Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Perginya

 Pagi lapan tahun yang dulu, di pagi yang hening kau bangun dan bersiap untuk pergi kerja shift pagi. Kau kejut aku seperti permintaan aku untuk teman aku mandi dan bersiap pakai baju sekolah sementara tunggu pukul tujuh. Kalau harapkan aku bangun mungkin aku liat nak bangun tambahan penakutnya aku ketika hari masih gelap. Aku sudah bersiap, aku menghantar kau dipintu, walaupun rumah kita hanya kecik di situlah tempat tidur di situ lah juga ruang tamu. Aku nampak kau seperti lelah, aku tak pandai tengok muka pucat orang tapi aku tahu kau sakit dada sebab kau yang beritahu aku. Aku pesan kalau mak tak larat mak patah balik rumah tau. Kalau aku mengharapkan kau tak payah pergi kerja pasti kau tidak mahu. Pagi itu untuk mengisi masa kosong, aku menjahit beg sekolah favourite aku sambil menonton tv. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah, aku takut tapi orang yang mengetuk pintu itu mengenalkan diri. Nurul aku ni Nina dengan Tasya, aku bukak pintu. Nurul tadi mak aku call, kata...