketingkat bawah
seorang lelaki menyambut barang-barang guru itu sebeum guru itu menuju ke
pejabat untuk menghantar buku laporan sebelum pulang.
Tanpa sedar Anis Amalina meletakkan tangannya di
perut kemudian mengusap-usap lembut seperti dia merasakan anak yang
dikandungnya turut merindui orang yang dirinduinya. Hilang sahaja kereta guru
yang diperhatikan Anis Amalina dari tadi dia pula berbuat yang sama seperti
guru itu lakukan iaitu menghantar buku laporan sebelum dia menunggu abahnya
mengambil dia pulang kerumah dihadapan pintu pagar sekolah.
Jarang sekali abah lambat mengambilnya tapi hari ini
di luar kebiasaan abah kerana abah sudah lewat empat puluh minit. Sebagai ibu
mengamdung kakinya sudah lenguh berdiri menampung berat badannya serta berat
kandungannya. Anis Amalina mengeluh panjang kemudian dia ternampak seorang mak
cik membawa dua orang cucunya yang berusia tiga tahun dan setahun setengah
bermain-main menuju ke taman. Leka Anis Amalina memerhati mak cik dan dua orang
cucunya itu sehingga kakinya ikut melangkah ke taman seperti dia di pukau. Anis
Amalina yang berjalan tidak berhati-hati sehingga dia tersadung sesuatu hingga
menyebabkan dia terjatuh dalam masa yang sama dia terus memeluk perutnya dan
berdoa serta berharap agar anak di dalam kandungannya tidak terkesan dari
hentakan akibat dari dia terjatuh. Matanya terpejam ketika dia tertiarap, Anis
Amalina menguatkan semangat untuk bangun dan duduk. Dia mengesut ketepi yang
ada tiang berdinding ntuk dia bersandar. Hatinya terasa begitu sebak kerana
salah seorang dari cucu mak cik itu terjatuh kemudian dia dibantu oleh neneknya
sedangkan dia tiada sesiapa yang mahu bantu, dia tunduk dengan mata yang dia
pejam dia menangis semahu-mahunya.
Seseorang duduk dihadapan Anis Amalina dan
meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Anis Amalina kemudian menegur.
“ Anis kenapa ni?” Suara yang Anis Amalina sangat
rindui menyoal dengan nada risau. Anis Amalina membuka matanya kemudian
mengangkat wajahnya dan serta merta memeluk lelaki yang sangat di rinduinya
tapi tidak sampai kerana dihalang oleh perut boyotnya tapi Anis Amalina lansung
tidak mengendahkannya dia cuba sehingga habis dayanya.
“ Sampai hati abang tinggalkan Anis, kemana abang
pergi? Mana abang menghilang? Tiga bulan Anis tunggu abang, satu khabarpun
abang tak kirim sekurang-kurangnya satu mesej ringkas.” Ujar Anis Amalina dalam
nada marah tapi telah bersatu dengan tangisan. Habis ayat yang di luahnya Anis
Amalina merungkaikan pelukan kemudian duduk bertentangan dengan lelaki yang
berjeket hitam berkilat serta berkaca mata hitam sambil mengesat-ngesat air
matanya.
“Abang tak rasa ke apa yang Anis rasa, baby ni rasa?
Anis dan baby rindu sangat dekat abang, kosong sangat jiwa Anis ni.” Pada
mulanya Anis Amalina bernada marah, apabila dia meluahkan ayat rindunya Anis
Amalina tunduk dan menangis semula.
“Sssyyyhhh!!!! Jangan lah menangis.” Azri Hafiz
menegakkan badan Anis Amalina yang tunduk itu kemudian dia memeluknya. Lama
mereka berkeadaan begitu dan ramai yang menyaksikan sambil penyaksi itu
berjalan kearah tujuan masing-masing. Tangisan Anis Amalina sudah reda baru
Anis Amalina merungkaikan pelukan dan menolak Azri HAfiz.
“ Baabbyyy, jom kita merajuk dengan ayah. Dia tak
jenguk kitapun, tmesej pun tak jauh sekali dia nak telefon kita. Dia tak tahu
hari-hari baby merusuh dengan mama rindu dengan ayah dia, nak dengar suara ayah
dia, nak tengok ayah dia.” Ujar Anis Amalina dengan mulut di muncungkan sambil
mengusap-usap perut boyotnya seperti berbicara bersama anaknya.
“ Baby, ayah tak tahukan tiap-tiap malam ada lelaki
telefon mama. Mula-mula dia nak berkenalan dengan mama kemudian dia dengan mama
berkongsi cerita macam-macam. Mama rasa happy sangat setiap kali lelaki itu
telefon mama sebab dia lah teman mama tiap-tiap malam sehingga mama terlelap.
Tapi mama lebih bahagia kalau lelaki yang telefon mama tu ayah, ayah dah curi
hati mama tapi dia biarkan mama cari kebahagiaan sendiri dengan lelaki lain.
Mama rasa bersalah dan berdosa sangat.” Ujar Anis Amalina dengan nada sedih,
air matanya tak berhenti mengalir.
“ Maafkan abang Anis, lelaki yang telefon Anis tu
adalah abang tu sebab Anis sangat selesa berbual dengan lelaki itu sebab hati
Anis memang ada dekat dia. Maafkan abang sekali lagi abang buat semua ini ada
sebabnya. Abang nak beri ruang dan peluang yang secukupnya agar Anis
benar-benar ikhlas untuk terima abang sepenuhnya. Abang juga nak tengok sejauh
mana kesetiaan Anis, sayang Anis dan cinta Anis untuk abang atau Anis dah ada
orang lain sebelum abang dan abang bersedia untuk....”
“Tapi sekarang abang dah nampak semua yang abang
ingin tahu itu semua untuk abang, jom kita mulakan hidup baru dalam rumah kita
sendiri. Anis ikut abang yea?” Ujar Azri Hafiz. Anis Amalina yang memandang
Azri Hafiz dengan mata berkaca dia mengangguk tanda dia brsetuju.
Azri Hafiz membantu Anis Amalina bangun dari
duduknya dan berjalan beriringan sambil berpimpin tangan. Semoga hidup mereka
bahagia selamanya.
~ Terima Kasih Allah, Tamat~
PECAH KACA PECAH KOLEH
DAH BACA HARAP KOMEN