Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Yang mengganggu fikiran

Dilema nak berhenti kerja tapi aku sayang, tapi penat berulang jauh, lepas subuh dah rushing-rushing keluar sebelum kena tempuh jem dari Putra Perdana Puchong ke Batu Muda batu Cave ambil masa 1jam lebih. waktu-waktu ini aku mendambakan baca Al-Waqiah, boleh jogging ke lepas tanah cerah. Balik pulak dari batu muda ke puchong 2jam, gerak dalam 5.15pm sampainya pukul 7.30. aku dambakan boleh briskwalk ke apa ke. Tapi dalam masa yang sama aku sayang, sebab aku merasakan banyak lagi aku nak belajar, nak memahami student, nak tolong student. Semalam membuak-buak rasa nak berhenti haih entahlah. Esok dah masuk 2026 moga adalah jalan yang terbaik Allah Taala nak tunjuk. Juga semoga doa-doa besar aku Allah nak makbulkan. Semoga Allah bantu aku untuk lebih banyak beribadah dan sujud kepadanya.

Dasar gatal tapi kena sabar

Haritu gatal nak panggil dia sayang tapi sekadar bermain di kepala otak aku je lah harini gatal nak panggil suami. Tapi soalan ni dah lama dalam otak aku, jika dia memang jodoh aku "Suami, tempat kerja sayang jauh, suami nak sayang berhenti atau kita boleh pjj? Sayang nak berhenti sayang, sayang nak ulang alik pon jauh .... " arghhh pening dan penat. Okey setakat ni je harini kegatalan aku. Btw nanti aku sambung cerita journey perkenalan aku dengan dia kalau aku rajin.

Doa yang meminta pertemuan jodoh di masjid

Imej
 Aku selalu berharap yang aku akan terserempak dengan crush aku dekat masjid, adalah dua tiga kali aku solat dekat masjid yang dekat perumahan dia, sama ada sengaja dengan tidak sengaja. Tetapi takdir yang Allah tulis tidak menemukan kami. 30 Ogos 2025 adalah hari bahagia buat sepupuku Suraya Nazira bersama pasangannya Amar Zaquan. Aku biasalah sama ada benar-benar sibuk atau buat-buat sibuk., aku kadang-kadang suka sibuk ambil video ambil gambar. Di dalam dewan itu mak pengantin sedang bersembang dengan kawan dia aku tak kenal, macam aku cakap tadi aku sibuk ambil video, ambil gambar dan mengacau orang. Majlis pernikahan berjalan dengan jayanya, ketika itu beramai-ramai dari dewan pernikahan hendak turun kedewan makan. ketika turun ditangga mak cik aku masih lagi dengan kawan dia, aku pulak tenganh penggang cermin besar tapi aku nampak dua orang tua turun aku pun concern la, lagi-lagi makci aku yang aku tahu umurnya 60 lebih aku sempat bertanya okey ke turun tangga. dorang kata ok...