Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Hari Pertama Belajar

Imej
Hari ini aku sudah memegang kad lesen belajar memandu malaysia hahaha nama penuh aku kasi kau. Nak ceritanya hari ini aku jarang la buat perangai macam ni tiba-tiba kena buat, kiranya macam kerana terpaksa aku relakan la ni. Memang Kak Lin cikgu memandu aku tu ada msg aku semalam suruh stanby dia nak datang tapi takpun cakap pukul berapa jadi aku bangun lambat, tengok tv mengacau hazimi, bersembang, memasak plus buat bodoh je la pasal msg semalam. Aku bangun lambat la hari ni, tapi aku diganggu oleh hp2 disekeliling ku, yang panggil untuk beli produk herbalife tu hp mak cik aku, tak lama pula my lovely sister call dan aku boleh bersembang dalam tidur dan lepas tu aku dah tak boleh tidur aku pergi la tgk tv, sembang2 dengan mak cik aku dan tambahan mengacau hazimi. Bila aku lapar akupun pergi la masak roti telur kfc aku.... Tiba-tiba mak cik aku melaung " Nuruuulll, driving school datannnnggg..." Hambek ko... Aku yang terkejut beruk menayangkan muka blurr kat semua. Ma...

Spend Time

Imej
Oleh kerana tak dapat kerja, aku dah semestinya boring duduk rumah. Nak belaja kereta tak tahu bila maka gua mula la mencari kawan-kawan, bukan untuk kepentingan diri tapi mahu mencari rutin baharu so aku pun datang la ke ppr sri cempaka yang pada asalnya nak pergi konvo kawan kitaorang tapi dibatalkan maka kami pergilah mencuci mata di mid valley... Ini gambar selfie kami sebelum pergi mid velly

Cari Kerja

     Kerana keboringan aku dah samapai tahap melampau, maka aku pun pergi lah mencemar duli mencari kerja, eh berangan pula macam anak raja.      Rupanya susah juga mencari kerja ni. Aku hanya bertanya dua tiga kedai sahaja kerana aku ni adalah seorang yang agak pemalu walaupun keliarga aku nampak aku seperti orang yang tak pemalu.        Malu aku ni hanya ditunjukan pada orang yang aku kenal tapi tak berapa nak biasa dan orang aku aku pertama kali jumpa atau sememangnya aku tak kenalpun... Suara jangan cakaplah sampai orang terpaksa dekatkan telinga pada aku pulak tuh sebab tak dengar suara aku... Tapi hanya family aku je taring aku sebenarnya... Hahahaha

Oh Temuduga Ku

Imej
     Tanggal 20 September 2014, seperti yang diminta aku telah menghadiri temuduga UiTM. Pada fikiran aku pada mulanya ingatkan mudah rupanya... Kita sebenarnya memerlukan ilmu sebelum pergi temuduga. Tapi temuduga hari itu jadi kelam kabut dan otak aku lansung tak bersedia kerana aku dah menggunakan segala ruangannya ketika aku mengambil ujian komputer untuk melayakan aku belajar kereta dan mempunyai lesen.          Kesilapan aku pada temuduga pertama aku ialah tidak mencari sijil-sijil aku dengan selengkap-lengkapnya dan menyediakan sijil dalam fail sijil yang sebenar seperti ini     Tapi aku bernasib baik sebab ada orang tolong menegur aku yang hanya membawa sampul surat dan tidak potostet sijil dengan selengkap-lengkapnya. Maka malam sebelum temuduga semua dirumah anjang membuat operasi menolong aku walaupun dah tengah malam.       Kesilapan kedua aku, aku tak bersedia dengan bahan-bahan apa yang akan diso...

orang nak temuduga

Sekarang jam menunjukan 2.14 pagi, orang nak pergi temuduga esok tak tidur lagi, nak kena guling2 baru boleh lelap... Sekrang hati dan otak aku rasa kosong... Dah tak tahu apa yang patut fikir, semuanya dah terlambat tapi nasib baik ada orang tolong aku siap2kan sijil bagi lengkap walaupun tak lengkap... Hmmmm tak tau nak cakap apa dan rasa apa dah... Insyaallah ada rezeki aku updet persediaan untuk temuduga jangan jadi macam aku.. Selamat pagi

Keliru, buntu dan sedih

    Beruntungnya orang yang masih punya mak dan ayah... Jaga lah mereka selagi mereka masih ada...    Sekeras-keras perlakuan, sekering-kering hati aku kadang-kadang tercuit rasa hati ingin punya ibu semula...    Al-kisahnya, aku print surat temuduga UiTM seperti yang aku pernah pos dulu, baca syarat-syarat yang dia minta sediakan... a. Surat panggilan tenuduga b. Sijil SPM/setaraf c. Sijil kelahiran calon d. Kad pengenalan e. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa      Bila sampai sini aku buntu tambah risau tambah sedih kerana aku tak punya apa yang dia minta, kalau dia ada tulis /penjaga aku tak ada lah risau sangat... Apa yang aku ada sekarang hanya salinan kad pengenalan. Dan sijil mati mak aku. Ayah aku tak tahu ada pada siapa...    Hati aku tercuit orang yang ada mak ayah mesti tak payah pening-pening bila nak sediakan semua dokumen tu... Aku pula yang pening...

Rezeki datang lagi

Imej
Alhamdulillah, aku dapat berita gembira lagi. UiTM dah hantar sms suruh membuat semakan keputusan pangillan temuduga program diploma UiTM sesi 2/2014. dan keputusannya... Aku tahu aku adalah hamba berdosa, tapi Allah tak mengecewakan aku. Allah tak mengabaikan aku malah Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa aku... Aku sangat bersyukur.. Lepas ni ena buat pemilihan antara politeknik atau uitm... Inilah dilema kelab-kelab orang dewasa

Ciri-ciri suami aku

Imej
Sekarang ni aku angau dengan Talha Harith, gatal pulak aku ni (sedar diri). Akupun tak tahu kenapa tapi almaklumlah orang yang tak pernah bercinta akan angau pada sesiapa yang dia minat dan semula jadi dia akan obses. Kadang-kadang orang yang dia minat tu boleh bertukar. Talha Harith dan ada awek okey, aku minat je harap2 dapat pak we muka macam dia pon dah okey. Okey point aku sekarang ni sebenarnya nak cerita tentang ciri-ciri lelaki yang akan menjadi kekasih halal... hmmm ciri-ciri ni perlu ada untuk setiap orang memilih kekasih halal sebab dalam hadis pun ada menyebut. Hadis yang di riwayatkan kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta Imam hadis lain. Ada empat nilai ciri wanita untuk dijadikan jodoh lelaki dan boleh digunakan untuk ciri lelaki untuk dijodohkan buat wanita. 1. Paras Rupa 2. Berharta 3. Keturunan 4. Agama MADAH KATA: " Jika Allah tidak mengizinkan aku mendapatkan seseorang yang aku impikan,semoga Allah...

throwback

Mengimbau sejarah ketika aku SPM masa itu adalah mas, waktu dan saat paling sakit dan sadis yang aku pernah lalui. Biarlah benda itu sekali sahaja berlaku dalam hidup aku. Saat tiada teman dan kawan apatah lagi sahabat memang sakit nak melalui lebih-lebih lagi ketika dalam perjuangan. Bila difikir-fikirkan mungkin ia satu kifarah buat aku, bila di ingat-ingatkan kembali aku melaui benda yang serupa ketika aku UPSR dan PMR. Kadang-kadang aku terpaksa mengemis kasih rakan-rakan untuk menemani aku dan berjuang bersama aku. Aku berharap jangan lah berulang lagi biar sekali sahaja berlaku dalam hidup aku. Aku dah lah tidak mempunyai mak dan ayah. Selalunya aku kuat dan nampak kuat kadang-kadang jiwa aku runtuh, aku memerlukan mereka untuk meluahkan perasaan. Sebab itu juga aku selalu berdoa mempunyai seseorang yang penting untuk mengantikan semua tempat kosong itu. Aku tak sanggup hidup bersendirian di dunia walaupun ada masanya kita perlu sendiri untuk mengadap tuhan. Ya Allah aku menghara...

Hello

Hi, Assslammualaikum... Buat blog baru lagi nampaknya... Aku akan ciba selagi daya ada walau kena buat blog berpuluh-puluh kali demi merealisasikan impian untuk menjadi seorang penulos novel... Aku perkenalkan diri sekali lagi... Aku Nurul Hidayah yang menggunakan nama Nurul Yul Nurul Hidayah di facebook, @yulablah di twitter, nurulyulhidayah_ di instagram, nurulyulhidayah95 id wechat, dan akan menggunakan nama Nuha Ryuliana untuk nama pena... Harap2 impian aku menjadi... Aku akan menceritakan kisah lalu aku, aku akan mencerita dunia aku hari ini dan akan datang, aku akan catitkan pemikiran aku dan insyaallah akan diselangkan dengan novel2 belasah aku mengikut keadaan dan kerajinan aku... Selamat berkenalan dengan aku... Hehehe