Catatan

Redha dan Syukur

Dulu doa aku berbunyi YA ALLAH YA TUHANKU JADIKAN SEORANG NURUL HIDAYAH YANG TIDAK LALAI DALAM BERIBADAH. YA ALLAH JEMPUT DAN IZINKAN NURUL HIDAYAH DAN NURUL NADIA UNTUK MENUNAIKAN UMRAH PADA TAHUN 2026, PERMUDAHKAN MEREKA DARI SEGI KEWANGAN, KESIHATAN DAN IBADAH.  YA ALLAH PERMUDAHKAN KERJAYA NURUL HIDAYAH DAN NURUL NADIA.  YA ALLAH BERIKAN DAN TUNJUKKAN PILIHAN JODOH YANG TERBAIK KEPADA NURUL HIDAYAH, JIKA ITU YANG TERBAIK JADIKAN NURUL HIDAYAH REDHA, JIKA DAPAT YANG DIHAJATI JADIKAN NURUL HIDAYAH ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR. Tapi sekarang jawapan jodoh aku adalah, aku redha dan aku bersyukur sekali gus. Cumanya aku menantikan Ijab dan qabul.

Mata

Imej
Ya Allah terima kasih Ya Allah, Ya Allah aku nangis Ya Allah, aku syukur Ya Allah. Ya Allah aku rasa doa aku makbul Ya Allah. Ya Allah aku pernah berdoa padaMu Ya Allah aku nak orang yang bermata seperti ayahku Ya Allah. Ya aku baru perasan Ya Allah mata hampir sama. Terima kasih Ya Allah.

Hari-hari

Dalam aku menuju untuk aku seorang manusia yang Allah kurniakan punya fitrah untuk berpasang-pasangan seperti dalam firman Allah di dalam surah Az-Zariyat ayat 49 "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengigat (kebesaran Allah)" kemudian di dalam surah Ar Ruum ayat 21  "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan..."  ini sering dirujuk dalam konteks perkahwinan, menekankan tujuan berpasangan untuk mencapai ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah), dan rahmat. Seterusnya  Surah An-Naba' ayat 8  "Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan." Kenyataan ringkas yang menegaskan fitrah manusia yang dijadikan lelaki dan perempuan. Dan akhir sekali  "Maha Suci Tuhan yang telah m...

Ya Allah jagalah dia sebagai jodoh ku

 Setiap hari makin bertambah sayang dan cinta ini padanya, terima kasih Allah atas kurniaannya. Malam tadi dia shift malam, jadi otw aku gi kerja dia tgh kerja la, so chatting-chatting la. Pagini topik dia cuti pada hari khamis ni, dia cakaplah dia nak jalan-jalan lah konon sebab masa hari ahad haritu aku kacau dia sebab dia kena kerja.  Cerita hari ahad haritu dulu, ahad haritu aku pagi aku gi hantar pak andak buat ruqyah balik terus aku gi rumah parent dia, aku sampai kat sana dalam pukul 2, sanggup dia masuk lewat sejam sebab aku. (Fall in ❤️) Okey harini, pagini aku jawab la gi lah jalan-jalan dengan kawan atau bawak ibu dia gi jalan-jalan bawa balik kampung ke? Dia kata dah balik kampung haritu and for the first tima dia yang ajak aku keluar. Nice move, tapi dia risau aku yang penat. Pastu aku cakap jumpa dia buat hilang penat, malu pulak dia. Dia cakaplah tak tahu nak gi mana, Aku cakap lah fikir la dulu nak keluar gi mana nanti aku tolong dia fikir, saja nak bagi dia ef...

Sedihlah

 Ya Allah, aku ni love hate situation for my work, half dari hati memang nak berhenti kerja, alasan yang sama gaji, kwsp, socso dan jarak perjalanan. Ya Allah bantulah aku bagilah reason yang kuat untuk aku berhenti. Ya Allah kau kurniakan rezeki seluas-luasnya untuk dapat kerja area cyberjaya ke, putrajaya ke, puchong ke. Aku tanya mak andak izin tak aku berhenti, mak andak beri greenlight je, cuma aku kena buat urut betul-betul la tak pon cari kerja betul. cari yang ada gaji tetap. 

Bukan mudah aku menerima

 Semalam aku oncall dengan bff aku Ms Fie, dia yang sedarkan aku, yaaa memang sekarang aku kata usia perkenalan aku 3 bulan, itu yang benar-benar official talking stage, berwassap dan dua kali jumpa. Mungkin esok kali ketiga jumpa. Haritu aku skip part one kan, mungkin ini menjadi part one nya. Aku tak ingat bila benda ini bermula secara spesifiknya tanpa rangkanya mungkin sebelum raya tahun 2025 makcik aku bertanya pada anaknya no 3 Suzira, ibu En Am cari jodoh untuk anaknya nak tak, Suzira yang dah ada buah hati masa itu menolak dan makcik aku tanya pada anak bongsunya Susyima nak tak, terus Susyima kata taknaklah Susyima masih nak belajar lagi, dan mereka terus mencadangkan nama aku, sebab aku je selalu merengek cari jodoh. Kemudian ibu En Am hantar gambar kat makcik aku kemudian makcik aku hantar dan tunjuk kat aku, aku yang masih ada crush di hati buat tak tahu jelah. Masa berlalu, Suzira bertunang hujung syawal kemudian dia bernikah di masjid Cyberjaya, disitulah aku nampak d...

Selamat Tahun Baru

Imej
 Kita skip part 1 terus loncat ke part sekarang, nanti ehh buat part 2. Mak Cik aku dan ibu En A buat plan untuk jumpakan kami pada tahun baru mujur memang En Am cuti pada hari khamis tapi public holiday dan dapat  ganti off pada hari jumaat, untunglaaa, aku kena kerja tau harini. Harini aku sibuk sikit, pagi gi kerja ofis, balik petang nanti pergi urut kat subang, siap urut balik puchong ambik makcik aku balik pulak Kampung Slim. Okey Ibu En Am dah kabo kat makcik aku nak ajak aku makan-makan dua minggu awal lagi, sebab bila datang time aku sibuk memang sibuk betul. Ibu berpakat dengan (Wawa) wife abang En A untuk sambut birthday En Am bulan 12 sekali dengan abang En Am bulan 1. Dorang bawa makan di Smoked Kingdom restoran ustaz Don branch Putrajaya. Apa yang aku perhatikan, family dorang baik, tapi masuk air, seronok aku tak rasa awkward, aku tergelak je sebab masing-masing pon kelakar tapi aku kena gelak sopan lah first time jumpakan. Yang En Am ni pulak, nak aj...